Saturday, August 29, 2015
Isu UMNO Pusat Tidak Jejas Sokong UMNO Negeri – Razif
SETIU : Isu yang dihadapi UMNO di peringkat pusat tidak menjejas kelancaran semua lapan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian di Terengganu yang berakhir dengan UMNO Bahagian Setiu hari ini.
Pengerusi Badan Perhungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau berpuas hati di atas sokongan padu yang ditunjukkan anggota UMNO di semua peringkat bahagian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang turut Ketua UMNO Bahagian itu Datuk Mohd Jidin Shafee hari ini.
Ahmad Razif berkata daripada sokongan yang ditunjukkan didapati UMNO Terengganu tidak mempunyai masalah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Sementara itu dalam perkembangan lain Ahmad Razif berkata beliau akan membawa usul mengenai kenaikan elaun Exco, Speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Katanya ini kerana didapati pendapatan atau elaun wakil-wakil rakyat di Terengganu berbeza dengan negeri lain seperti Pahang dan Kedah yang sudah dinaikkan.
“Kita sudah ketinggalan dari segi elaun Exco dan Wakil Rakyat dan Menteri Besar sendiri, ia mengikut enakmen yang perlu dibentangkan di persidangan DUN dan perlu diluluskan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment