Saturday, August 29, 2015

Tun M & Bersih 4: Siapa Makan Ludah Siapa? Dua-Dua Pun Sama


EDITOR MENULIS...
29 OGOS 2015

Saya tidak terkejut dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun M ke demonstrasi haram Bersih 4 sebentar tadi. Umur 90 tahun dah, kita harap apa yang waras dari Tun M lagi?  Cukuplah dia berjasa 22 tahun dulu, biarlah dia nak buat apa pun, tak jadi kudis pada kerajaan sekarang.
Malah saya suka cadangkan kita ucap terima kasih beramai-ramai kepada Tun M kerana hadir ke Bersih tadi.
Sebetulnya, kehadiran Tun M hari ini telah banyak membantu BN dan UMNO dalam menyerlahkan hipokrasi sebenar PKR dan DAP dalam isu Anwar.  Pendirian tidak ada sebenarnya.  Dia kalau betul percaya Tun M ni zalim kerana pecat Anwar dulu, dah kena sepak dah orang tua tu masa turun kereta tadi.
Selama ini kita percaya betul lah DAP dan PKR memusuhi Tun M kerana tindakan yang diambilnya ke atas Anwar dulu.  Rupa-rupanya semua orang tertipu.  DAP tidak peduli pun Tun M pecat Anwar tapi sebab pemecatan itu boleh dijadikan alasan nak menjatuhkan kerajaan maka DAP sokong Anwar lawan Tun M.
Hari ini bila Tun M lawan kerajaan, sokong Tun M pulak, yang dulu-dulu tu lupalah.
Nampak sangat sokongan bila ada untung saja. Sekarang DAP tahu Anwar bukan lagi faktor yang kuat untuk menjatuhkan kerajaan, tapi Tun M maka alihkan sokongan kepada Tun M cepat-cepat let’s forget and forgive kata mereka.
Tak pasti berapa ramai yang kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang secara tiba-tiba berubah menjadi pemuja Tun M.  Memang ‘pemujaan’ ini bukan kekal dan hanya bersifat sementara tapi kecederaannya dalam.  Isu ini saja (kehadiran Tun M dalam Bersih), akan jadi topik perbualan yang hangat buat beberapa hari.
Sepanjang masa itu, kerosakan yang sebenarnya berlaku kepada PKR dan DAP sendiri, Tun M pun banyak rosak juga imejnya tapi yang nak bertanding dalam pilihanraya bukan dia!!
Maka itu saya ucapkan terima kasih kepada Tun M kerana hadir dalam perhimpunan Bersih 4.0 tadi. 
Banyak dah dicakapkan tentang sokongan Tun M terhadap pembangkang tapi tidak ada bukti yang jelas.  Hari ini, alhamdulilah dan syukur kepada Allah swt, bukti itu dah datang.
Ah!! Satu lagi.  Kenapa masa demo haram yang Melayu ramai datang, Tun M tak turun beri sokongan?
Kenapa bila demo haram yang ramai cina datang Tun M turun beri sokongan?  Tun M ni ultra Melayu ke tidak sebenarnya, ke penipuan saja?

Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, 
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment