Saturday, August 29, 2015

#BERSIH4: Mahathir Kecewa Ditipu Malaysiakini, Batal Hasrat Berucap

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kecewa apabila melihat hanya tidak sampai 3,000 orang berada di sekitar Dataran Merdeka ketika beliau tiba di jalan bersebelahan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekitar jam 7.20 petang tadi.
Menurut sumber, Tun sebelum ini ingin turun memberi sokongan kepada perserta Bersih 4 setelah membaca laporan Malaysiakini bahawa lebih 100 ribu orang berhimpun di Dataran Merdeka bagi menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri tersebut yang tiba di lapangan terbang Subang dari Johor Bahru terus bergegas ke Dataran Merdeka menggunakan pasukan polis pengiring.
Mahathir dikatakan merancang untuk berucap memeblasah Mohd Najib. Bagaimanapun melihat jumlah yang ada tidak pun mencecah angka tahun lalu, beliau megambil keputusan hanya tunggu sebentar sebelum beredar.
Selain itu, Tun juga menyedari ada peserta Bersih sendiri tidak suka dengan kehadiran beliau. Hanya sekitar 200 orang sahaja mengerumuni beliau. Manakala yang lain sekadar melihat tanpa perasaan. Ada juga yang mencebik mulut sambil mengungkit perbuatan beliau kepada Anwar Ibrahim.
Pelbagai pihak peserta Bersih kali ini sekitar 10 – 15 ribu orang sahaja secara keseluruhan dan kini beransur-ansur tinggal sekitar 3 ribu orang sahaja.
Sangat menghairankan bagaimanakah media seperti Malaysiakini mengisi 100 ribu orang di Dataran Merdeka, Jalan sekitar Masjid Negara dan Jalan Pudu, ketika jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman langsung tidak menampakkan kehadiran baju kuning yang signifikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment