Monday, August 31, 2015
UMNO, BN Perlu Guna Teknologi Baharu Tarik Sokongan Pengundi Gen Y – Ahmad Zahid
BERUAS : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO dan
Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan teknologi baharu untuk
menarik sokongan pengundi Gen Y bagi memastikan UMNO kekal relevan.
Timbalan Perdana Menteri berkata Gen Y pada zaman sekarang bukan
mahu bernostalgia dengan apa yang dilakukan oleh Gen X, sebaliknya
mereka mahu melihat apa yang Gen X ingin beri kepada mereka.
” Ceramah (pendekatan) hanya efektif kepada sebanyak 13 peratus orang
untuk menjadi hakim kepada mahkamah rakyat. Pembangkang menerusi
teknologi baharu seperti media sosial dapat sampai kepada 87 peratus
rakyat (negara ini).
“Oleh kerana itu (untuk mendekati) Gen Y perlu dilakukan dengan
kaedah begitu…perlu terangkan betul-betul kepada mereka,” katanya ketika
berucap pada majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian
Beruas di Dewan Inderawati di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Beruas
Datuk Abdul Manaf Hashim.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata generasi X perlu memberi
perhatian kepada perkara itu kerana latar belakang pendidikan, minda dan
cita rasa generasi Y berbeza dengan generasi X.
“Bukan kita mahu mengenepikan generasi X tetapi kita tidak boleh lari daripada memenuhi kehendak generasi Y.
Dulu kita belajar mungkin dengan papan hijau dan kapur, sekarang ini
mereka menggunakan kaedah berbeza dengan menggunakan laptop dan
smartphone,” katanya.
Beliau berkata UMNO dan BN perlu mengenepikan kaedah konvensional
kerana kini zaman generasi Y, walaupun generasi X masih menjadi pemimpin
tetapi generasi X perlu menyesuaikan kaedah berkomunikasi mengikut cita
rasa generasi Y.
“Jangan guna pendekatan lama lah, Gerakan, MCA, MIC, Makkal Sakti dan parti-parti lain, ceramah sudah tidak lagi relevan.
“Kalau kita tidak melakukannya (menggunakan teknologi baharu), jadi
lah generasi ‘Gangga Negara’, jadilah (seperti) kerajaan Melayu Beruas,
muzium pun tak ada, tapak pun tak ada, apa pun tak ada lagi, kita hanya
tinggal kenangan diminda rakyat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment