Saturday, August 29, 2015

UMNO Perlukan Pemimpin Disenangi, Boleh Sesuaikan Diri Untuk Menangi PRU

TEMERLOH : UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin dan calon pemimpin yang memiliki kriteria mudah disenangi serta boleh menyesuaikan diri dengan rakyat dan persekitaran bagi memastikan parti itu dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berkata bagi rakyat, adalah penting untuk mempunyai pemimpin yang boleh membantu mereka dalam apa jua keadaan tanpa mengira masa terutamanya ketika ditimpa bencana.
“Macam mana nak jadi likeable (disenangi)…kita kena beri service (perkhidmatan) kepada rakyat dalam apa jua keadaan.
“Kalau UMNO berjaya tonjolkan pemimpin dan bakal calon yang mempunyai ciri-ciri seperti ini, maka peratusan kita untuk menang adalah lebih tinggi,” katanya.
TEMERLOH, 29 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kanan) mendengar penerangan Ketua Umno Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (kanan) ketika melihat replika Hotel UMNO yang akan dibina di Temerloh ketika hadir merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Temerloh di Lanchang hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (tiga, kiri) dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri). --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Najib yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh dan Jamuan Rakyat di Dataran Bahaman, Lanchang dekat sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalannya yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Seri Sharkar Shamsuddin.
Terdahulu, perdana menteri disambut meriah oleh lebih 5,000 hadirin serta pemimpin dan anggota UMNO Bahagian Temerloh.
Najib berkata jika UMNO mempunyai ramai pemimpin yang mempunyai ciri-ciri berkenaan, mudah bagi pemimpin parti mengetengahkan mereka pada pilihan raya umum akan datang.
“Seseorang pemimpin itu mestilah yang senang didekati dan boleh ditarik ke atas ke bawah…macam saya, tiada masalah untuk beri ucapan pada Persidangan Bangsa Bersatu bersama-sama Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.
“Dalam masa yang sama, saya juga tidak kekok untuk bersila bersama rakyat di surau-surau kampung,” kata beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment