Tuesday, June 07, 2016

Musim Gugur Di Singapura... Bukan Lagi Syurga Membeli Belah Asia Tenggara

Satu ketika dulu... menjadi trend dikalangan golongan kelas pertengahan Asia Tenggara untuk membeli-belah di Singapura, ia digelar ebagai syurga membeli-belah yang kononnya, bukan sahaja lebih murah, tetapi produk yang dibeli lebih terkini dan berkualiti.

Singapura pernah mencatatkan limpahan sehingga S$10 bilion dalam sektor peruncitan bagaimanapun sejak lima tahun lalu reputasinya semakin menyusut disebabkan kemerosotan dalam ekonomi tempatan dan penurunan dalam perbelanjaan oleh pelancong.

Ruang komersial melonjak sebanyak 10 dalam tempoh berkenaan tetapi kadar penempatan meningkat kepada 7.3 peratus berbanding 5.0 peratus. Ketika itu penganalisis industri menjangkakan prestasi itu terus meningkat.

"Tetapi apabila anda memasuki pusat beli-belah anda akan lihat ia kosong," kata Sam Goh, seorang pengusaha produk pakaian sukan di sebuah pusat beli-belah di Orchard Road.

Situasi semasa itu menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan semula suku daripada ruang yang disewa sebelum ini pada bulan lalu untuk mengurangkan kos.

Tingkat lima yang mengandungi 16 unit kedai di pusat beli-belah itu mengalami kekurangan penyewa.

Di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar di sebelah barat Singapura, lebih dua pertiga daripada ruang bawah masih kekal kosong.

Keadaan itu mencerminkan jangkaan sebelum ini tentang ekonomi domestik yang memberangsangkan akan mengalakkan 5.5 juta penduduk berbelanja silap.

Reuters melaporkan di Singapura, dagangan runcit dan borong adalah penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan jumlah majikan juga besar.

Bagaimanapun, ekonomi yang lemah menyebabkan warga Singapura berbelanja dengan berhemah terutama dalam kalangan pekerja yang terlibat dalam sektor eksport.

Warga China yang terjejas akibat kelembapan ekonomi semakin kurang 'selera' terhadap barangan mewah yang sebelum ini ke negara itu untuk membeli-belah.

Malah, China juga telah mewujudkan banyak pusat beli-belah mewah, malah bebas cukai kepada pelancong tempatan untuk meransang pelancongan domestik.

Rakyat Indonesia, Thailand dan Malaysia juga boleh membeli produk yang sama di negara masing-masing, malah pada harga lebih murah.

Jenama Coach kini kosnya dua kali ganda di Singapura.

Di Bangkok dan Jakarta, ruang runcit meningkat antara 20 hingga 25 peratus pada lima tahun lalu dengan kosong semakin menyusut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment