Saturday, August 29, 2015
Usaha Jatuhkan Najib Razak Adalah Usaha Jatuhkan Kerajaan
Gulingkan Perdana Menteri dan gulingkan Kerajaan adalah perkara yang sama,
Perkara 43(2) Perlembagaan telah sebut yang berikut :
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri akan milik ketua parti yang menang majoriti kerusi di dewan rakyat dan secara konvensennya, dia adalah pemimpin tertinggi parti berkenaan…
Pada PRU 13, Barsisan Nasional telah menang lebih kerusi daripda pihak pembangkang yang ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Memandangkan Najib Razak adalah Presiden BN, maka secara konvensyen dilantik PM oleh YDPA.
Selepas itu, Perkara 42(b) di mana anggota Kabinet yang lain memegang jawatan setelah dapat persetujuan dan perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong. Namun, Yang Di-Pertuan Agong adalah terikat dengan nasihat Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan secara jelas Perkara 43(2[b]) Perlembagaan Persekutuan iaitu perkara yang jelas memperuntukkan bahawa baginda akan melantik menteri-menteri dari kedua-kedua Dewan (Rakyat dan Negara) atas nasihat Perdana Menteri.
Rujukan yang sebut tentang perkara harus dibuat kepada Perkara 43 (5) yang menyatakan bahawa:
“Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.”
Maka, Kabinet ini dilantik Najib…Kalau fikir Najib korup atau takut bini dia Rosmah, bekas TPM bersama bekas Menteri serta ahli Kabinet yang lain harus letak jawatan dan bukanya minta Najib untuk undur…
Bukankah jelas, Muhyidin jadi TPM dan Datuk Sri Shafie Apdal jadi Menteri kerana PM Najib telah menasihati YDPA untuk melantik mereka. Tanpa Najib, mereka berdua Ahli Parlimen biasa sahaja.
Oleh yang demikian, agenda singkir Najib adalah satu agenda untuk tumbangkan Kerajaan.
Apa fungsi jemaah menteri yang dilantik atas nasihat Najib bila Najib sendiri disingkirkan?
Loyar banyak..Cuma akal fikiran yang out of stock!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment