Saturday, August 29, 2015

Taikun Cina Perlu Henti Guna Istana dan Negarawan Untuk Ganggu Mohd Najib

Pemimpin politik dan kerabat di raja perlu berhenti menjadi alat kepada taikun-taikun (tycoon) Cina tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.
Berselindung di sebalik sokongan pengguna media sosial yang bersifat halusinasi, pemimpin UMNO dan kerabat Istana dilihat membuat pelbagai kenyataan memburukkan pentadbiran Mohd Najib tanpa mengambil kira fakta-fakta sebenar termasuk punca kejatuhan ringgit, isu ekonomi negara, 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion.
Kita khuatir serangan-serangan ini akhirnya akan menjatuhkan kredebiliti negarawan, pemimpin dan Istana pada masa akan datang. Sungguhpun mereka merasakan diri mereka popular di kalangan rakyat negara ini, hakikatnya mereka merendahkan kedudukan dengan membawa isu-isu yang mengelirukan dan setaraf pemimpin pembangkang sahaja.
Rakyat kebanyakan mungkin tidak nampak dan tahu hubungan mesra ini termasuk perkongsian saham, proksi dan pemberian tender berbilion ringgit kepada kumpulan ini sebelum ini.
Beberapa orang ahli perniagaan Cina ini merasa tidak berpuas hati kerana kek ekonomi negara bukan lagi dimonopoli oleh mereka sahaja kini mula menggunakan Istana, pemimpin politik kroni mereka, bekas Perdana Menteri dan bekas pengarang-pengarang akhbar untuk menjatuhkan Mohd Najib.
Pada masa Mohd Najib banyak kerja-kerja kerajaan berskala besar dilakukan secara tender terbuka dan mereka kini tidak lagi mempunyai apa-apa keistimewaan dengan pimpinan kerajaan hari ini.
Ini menyebabkan mereka mula mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan Mohd Najib. Mereka bukan sahaja menggunakan Istana dan negarawan malah kini mula menghampir pemimpin-pemimpin muda UMNO dengan dana politik yang luar biasa.
Mereka ini juga dipercayai melakukan spekulasi ringgit secara besar-besaran bagi memburukkan lagi kedudukan ringgit yang sedang berhadapan dengan krisis matawang dunia.
Nasihat kita kepada mereka ini, berhenti campuri urusan politik UMNO jika tidak mahu berhadapan dengan tindak balas politik dan ekonomi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment