Monday, August 31, 2015
Dedah Kelemahan DEIG Demi Kepentingan Rakyat Selangor...
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin
UMNO khususnya di Selangor mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan
Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.
Naib Presiden UMNO itu berkata penubuhan DEIG menimbulkan keraguan
pelbagai pihak, maka UMNO Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh
mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan
Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak
syarikat di bawah pemerbadanan itu.
"Kita harus membuktikan bagaimana DEIG telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan negeri Selangor.
"Dedah...jangan tidak dedah. Kita wajib mendedahkan keburukan dan
kelemahan DEIG. Jangan rasa takut demi kepentingan rakyat Selangor,"
katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di
Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang,Isnin.
Sebelum ini, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor
termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan
kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil
alih peranan MBI.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata DEIG yang dimiliki
sepenuhnya oleh MBI dan ditubuhkan pada Disember lepas, adalah untuk
memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment