Monday, August 31, 2015

Ringgit Tak Laku Di Siam?? Mufti Perlis Jual Nama Raja Untuk Hasut Rakyat?

Agak mengelirukan kenyataan dari Mufti Perlis ni.. Betul kah Raja Perlis bertitah sedemikian ataupun Maza sengaja merekacipta kenyataan tersebut bagi menimbulkan kebencian rakyat Malaysia terhadap Ulul Amri?

Menurut makluman dari ramai individu yang menghadiri perarakan merdeka di Perlis pagi tadi, mereka menyatakan tak ada pula Raja Perlis bertitah seperti mana dakwaan Maza tersebut.

Didalam ucapan tersebut, baginda Raja Perlis cuma menyatakan yang rakyat khususnya di sempadan terasa dengan perbezaan duit dengan Siam. Dahulu sama tetapi sekarang agak jatuh. Tak ada pula baginda bertitah bahawa Ringgit Malaysia tak laku di Siam.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1166842

Apakah Maza sengaja mahu memfitnah Raja Perlis? Adakah Maza mempunyai bukti bahawa Raja Perlis menyatakan yang Ringgit Malaysia sudah tidak lagi bernilai di luar negara seperti Thailand?

Hasil tinjauan terhadap para peniaga di sempadan negara iaitu Padang Bèsar serta Bukit Kayu Hitam, mereka mengakui bahawa ringgit Malaysia agak menyusut nilainya. Bagaimanapun, tak pula sehingga tak laku digunakan seperti yang didakwa oleh Maza. Cuma mereka lebih selesa menggunakan Baht sebab ia lebih bernilai tinggi.

Jika di Hatyai, memang ringgit Malaysia tidak boleh digunapakai secara terus. Ringgit harus ditukar kepada Baht terlebih dahulu jika mahu berurusan. Begitu juga dengan di Sadao mahupun di Songkhla.

Jadi mengapakah Maza begitu berani membuat kenyataan yang bukan-bukan terhadap kepimpinan serta negara beliau sendiri? Benci sangatkah Maza pada negara dan pemimpinnya hingga selalu membuat kenyataan yang menghasut rakyat membenci kerajaan?

Maza harus bertaubat jika niatnya hanya untuk membuatkan umat Islam benci kepada pemerintah negara. Maza harus bermuhasabah diri jika merasakan dirinya terkhilaf didalam ucapan-ucapan seharian. Jangan lah Maza menjadi ulamak Su'uk yang hanya membawa kehancuran terhadap umat Islam di Tanah Melayu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment