Wednesday, June 08, 2016

Azmin Ali Akan Sabotaj Undi PKR di Sungai Besar?

azmin peluk mat sabu
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, dikhabarkan “gembira” sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun 2016 nanti.

Azmin yang kecewa dengan tindakan PKR dan Pas tidak menyokong cadangan beliau supaya PKR dibenarkan bertanding satu lawan satu dengan BN di Sungai Besar sudah menarik semua jentera pilihan raya di bawah kawalan beliau.

Walau pelbagai alasan yang diberikan oleh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai “kehilangan” jentera PKR Selangor di bawah Azmin, yang nyata Azmin sudah bersedia mengorbankan kerusi ini untuk Pilihan Raya UMUM.

Sumber kem Azmin menyatakan sekiranya calon PAN, Azhar Shukor, memenangi PRK ini, kumpulan Rafizi Ramli (Setiausaha Agung PKR) akan besar kepala dan tidak mustahil akan menyingkirkan beliau pada masa akan datang.

“Kekalahan PAN di PRK Sungai Besar akan memberi isyarat jelas kepada Presiden Parti (PKR) bahawa Azmin mempunyai strategi politik yang lebih baik berbanding Rafizi.”

Sekiranya PAN masih menang tanpa bantuan jentera Azmin, Menteri Besar Selangor tersebut bakal berhadapan dengan “pemberontakan” dalaman dari PKR dan DAP. 

“Justeru mahu tidak mahu Azmin perlu memastikan calon PAN tidak mendapat undi yang mencukupi dari kaum Melayu untuk menang PRK kali ini,” jelas sumber terbabit.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment