Saturday, August 29, 2015

Polis Tahan 163 Individu Penyokong #Bersih4 Di Ampang Jaya

Konsert mini menjelang perhimpunan Bersih 4 di Rumah Api semalam diserbu polis dan seramai 163 ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk diambil keterangan. 

Kira-kira 163 orang yang menghadiri konsert mini atau "gig" menjelang perhimpunan Bersih 4 di Rumah Api, Ampang Jaya ditahan polis malam tadi. 

Menurut salah seorang peserta yang ditahan, Aizuddin Ismail, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk diambil keterangan. 

"Polis menyerbu Rumah Api ketika persembahan dilakukan kira-kira jam 11.15 malam semalam. 

"Kesemua 50 anggota polis yang menahan kita tidak memaklumkan atas alasan apa penahanan tersebut," lapor Malaysian Insider.

Antara 163 yang ditahan, termasuk jurugambar The Malaysian Insider Seth Akmal. Antara yang membuat persembahan sempena konsert mini tersebut ialah kumpulan Carburetor Dung yang popular di kalangan anak muda sekitar tahun 1990-an.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment