Monday, August 31, 2015
Confirmmm.... GHB Tubuh Amanah
KUALA LUMPUR : Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pengambilalihan
sebuah parti politik sedia ada yang dikenali sebagai Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia.
Pengerusi GHB merangkap Presiden baharu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia,
Mohamad Sabu bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula
dan bakal dikenali sebagai 'Parti Amanah Negara'.
Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan
dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
"Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
"Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti
politik Islam di tanah air," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Untuk rekod Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.
Menurut bekas Timbalan Presiden PAS itu, pemilihan nama Parti Amanah
Negara (Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama
Parti Progresif Islam (PPI).
Pada sidang media sama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu
turut mengumumkan jawatankuasa Amanah iaitu bekas Naib Presiden PAS,
Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden PAS, Salahudin
Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr
Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua
pemuda.
Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa Amanah ialah Mohd Anuar
Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Awi sebagai bendahari agung
dan bekas ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha
organisasi.
Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan
didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment