Monday, August 31, 2015

Parti Komponen BN Digesa Selesai Masalah Dalaman – Ahmad Zahid

SUNGAI SIPUT : Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan masalah dalaman masing-masing bagi memperkasa gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan BN menang besar
pada PRU akan datang.
“Pilihan raya tidak jauh dari sekarang, tidak lebih dua tahun lima bulan, pejam celik kita akan hadapi pilihan raya.
“Jadi saya minta MB (Menteri Besar) dan pengerusi BN di negeri-negeri dan pengerusi BN di kawasan Parlimen termasuk Sungai Siput, jangan hanya balik kawasan ketika pilihan raya, baliklah jenguk anak buah yang akan menjadi jentera dalam menentukan kemenangan BN, jangan jadi pemimpin bermusim,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput hari ini.
SUNGAI SIPUT, 30 Ogos  -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Tokoh Veteran UMNO kepada Meor Jadid Meor Mendut (dua,kanan) pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput hari ini. Turut hadir (dari kiri) Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Ketua UMNO Bahagian Lenggong Datuk Saarani Mohamad. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput Datuk Zolkafly Harun yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang.
Ahmad Zahid turut mengingatkan parti-parti komponen yang calon mereka tidak bertanding di sesuatu kawasan, wajib membantu calon BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada gabungan itu.
“Bagi memastikan kemenangan BN, parti-parti komponen wajib menggerakkan jentera sebab ini merupakan kerjasama dan kolaborasi yang harus diterjemahkan oleh semua,” katanya.
Beliau berkata jika dahulu, parti akan memilih ‘winnable candidate’ (calon boleh menang) untuk diletak di sesuatu kawasan, kini parti perlu memilih ‘likable candidate’ (calon disenangi) yang boleh berkhidmat kepada masyarakat
setempat.
Ahmad Zahid juga berjanji akan memenuhi semua permintaan untuk melaksanakan projek di Sungai Siput sekiranya BN merampas kembali kerusi Parlimen di kawasan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment