Saturday, August 29, 2015

Isu DEIG RM30 Bilion dan Air RM7.6 Bilion : Jadikan Selangor Makin Parah

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail menegaskan bahawa isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan juga isu ke mana perginya RM7.6 bilion wang dana penstukturan air di Selangor memperlihatkan ketidakcekapan, tiadanya ketelusan dan ketidakmampuan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mentadbir makin menambahkan parah di negeri Selangor hari ini .
Setelah sekian lama isu-isu akar umbi seperti isu air, sampah dan juga denggi masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan PKR, hari ini rakyat Selangor dikejutkan pula dengan isu baru yang melibatkan aset dan dana kerajaan negeri  yang berjumlah berbilion ringgit yang sehingga ke hari ini tidak dapat diperjelaskan oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
azmin-ali-mb-gagal-malu-tunduk-kepala
“Inilah masalahnya apabila kita menyerahkan pemerintahan negeri  kepada sebuah parti yang hanya tahu berpolitik sepanjang masa. Inilah jadinya. Akhirnya rakyat sendiri menjadi mangsa percaturan politik mereka yang hanya mementingkan agenda kepartian dan peribadi segelintir kepimpinan pembangkang sahaja.
“Manakala permasalahan yang selama ini membelenggu rakyat Selangor seperti isu bekalan air yang tidak mencukupi, permasalahan kutipan sampah yang tidak efisyen serta peningkatan wabak Denggi di Selangor, langsung tidak diambil perhatian dan kalau ada tindakan pun ia dilakukan hanyalah seumpama melepaskan betuk di tepi tangga.
“Belum pun selesai segala isu-isu pokok yang sudah hampir 10 tahun menjadi beban kepada rakyat, hari ini timbul pula isu syarikat DEIG yang menguasai hampir RM30 bilion aset MBI dan isu berhubung dana penstrukturan air yang berjumlah RM7.6 bilion, di mana ianya dikhuatiri wujud  unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa di situ,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Apa yang berlaku di Selangor hari ini kata beliau adalah bukti yang nyata bahawa kepimpinan pembangkang sebenarnya gagal dan tidak mampu untuk mentadbirt Selangor menjadi sebuah negeri yang lebih baik, bahkan setiap langkah dan tindakan mereka bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi hanya untuk menjayakan agenda politik kepartian masing-masing.
“Kita lihat bagaimana isu Langkah Kajang yang hari ini terbukti, bahawa dakwaan PKR bahawa Tan Sri Khalid gagal menjalankan tugas di mana ianya menjadi penyebab kepada PRU Kajang untuk menggantikan beliau, ternyata hanya satu konspirasi pembohongan pembangkang terhadap rakyat demi untuk menjayakan agenda politik peribadi mereka, apabila Tan Sri Khalid menang samannya terhadap PKR.
“Permohonan maaf daripada PKR terhadap Tan Sri Khalid membuktikan bahawa selama ini kepimpinan pembangkang, khususnya PKR telah berbohong kepada rakyat berhubung segala dakwaan mereka terhadap Tan Sri Khalid dan juga keperluan untuk mengadakan PRU Kajang yang terbukti hari ini adalah satu pembaziran.
“Jika dalam hal seperti itu pun mereka tergamak untuk  berbohong sehingga sanggup menyusahkan rakyat demi melaksanakan agenda politik mereka, apatah lagi dalam isu yang dianggap mereka hanya remeh temeh seperti isu air, sampah, denggi termasuklah isu DEIG dan isu dana RM 7.6 bilion ini. Apakah kita tidak boleh mengesyaki bahawa mereka juga berbohong dalam hal ini jika berdasarkan sejarah pembohongan pembangkang selama ini,” ujarnya yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat di seluruh Selangor agar membuka mata dan minda melihat perkara ini yang bagi beliau bukanlah lagi soal kecenderungan politik kepartian, tetapi ianya lebih kepada sikap profesional dalampentadbiran dalam menjalankan amanah rakyat.
“Kita bimbang rakyat di Selangor akan terus dipergunakan oleh pembangkang demi meraih cita-cita dan agenda politik mereka. Perbuatan mereka ini sudah terbukti dan bukti yang paling besar pembohongan mereka ialah Langkah Kajang. Begitu juga isu DEIG dan dana RM 7.6 bilion wang rakyat yang sehingga ke hari ini masih tidak dapat diperjelaskan oleh Menteri Besar kepada rakyat.
“Tindakan Azmin yang masih lagi berdolak dalik dalam ha ini telah  menimbulkan seribu satu persoalan kini dan apakah sedang wujud satu lagi konspirasi untuk mengukuhkan ekonomi kroni-kroni beliau dan salah satu cara mudah beliau menyediakan dana  untuk menghadapi PRU ke 14 bagi PKR dan pembangkang dengan menipu wang rakyat?,”akhirinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment