Monday, August 31, 2015

Jadi Keldai DAP Di #bersih4.., Kini Sudah Tiada Tempat Untuk Mahathir Di Dalam UMNO...

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah lebih baik jika mantan perdana menteri itu tidak dijemput ke perhimpunan itu selepas hadir ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu.

"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.

"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang," lapor Awani.

Petang semalam, Mahathir dan isteri, Siti Hasmah Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak apabila kedua-duanya hadir pada perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka.

Walaupun DAP dan pembangkang melabelkan Mahathir sebagai Mahafiraun dan juga Diktator ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, Mahathir nampaknya tak sedar diri dan membuang perasaan malu beliau untuk turun bersama Bersih4.

Kehadiran Mahathir disambut peserta perhimpunan dengan perasaan sinis walaupun ada yang turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment