Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Saturday, August 29, 2015
UMNO, BN Perlu Guna Teknologi Baharu Tarik Sokongan Pengundi Gen Y – Ahmad Zahid
BERUAS : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan teknologi baharu untuk menarik sokongan pengundi Gen Y bagi memastikan UMNO kekal relevan.
Timbalan Perdana Menteri berkata Gen Y pada zaman sekarang bukan mahu bernostalgia dengan apa yang dilakukan oleh Gen X, sebaliknya mereka mahu melihat apa yang Gen X ingin beri kepada mereka.
” Ceramah (pendekatan) hanya efektif kepada sebanyak 13 peratus orang untuk menjadi hakim kepada mahkamah rakyat. Pembangkang menerusi teknologi baharu seperti media sosial dapat sampai kepada 87 peratus rakyat (negara ini).
“Oleh kerana itu (untuk mendekati) Gen Y perlu dilakukan dengan kaedah begitu…perlu terangkan betul-betul kepada mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beruas di Dewan Inderawati di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Beruas Datuk Abdul Manaf Hashim.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata generasi X perlu memberi perhatian kepada perkara itu kerana latar belakang pendidikan, minda dan cita rasa generasi Y berbeza dengan generasi X.
“Bukan kita mahu mengenepikan generasi X tetapi kita tidak boleh lari daripada memenuhi kehendak generasi Y.
Dulu kita belajar mungkin dengan papan hijau dan kapur, sekarang ini mereka menggunakan kaedah berbeza dengan menggunakan laptop dan smartphone,” katanya.
Beliau berkata UMNO dan BN perlu mengenepikan kaedah konvensional kerana kini zaman generasi Y, walaupun generasi X masih menjadi pemimpin tetapi generasi X perlu menyesuaikan kaedah berkomunikasi mengikut cita rasa generasi Y.
“Jangan guna pendekatan lama lah, Gerakan, MCA, MIC, Makkal Sakti dan parti-parti lain, ceramah sudah tidak lagi relevan.
“Kalau kita tidak melakukannya (menggunakan teknologi baharu), jadi lah generasi ‘Gangga Negara’, jadilah (seperti) kerajaan Melayu Beruas, muzium pun tak ada, tapak pun tak ada, apa pun tak ada lagi, kita hanya tinggal kenangan diminda rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment