Wednesday, June 15, 2016

Kenapa Nak Perlu Keliru... Habis Nak Buat Fitnah !!!! Salahuddin Keliru Ada Parti Tak Serang UMNO

KUALA KANGSAR : Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub, keliru kerana ada parti yang mahu berbaik dengan UMNO walaupun sebelum ini kepimpinannya menentang dasar parti terbabit. 

"Tiba-tiba ada parti nak berbaik dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), tak nak serang UMNO lagi. "Yang peliknya, mereka minta undi dengan rakyat dan bila menang, duduk main congkak dengan UMNO di Parlimen," katanya dalam ceramah berkelompok parti pembangkang itu di Pekan Manong, dekat sini, malam tadi. 

Kenyataan Salahuddin dipercayai merujuk kepada PAS susulan kenyataan Ketua Dewan Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang antara lain dilapor menyebut, parti itu berazam untuk bersatu dengan UMNO. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment