Monday, August 31, 2015

Alhamdulilah.... Harga Minyak Turun

PETALING JAYA : Harga diesel dan petrol akan berkurangan sebanyak 10 sen dan 15 sen seliter pada bulan September.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak mengesahkan pada Isnin bahawa harga kedua-dua RON95 dan petrol RON97 ditetapkan pada RM1.95 dan RM2.35 seliter iaitu turun 10 sen daripada harga pada bulan Ogos.

Harga diesel akan menjadi RM1.80 seliter, turun 15 sen daripada RM1.95 sebelum ini.

"Maklumat yang kami terima bahawa harga minyak akan turun," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment