Thursday, September 29, 2011

Sambutan Aidil Fitri JKKK Panchor : Penyampaian Cenderahati & Sumbangan

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Meraikan Bakal Haji 2011

23 September 2011

Anjuran JKKK Kg. Panchor

PENYAMPAIAN SUMBANGAN & CENDERAHATI

Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Aidil Fitri JKKK Panchor : Jamuan

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Meraikan Bakal Haji 2011

23 September 2011

Anjuran JKKK Kg. Panchor

JAMUAN MAKAN

Disediakan oleh : EDITOR

Tergezut!!! PAS Rela DAP Keluar? Anwar Sokong Hudud?


Hah, apa sudah jadi? Dunia mahu kiamatkah? Apa maksud tersirat kedua parti dominan orang melayu PAS dan PKR melalui Mursyidul dan Ketua Umum masing-masing tak kisah kalau DAP nak keluar Pakatan dan Anwar secara tiba-tiba nak menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan.


Ini bukan khayalan tau tapi siaran dalam berita, lengkap dengan muka dan suara Nik Aziz yang menyatakan tak kisah kalau DAP keluar Pakatan sebab dulu pun DAP pernah keluar Barisan (Alternatif). Tidak mungkin lelaki yang keluar tadi seorang lain yang menyerupai Nik Aziz bercakap tidak kisah kalau DAP keluar Pakatan kalau tidak menerima hudud dilaksanakan di Kelantan.


Begitu juga Anwar Ibrahim sokong hudud, ia disiarkan portal pembelit no 1, Malaysia Kini. Persoalannya, apa sudah jadi?


Bukan satu rahsia sejak Mac 2008, PAS ada pelbagai alasan untuk mewajarkan persekutuannya dengan DAP, hal agama ka, hal sosial ka apa ka, semua yang disebut dan dicakap DAP, adalah betul pada pandangan PAS, terutama Nik Aziz sendiri. Kalau perlu diwajarkan dengan petikan ayat-ayat al-Quran, Nik Aziz tidak segan silu untuk melakukannya.


Waktu itu, kita begitu terasa akrabnya PAS dan DAP walaupun sebelum itu mereka adalah musuh yang nyata.


Aleh sekarang tetiba PAS dan PKR tiba-tiba melanggar pantang apabila menyebut untuk melaksanakan hudud beberapa hari lepas dan hari ini tidak kisah pulak DAP keluar Pakatan?


Hudud, walau hanya di Kelantan tapi akan tetap ditentang oleh DAP. DAP memang zaman berzaman fobia dengan hudud, tambahan lagi pada 1999 bila PAS menjadi dominan dan mereka mendapat bala termasuk kekalahan masing-masing Karpal dan Kit Siang.


Adakah sekarang kedua parti (PAS & PKR) ini baru ’tersedar’ bahawa sokongan kedua mereka hanya menguntungkan DAP seperti mana dilihat dalam keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang baru lepas?


Penulis rasa tulisan kali ini yang paling ada banyak tanda soal sebab memang betul-betul mengejutkan!!


Tapi penulis merasakan bahawa PAS dan PKR tidak boleh berjaya tanpa sokongan orang melayu. Dilemanya, sama ada nak tengok UMNO terus menerus menguasai undi melayu yang membentuk majoriti rakyat negara ini atau membiarkan DAP mendapat laba yang lebih besar melalui pertambahan kerusi dikawasan yang atas kertas nampak seimbang tapi dibantu pengundi melayu yang menyokong PAS dan PKR.


Sudahlah undi melayu kini dikuasai UMNO, undi India semakin meningkat kepada BN sementara MCA dan Gerakan berkongsi 20% undi cina


Menarik memang menarik. Dari segi penyokong, penulis rasa perubahan ini bukan satu masalah besar sebab depa semua ini memang sejak azali dilahirkan, dituakan dan silap-silap mati sebagai orang bodoh ya.


Cuma rakyat yang membentuk kelompok majoriti senyap ini sepatutnya membuat penilaian jenis parti apa kejap-kejap tukar pendirian, kejap-kejap tukar perjuangan.


Apa pun kena ucap terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana memulakan ‘pertelingkahan’ ini. Tindakan Tun menuduh DAP menjadi penghalang PAS melaksanakan hudud di Kelantan, telah menyebabkan tindak balas Nik Aziz sebelum DAP turut terbabit sama.


Anwar?


Ntah, macam mana dia boleh timbul pun kita tidak pasti walhal ini bukan berkenaan dia langsung pun. Tapi penulis percaya sebabnya adalah seperti yang dikupas di atas.


Tapi lebih menarik ialah apa perkembangan selepas ini. Puak-puak ni nak berperang dalam media ke, nak berperang dalam internet ke atau nak berperang dalam ceramah. Atau drama DAP keluar pakatan pembangkang pada 2003, berlaku semula nanti


Tidak mustahil juga akan ada penafian, maklumlah politik pembangkang, macam tak biasa pulak.


Dipihak UMNO, kita perhatikan sajalah drama ini macam mana akhirnya kan. Apa pun yang berlaku tetap kita dipihak yang menang.



Dipetik daripada : www. mykmu. net

Hudud: Masalahnya Bukan MCA/Gerakan Tapi PAS/DAP


Penulis ada sedikit tidak fahamlah dengan balaci PAS ini semua. Apa yang masalah bila MCA dan Gerakan masing-masing keluar kenyataan tidak setuju hudud dilaksanakan di Malaysia yang sampai berebut-rebut balaci kutip kenyataan masing-masing Chua Soi Lek dan Tsu Koon?


Pokok persoalannya ialah PAS kejap nak laksana hudud, kejap kebajikan, kejap komunis dan sekarang hudud balik. Itu isunya, MCA dan Gerakan apa pulak kena mengena? UMNO dari azali dah kata hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Nak tuduh UMNO kafir sebab berpendirian sedemikian? Cerminlah diri sendiri dulu.


3 tahun kebelakangan ini memang banyak perkara menarik tentang PAS. Sampai satu tahap, PAS setaraf macam PKR, perjuangannya ntah apa-apa. Oleh itu, toksahlah nak mengalih tajuk perbincangan dengan campur aduk kenyataan MCA dan Gerakan bila setiap kali isu hudud timbul balik.


Kedua parti ini memang menentang hudud, satu parti cina, satu lagi parti campur-campur, takdak beza dengan DAP yang kini jadi kawan PAS. Apa mau kondem? Hudud ini isu dimulai PAS, masalah PAS, so apa nak dikaitkan dengan MCA dan Gerakan termasuk UMNO?


Dalam Islam memang hudud soal perundangan tapi di Malaysia hudud adalah modal politik PAS nak dapatkan undi, tidak lebih dan tidak kurang. Macam-macam alasan beri kenapa tak mahu laksana tapi macam-macam janji beri macamlah nak buat sangat setiap kali ada pilihanraya atau dalam hal sekarang, dekat nak pilihanraya.


Cerita sebenarnya, MCA dan Gerakan mengaji hudud lebih baik dari PAS, sama juga DAP. Mereka tahu dan rujuk kepada negara-negara di dunia yang melaksanakan hudud sekarang. Tidak ada antara negara tersebut yang mengasing-ngasingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam.


Arab Saudi sebagai contoh, kalau orang Islam bunuh orang, bukan Islam bunuh orang, hukumnya tetap pancung, mana ada beza-beza? Inilah situasinya yang berlaku dalam kes pembunuhan jururawat warga Britain Yvonne Gilford pada 1996 oleh Debbie Perry di Arab Saudi pada 1996. Pengakhirannya hukuman pancung tidak dilaksanakan, sebab keluarga Yvonne sanggup terima wang pampasan ganti darah – bukan sebab dia kristian, baca lanjut sini.


PAS saja dalam dunia yang mengasing-asingkan hukuman antara Islam dan bukan Islam. Islam mencuri potong tangan, kristian curi bayar denda.


Kaedah ini reflek keadilan Islam ka?


Ini tidak ikut Islam sama sekali, sebab itu kita kata hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia, tidak bermakna kita menolaknya. PAS saja dah tolak nak laksana hudud berapa kali dalam 3 tahun kebelakangan ni? Penulis rasa sudah beberapa kali, antaranya sebab ekonomi (Hadi Awang, 28 Disember 2008), paling banyak sebab perlembagaan (tapi dia janji boleh laksana), adakah itu menjadikan PAS tidak Islam dan balacinya murtad?



Cubalah PAS berhenti jadi bodoh dan belajar menerima kesilapan. Kesilapan pertama kerana menjadikan isu agama sebagai isu politik, kedua kerana cuba mengalih tumpuan kepada pihak lain setiap kali tidak boleh menjawab perkara asas yang dibincangkan.


MCA dan Gerakan tidak bersekutu dengan PAS, sebaliknya DAP. Jadi apa sahaja bantahan oleh 2 pihak ini sepatutnya tidak memberi kesan kepada politik PAS, sebaliknya pulak bila DAP yang buat bantahan. Gerakan dan MCA memberikan pendirian masing-masing yang jelas konsisten, bukan macam PAS. Kejap nak buat, kejap taknak buat, kemudian nak buat balik.


Kenyataan itu pulak diluar konteks politik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS dan DAP.


Dan berbincang tentang hudud ni pun (dalam konteks politik Malaysia) adalah satu pembaziran masa. Yang berjanji pun tak pernah nak melaksanakan walaupun dah berkuasa di beberapa negeri. Kelantan dan Terengganu ada draf, Kedah? Siapa ada dengar pasal draf hudud di Kedah? Seingat penulis tak pernah sekali dibangkitkan soal nak laksana hudud di Kedah, apatah lagi nak buat draf.


Pendek kata hanya modal politik, maklum, pilihanraya nak mula tak berapa lama lagi. Kita dok bincang panjang lebar, siap tuduh sana sini orang sebagai kafir, rupanya, hanya modal PAS nak dapat undi, nak dapat kuasa. Bila menang dan tak boleh nak buat, tuduh perlembagaanlah itulah inilah.


Ini semua skrip lama lah dei.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Rumusan Seminggu: PAS Bukan Lagi Untuk Semua


Kembalinya PAS kepada perjuangan menubuhkan negara Islam dan hudud menunjukkan berakhirnya sebuah era. Era yang penulis maksudkan ialah era ‘PAS For All” atau PAS Untuk Semua. PAS kini kembali menjadi milik dan pilihan orang Islam sahaja seperti mana sebelum ini.


Tidak mungkin akan ada orang bukan Islam yang nak menyokong PAS dengan negara Islam dan hudud. Selepas PRu12, rakyat bukan Islam melihat PAS gagal nak berlaku adil dikalangan orang Islam pun, apatah lagi dikalangan orang bukan Islam. Sedangkan keadilan Islam tidak mengenal batasan politik, tak macam PAS.


Kalau semua masih ingat, alasan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dulu ialah kononnya PAS nak tarbiah DAP mengenai Islam (ketika itu penulis ketawa 2 hari penuh), selepas itu kita semua tahulah siapa yang tarbiah siapa. PAS hanya jadi alat untuk menjalankan kerja-kerja diperingkat bawah sebab asas akar umbinya yang kuat, bagi kepentingan DAP dan PKR.


Tapi bila DAP mula mengambil kesempatan menyebarkan pengaruhnya dikalangan orang melayu yang rata-rata beragama Islam, PAS mula goyang. Dan sekarang ini mula timbul balik macam-macam yang jadi taboo sejak 3 tahun lepas.


Hari ini penulis tak minat nak bercerita sebab musabab disebalik perubahan perjuangan PAS, dari negara Islam kepada negara berkebajikan sebelum kembali semula kepada negara Islam. Penulis rasa jawapan itu semua pun sudah tahu, kerana politik dan sebagai parti yang bertuhankan politik, PAS akan melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dinegara ini.


Pakatan Rakyat pun bukanlah sebuah organisasi berdaftar, sama seperti Barisan Alternatif atau Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dulu, sesiapa pun boleh keluar dan masuk sesuka hati, macam tandas awamlah, cuma tandas lebih tinggi tarafnya dari Pakatan Rakyat sebab kena bayar duit sebelum masuk.


Umpamanya, DAP nak keluar masuk balik dan keluar balik 3 kali sehari pun, tidaklah memberikan apa-apa kesan.


Berlainannya dengan BN. Kita pertubuhan berdaftar, bertanding dalam pilihanraya pun pakai lambang sama, bukan asing-asing. Keluar dari Barisan Nasional memang mudah tapi bila nak masuk semula atau sebagai komponen baru, perlu dapat persetujuan komponen lain secara sebulat suara. Ini yang berlaku kepada IPF, KIMMA dan Makkal Sakhti yang dihalang kemasukkannya oleh MIC (tapi kekal menyokong BN).


Balik pada PAS tadi.


Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR memang langsung tidak menguntungkan PAS. Slogan PAS For All itu jelas merupakan satu kegagalan bila parti itu hanya dikedudukkan paling bawah dari segi jumlah kerusi parlimen walaupun berjaya menguasai 2 kerajaan negeri (Kedah dan Kelantan). Nampak gah tapi sebenarnya tak kemana pun.


Kekalahan PAS di beberapa piihanraya kecil kebelakangan ini juga menunjukkan tahap sokongan rakyat yang semakin menurun.


Inilah agaknya yang difikirkan Nik Aziz apabila mengambil risiko besar dengan mengumumkan untuk melaksanakan hudud di Kelantan, seterusnya mengenepikan perasaan DAP yang jelas ‘terbakar’ dengan kenyataannya itu. Walaupun hanya di Kelantan, tapi DAP melihat ia satu permulaan untuk hudud dilaksanakan di peringkat nasional pula.


Belajar dari kesilapan 1999, DAP sudah pun menentang PAS habis-habisan dan bermati-matian.


Sekarang semua yang dulu kami perjuangankan mengenai penubuhan Pakatan Rakyat ini, sudah mula menunjukkan kebenarannya. Hari ini tidak ada lagi sebarang kemusyikilan, Pakatan Rakyat memang ditubuhkan untuk mengelirukan rakyat kononnya ada kerjasama dan perpaduan dikalangan 3 parti terbesar pembangkang.


Sedangkan hakikatnya, masing-masing kekal dengan asas perjuangan masing-masing.


Mengelirukan mungkin ayat yang sedikit beralas, hakikat sebenarnya PAS, DAP dan PKR menipu rakyat dengan kerjasama palsu. Mati-matilah ingat depa betul-betul berkomponen, rupanya hanya temberang semata-mata.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Perbalahan Pakatan Mengenai Hudud Angkara UMNO?


Memang sah hudud ini isu yang boleh menggugat Pakatan. Itulah rumusan penulis bila mendengar sendiri tuduhan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam siaran Buletin Utama sebentar tadi. Seolah tiada akhirnya, Pakatan Rakyat masih menggunakan alasan yang sama setiap kali ada saja masalah yang timbul dikalangan mereka.


Toksah buang masa tanya mana bukti Saifudin dapat menuduh UMNO, dah banyak tuduhan yang konon ada bukti (akan didedah kemudian bila masa tiba) dibuat oleh Saifuddin tapi haram sampai sekarang, hampeh.


Antaranya tuduhan UMNO terlibat dalam kekecohan pemilihan PKR, Gobalakrishnan ada tanah berjuta dan sebagainya.


Tentulah sebagai parti politik yang berseteru dengan PKR, PAS dan DAP sebarang perbalahan diseberang sana akan digunakan secukupnya oleh UMNO. Samalah macam depa juga bila ada masalah timbul disebelah UMNO, juga akan digunakan secukup-cukupnya oleh mereka.


Tapi adakah sampai ke tahap nak mengatakan UMNO yang menjadi punca Nik Aziz memutar kembali syair hudud?


Nik Aziz bukan dalam UMNO pun dah kami dah cukup kuat dah sehingga tidak perlu Nik Aziz sebagai ahli kami. Nik Aziz seeloknya, selagi ada nyawa duduk di dalam belah pembangkang sebab lebih banyak menguntungkan daripada merugikan. Duduk dalam UMNO pun buat jadi tukang cuci jamban PWTC boleh lah.


Umum pun mengetahui yang Nik Aziz memusuhi UMNO, logiknya tidak mungkin Nik Aziz akan mengikut cakap UMNO seperti dalam hal hudud ini. Hudud pun zaman berzaman bukan isu yang dibangkitkan oleh UMNO tapi oleh PAS, jadi macam mana Saifudin boleh terfikir untuk mengaitkan UMNO pulak?


Kami tukang promosi saja.


Rakyat sudah bosan dengan taktik PKR dan Anwar bila berhadapan dengan masalah. Awal-awal dulu laku tapi bila ke tahap Anwar belasah pelacur China pun UMNO juga yang dituding, majoriti rakyat sudah mula sedar. Sebab itu impian besar Pakatan di Sarawak dalam PRN yang baru lepas, berkubur.


Dan sebagai Setiausaha Agung (lantikan) sudah tentu Saifudin tidak ketinggalan mewarisi kebodohan Ketua Umumnya itu.


Kita mahu Saifudin terus menerus menonjolkan kebodohan ini kepada umum. Lebih senang kerja kami para penulis blog pro kerajaan. Tak payah susah payah kami buktikan yang Saifudin bodoh, dia sendiri sudah menunjukkan dirinya memang bodoh.


Elok jugaklah ada Nik Aziz bangkitkan isu hudud ni. Kelik belah manapun tetap yang dilihat berdusta, PAS. Dulu ke, sekarang ke, in the middle ke, apa pun alasan untuk menjustifikasikan tindakan PAS berdolak dalik dalam soal perlaksanaan hudud ini, tetap PAS telah membuktikan bahawa parti yang mendakwa dirinya mendukung Islam sebagai hipkorit sebenar.


Penyokong PAS yang telah terbiasa dikencing mana nak ingat semua benda ni. Tahap ketaksuban mereka melebih orang yang gila pulak, habeh semua pun tindakan pemimpin disokong walaupun berlawanan antara satu sama lain. Yang buat berlawanan pun depa sendiri, bukan UMNO!!!!


Tengok sajalah 28hb September nanti bila 3 ekor monyet besar Pakatan bersidang mengenai isu hudud ini. Penulis yakin PAS akan sekali lagi menjadi pihak yang kalah dengan kepentingan DAP melebihi segalanya. Dengan Nik Aziz tidak hadir ke mesyuarat tersebut, tak payah mesyuarat pun kami sudah tau keputusan.


Balaci? Macam biasalah……..


Dipetik daripada : www. mykmu. net

PR Tolak Hudud? Tak Terkejut Pun…….


Eleh Harakah, pusing-pusing pulak ya. Konon PR akui enakmen syariah Kelantan dan Terengganu mengenai perlaksanaan hudud, walhal ceritanya harapan dan impian PAS nak melaksanakan hudud di Kelantan sekiranya berpeluang memerintah negara telah terpadam sama sekali.


Kami langsung tak terkejut atau terkezut seperti mana kata orang muda. Awal lagi pun penulis dah tahu yang PAS hanya anjing suruhan DAP dan PKR. Sidang media Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS pun diadakan selepas tengah malam supaya tidak sempat keluar dalam suratkhabar hari ini seterusnya meletakkan PAS terutamanya dalam bahang api yang membara.


Nampaknya ayat-ayat yang memuji melangit Nik Aziz kerana ‘keberanian’ menghidupkan semula isu hudud ini dan selang seli dengan petikan Al-Quran, akan sekali lagi kembali jadi bahan arkib.


Sekurang-kurangnya untuk satu jangka masa tertentu (yang amat panjang)


Penolakan ini sudah pastinya tidak dilihat sebagai penentangan terhadap Islam oleh balaci mereka. Jangan kata UMNO kang, murtad dan neraka saja yang diarahkan. Itu saja dah jelas menunjukkan bahawa ia bukan berkenaan agama tapi politik.


Pengajaran kepada balaci, lepas ini janganlah jadi bodoh bebenar. Kami yang menulis dalam ini sudah lama bergelumang dengan politik PAS walaupun bukan ahli PAS, hampir sudah hafal segala gerak geri dan jangka semua keputusan.


Sebab itu bila ada balaci yang melihat kenyataan Nik Aziz (disokong Anwar) untuk melaksanakan hudud di Kelantan kalau ditakdirkan Pakatan memerintah, kami sambut dengan senyum sinis saja. Dah tau dah apa akhirnya nanti, tetap keutamaan DAP juga yang diletak atas sekali.


Lepas ini toksah cerita pasal hududlah sebab polisi tutup mulut mengenai hudud ini kekal berterusan. Dalam pada sibuk dan promosi keterbukaan, dia sendiri terang-terang amal polisi tutup mulut, terbuka apa jadahnya itu?


Nik Aziz, itu petanda cakap mu dah takdok nilai doh.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Anwar ada masalah “erectile dysfunction”? Mati pucuk???


Perbicaraan bela diri kes liwat II Anwar Ibrahim dijadualkan bersambung pada 3 hingga 7 Oktober ini. Menurut barisan peguambela Anwar, mereka akan memanggil Dr. Thomas Hoogland yang di”import” khas dari Jerman. Untuk rekod, Dr. Hoogland merupakan doktor yang bertanggungjawab merawat penyakit “tulang belakang” Anwar ketika dilepaskan dari “kandang” oleh Pak Lah suatu ketika dahulu.


Untuk apa dipanggil Dr. Hoogland datang ke Malaysia untuk menjadi saksi pembelaan kes liwat Anwar ini? Beberapa spekulasi telah didedahkan berhubung tujuan Anwar memanggil Dr. Hoogland bergegas ke Malaysia untuk memberi keterangan.


Antaranya ialah Dr. Hoogland dijangka membuktikan di mahkamah bahawa keadaan fizikal Anwar adalah sangat lemah untuk membolehkannya meliwat Saiful yang lebih muda dan bertenaga berbanding Anwar. Atau yang paling “desperado” ialah berkemungkinan besar Dr. Hoogland akan mengejutkan mahkamah dengan mengatakan bahawa Anwar sudah mati pucuk!


Anwar lemah? Benarkah dia lemah? Sebelum ini anak perempuannya, Nurul Izzah, memberi gelaran “Papa Hebat” kepada Anwar berdasarkan kecergasan dan cara hidup Anwar yang “hyper” aktif ke sana ke mari untuk berpolitik. Menurut Izzah, stamina papanya itu mungkin agak sukar ditandingi oleh orang muda sepertinya.


Begitu juga dengan isteri Anwar sendiri iaitu Kak Wan yang menjelaskan bahawa Anwar rajin bersenam dan pandai menjaga kesihatan tubuh badan, terutama ketika Anwar di dalam “kandang” di “Bamboo River”! Malah menurut Kak Wan, kerana itulah perut Anwar tak boroi (tak boroi atau Anwar pakai bengkung di perut?)!


Sebenarnya, sekiranya Anwar lemah sekali pun, namun Saiful Bukhari ‘lebih lemah” dari Anwar, maka aktiviti liwat itu akan berlaku juga. Mungkin Saiful ketika itu dilihat “gagah” diluar, namun berhadapan dengan “boss paling besar” yang menjadi tempat dia cari makan dan bergantung hidup, adalah sangat berkemungkinan besar Saiful akan menjadi “sangat lemah” dan berada dalam situasi “paksa rela”.


Namun, mujurlah dia “terkejut” dengan siri liwat pertama dan kembali “gagah” selepas menyedari dirinya diperkosa. Mujurlah dia tersedar dipergunakan Anwar dari terus menjadi mangsa nafsu songsang Anwar dan membuat laporan polis. Jika dia jadi macam Azizan, Dr. Munaweer dan lelaki yang mengaku diliwat Anwar depan Taib Azamuddin, bagaimana? Alamatnya “bolos” teruk la Saiful…


Justeru itu, kemungkinan untuk peguambela Anwar membuat “auta” di mahkamah dengan mengatakan bahawa Anwar lemah fizikalnya untuk meliwat Saiful adalah sangat lemah alasannya. Amat payah untuk membuktikan perkara tersebut di hadapan hakim yang terkenal dengan ketelitian dan keadilannya, Hakim Yang Arif, Datuk Zabidin Mohd Diah.


Maka tinggallah satu alasan lagi iaitu “Anwar mati pucuk”!


Namun, beranikah Anwar, barisan peguambela Anwar dan Dr. Hoogland mengakui bahawa Anwar sememangnya disahkan mati pucuk? Berani? Mahu mahkamah gamat dengan gelak ketawa? Mahu Anwar dimalukan begitu? Sanggupkah Anwar dimalukan hingga begitu semata-mata untuk mengelakkan diri dari hukuman mahkamah di dunia?


Baiklah. Katakanlah Anwar berani menanggung risiko malu besar itu dan disahkan mati pucuk. Lagipun, Anwar memang spesis “haiwan” yang tak tahu malu dan tidak mustahil dia sanggup mengaku begitu akibat sangat terdesak mencari keraguan kes. Faktanya, Anwar mati pucuk dan tak mampu meliwat Saiful.


Namun, bagaimana pula DNA lelaki Y berada di dalam lubang dubur Saiful? DNA tersebut diekstrak oleh Dr. Seah Lay Hong, seorang pakar DNA dari Jabatan Kimia Malaysia yang diiktiraf antarabangsa! Kalau nak tolak pun pembuktian kes oleh Dr. Seah, bagaimana pula kes-kes orang kena tuduh (OKT) yang didapati bersalah dari sudut kajian saintifik DNA oleh Jabatan Kimia itu sebelum ini?


Apakah beratus-ratus banduan itu tidak bersalah dan ujikaji dari Jabatan Kimia tidak sah di sisi undang-undang? Apakah “judicial precedent” sebelum-sebelum ini yang membabitkan Jabatan Kimia itu perlu dibukakan fail-fail kes semula? Tak masuk dek akal pemikiran yang logik pun…


Menurut sumber yang saya terima baru-baru ini juga menyatakan bahawa Anwar pernah menjalani ujian “erectile dysfunction” yang memeriksa sama ada “benda alah” Anwar itu berfungsi atau sebaliknya. Khabarnya, Anwar telah diperiksa oleh seorang doktor berbangsa India dan didapati “benda alah” itu masih berfungsi seperti biasa.


Lagipula, video rakaman skandal seks Anwar yang telah dibuktikan tulen secara saintifik dan 99% adalah Anwar oleh pakar luar negara jelas membuktikan Anwar tidak mati pucuk. Malah, “benda alah” itu disifatkan begitu “ganas” beraksi merodok “lubang-lubang” yang ada! Masih lagi mahu membuktikan Anwar mati pucuk?


Cukuplah Dr. McDonald sebelum ini dimalukan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dengan melondehkannya sebagai “pakar” palsu yang tidak punya sebarang pendidikan formal mengenai DNA dan genetik secara khusus. Kali ini giliran Dr. Hoogland pula untuk dimalukan? Teruk betul cara pemilihan saksi pembelaan oleh Anwar…


Justeru itu, kehadiran Dr. Hoogland ke Malaysia kali ini tidak lebih daripada “pakej pelancongan tajaan Anwar” sahaja. Cuma, Dr. Hoogland perlu ke Mahkamah untuk beri keterangan beberapa hari dan kemudiannya boleh melancong di negara ini sehingga tamat tempoh imigresen. Setidak-tidaknya, Anwar telah berjaya membuang masa mahkamah dan menangguhkan pendengaran hukuman untuk kembali ke “Bamboo River”…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Hudud: Siapa kena bom, esok? Pas atau DAP?


Lebih kurang setengah sejam dari sekarang, Pakatan Haram yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan media di ibu pejabat Pas mengenai pendirian pakatan pembangkang itu tentang perlaksanaan hukum hudud sebagaimana yang diminta oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat.


Keputusan yangg dijangka ada dua. Sama ada Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud Pas itu, atau tidak bersetuju. Sekiranya Pakatan Haram bersetuju, maka ia adalah satu kemenangan untuk Pas dan hudud “ciptaan”nya. Dan sekiranya tidak, maka ia adalah satu kemenangan mutlak DAP sebagai parti dominan di dalam Pakatan Haram, sekaligus membuktikan taraf Pas yang berada di bawah tapak kaki mereka.


Saya amat hairan dengan Pas. Hudud yang puak-puak khawarij itu buat sering ditolak oleh DAP. Bukan hanya sekarang, malah sudah berpuluh-puluh tahun Pas mencanangkan hudud kepada DAP, mereka tetap menolak. Dulu, mungkin DAP menolak memandangkan dasar dan perjuangan mereka sangat bertentangan dengan Pas. Malah, mereka ketika itu merupakan musuh ketat! Pantang bertemu muka, ada saja yang tidak kena…



Namun kali ini, setelah Pas dan DAP sudah ber”kowtow” mengaku saudara sehidup semati, apakah DAP akan tunduk kepada hudud ciptaan Pas itu? Sanggupkah DAP memberi muka kepada Pas malam ini.


Sebenarnya, sidang media malam ini dijangka diadakan pada jam 10.30 tadi. Namun, mungkin kerana mesyuarat di sekitar lorong Hj. Taib itu mungkin “panas”, “sengit” dan “huru-hara”, maka ia masih belum selesai meskipun ketika saya menulis di sini pada jam 11 malam ini.


Agak-agaknya apa yang terjadi? Mungkinkah Lim Kit Siang akan keluar mesyuarat dengan mata lebam sebelah dan Nik Aziz patah riuk di sambut ambulance? Entahlah, saya tidak ada berada di sana sebenarnya. Hanya rakan-rakan saja yang berada di sana untuk memberikan info kepada saya di sini.


Apa-apa pun. Sekiranya DAP membenarkan Pas melaksanakan hudud, maka percayalah bahawa mereka akan kehilangan sebahagian besar undi dari kaum Cina. Malah DAP akan dilihat sangat lemah dan tunduk kepada Pas yang selama ini dilayan bagaikan parti kelas ketiga. Sanggupkah DAP menghadapi risiko itu?


Namun Pas, sekiranya DAP menang “wrestling” malam ini, saya tak tahu lagi di mana Pas nak letak muka. Malu semalu-malunya! Tapi, kalau mereka tak punya lagi rasa malu dan sememangnya bermuka tembok, sudah tentu mereka akan terus terhegeh-hegeh untuk bersama Pakatan Haram. Nak keluar dari Pakatan? Ada telur ke? Ada maruah ke?


Kita tunggu saja malam ini. Dan pastinya esok, “bom-bom nuklear” sudah menanti mereka. Cuma ada dua kemungkinan, sama ada DAP yang kena, atau Pas yang akan kena. Yang mungkin sedikit terselamat ialah Anwar dan PKR. Maklumlah, Anwar dan PKR tu mana ada pendirian. Tak ubah macam lalang! Tapi, selalunya mereka akan menyebelahi DAP lah…


Dipetik daripada : www. mykmu. net

Apa, UMNO Punca Empire Meletup?


Jangan terkejut, tajuk atas tu gempak saja. Sebelum puak sana mula, kita mulakan dulu, kalau benar-benar terjadi nanti (UMNO dituduh), tidaklah terperanjat sangat sehingga boleh menggegar jiwa. Penulis yakin, sekarang ini dan waktu ini pun petugas propaganda dan gerak saraf Pakatan sedang berkira-kira nak memindah kesalahan kepada UMNO.


Maklumlah, sekarangkan ada satu penyakit gila dikalangan komponen Pakatan Rakyat untuk meletakkan semua kesalahan kepada UMNO walaupun dalam hal kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin depa sendiri, organisasi dibawah kendalian mereka sendiri dan sebagainyalah.


Masuk akal tak masuk akal, bukan depa peduli.


Lebih lagi letupan (dipercayai letupan gas) di Empire tadi ada besar kemungkinan bakal dikaitkan dengan kelemahan pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen beroperasi – dalam hal ini Majlis Perbandaran Subang Jaya yang berada dibawah telunjuk kerajaan Pakatan Selangor, kemungkinan untuk UMNO dituduh itu tersangatlah besar.


Kalau ada kejayaan, cepat saja depa nak kutip publisiti, kalau ada keruntuhan, UMNO..standardlah.


Kesilapan, kesalahan, keterlanjuran adalah antara beberapa perkataan yang tidak wujud dalam kamus Pakatan Rakyat. Yang ada hanya UMNO, dari mukasurat 1 sampai mukasurat terakhir. Sehinggakan Anwar meliwat jantan dan menutuh pelacur China pun, UMNO jugak yang kena.


Kadang-kadang penulis terfikir juga, kalau dibuatnya satu hari adalah seorang Presiden UMNO masa depan yang menukar nama parti itu kepada satu yang lain, mau juga Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bisu sebulan.


Maklum, ayat-ayat wajib dah takde lagi dah.


Dalam sejarah, ini adalah kejadian ketiga melibatkan bangunan dalam negeri jajahan Pakatan Rakyat. Yang pertama di Kota Bharu, bila kereta yang melanggar dinding KB Mall, terlepas ke dalam bangunan membunuh 2 orang pengunjung yang sedang menaiki eskalator. Yang kedua Jaya Supermarket di Petaling Jaya – sebelah Subang Jaya.


Eh, dah 2 bangunan runtuh di Selangor ya, sedar tak sedar. Itu baru 3 tahun memerintah.


Kalau kejadian sama berlaku dalam negeri pemerintahan UMNO, nescaya tak cukup ruang nak menyelang selikan ayat UMNO dengan kecuaian, UMNO dengan kegagalan dan apa kejadah yang lainnya. Pendek kata UMNOlah semua.


Sejak Pakatan memerintah Selangor, macam-macam pulak yang runtuh, kebetulan penulis selalu juga berkunjung ke Selangor atas urusan tugas. Nampak gaya kena buat meeting bawah pokok, takut bangunan runtuh.


Untuk 4 orang yang tercedera dalam kejadian tadi, inilah masanya untuk buat duit. Macam tak biasa pulak. Itu nasib baik cedera, kalau mati, hilang anggota badan? Siapa nak menanggung? Lagipun kerajaan Selangor katanya tengah banyak duit, simpanan ada lebih RM 1.1 bilion, maklum meniaga jual bangunan memang potensi menguntungkan zaman hari ini.


Silap-silap yang asal Nepal tu kalau menang saman boleh beli Gunung Himalaya…huhuhuhuhuhu.


p/s maaflah kalau penulis terlebih syeikh hari ini, tapi tak boleh tahan maa.


Dipetik daripada : www. mykmu. net