Monday, June 06, 2016

Pedulikan Pergeseran Pas Dan PAN, UMNO Fokus Pastikan Kemenangan Dalam PRK

KUALA  KANGSAR : UMNO terus menggerakkan jenteranya untuk bekerja bersungguh-sungguh serta memberikan kerjasama yang lebih erat di kalangan kompenan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kemenangan calonnya, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 18 Jun ini.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, “kita pedulikan apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang, mereka musuh politik kita. Pas kutuk PAN, PAN  maki Pas, itu semua adalah agenda mereka untuk memastikan calon mereka mendapat sokongan khususnya dari kalangan ahli Pas itu sendiri.
Ketua Pemuda UMNO Perak1 
“Rakyat pun dah tahu siapa yang perlu dipilih, BN sendiri tidak ada masalah dalam menentukan siapa calon yang akan mewakili BN dalam  PRK  ini. Kalau kita melihat kepada parti PAN atau Pas sendiri yang asalnya dari satu parti tetapi kini dah bercelaru dan mula kutuk mengutuk antara mereka.”

Jelasnya, jika dengan cara sebegini mahu diangkat sebagai calon atau wakil rakyat maka tentunya yang akan rugi adalah rakyat di Kuala Kangsar.

“Saya berharap kepada seluruh jentera Pemuda BN agar gunakan kesempatan yang ada ini dengan keluar untuk berjumpa pengundi muda lebih awal kerana kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar dari PRU-13 yang lalu.

“Kalau dulu kita menang majoriti 1,082 undi, kita harap dan kita jangkakan akan menang dengan majoriti yang lebih dari dulu,” ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN negeri Perak.

Tambahnya, kemelut dan pergeseran dalam pakatan pembangkang ini bukanlah satu keselesaan dalam memberi kemenangan kepada BN, sebaliknya perlu berhati-hati dengan ‘sandiwara’ mereka.

“Mungkin apa yang berlaku ini ada agenda di sebaliknya. Mereka mungkin akan menampakkan bermasalah di hadapan media atau ketika dengan rakyat tetapi siapa tahu jika mereka berjumpa balik secara senyap.

“Kita jangan tergoda dengan agenda mereka, teruskan komitmen kerja berpasukan kita untuk membantu memberikan kemenangan kepada calon kita pada 18 Jun ini,” ujarnya lagi.

PRK Kuala Kangsar Perak menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid dengan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Bebas.

Pengundian awal bagi PRK Kuala Kangsar adalah pada 14 Jun dan hari pembuangan undi pada 18 Jun.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad dalam insiden nahas helikopter 5 Mei lalu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment