Saturday, August 29, 2015

Ketepikan Perbezaan Politik, Ideologi Dan Terus Bersatu Sempena Hari Kebangsaan – Salleh

salleh-keruak2
KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia harus mengetepikan perbezaan fahaman politik dan ideologi dan terus bersatu sempena meraikan Hari Kebangsaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menurut beliau perasaan bahawa ‘tanah air adalah segala-galanya’ perlu  disemat dalam jiwa rakyat Malaysia sebagai bukti rasa cinta kepada negara.
“Saya berharap sungguh bagi pihak yang merasakan mereka mempunyai perbezaan dengan kita, kita ketepikan. Biar kita bersatu demi negara kita.
“Kita meraikan Hari Kebangsaan dan kita tunjukkan bahawa jika kita bersatu padu, jika kita dapat tentukan bahawa tanah air adalah segala-galanya, kita boleh maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Hari Kebangsaan 2015 disambut pada 31 Ogos ini di seluruh negara dan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka dengan tema pada tahun ini ‘Sehati Sejiwa.’
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment