Wednesday, June 08, 2016

#PRKSungaiBesar: Papan Tanda “Cina Babi” Provokasi Melampau Terbit Kebencian Kepada BN

13413919_1106717489403341_451818621_n
Terdesak, begitulah pendapat saya apabila terkejut dengan beberapa buah “billboard” yang dipasang di tengah-tengah pekan Sekinchan.

“Cina Babi”, itu tulisan yang terpampang di billboard berkenaan, sambil dihiasi dengan gambar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Jamal Yunos bersama calon Barisan Nasional, Budiman Zohdi.

Penulis percaya provokasi ini ditujukan kepada masyarakat Cina, yang menjadi majoriti di pekan Sekinchan. Tujuannya adalah untuk menerbitkan rasa benci kepada Barisan Nasional, sekaligus meraih undi masyarakat Cina kepada calon PAN.

Namun, sampai bilakah politik melampau sebegini harus dibiarkan bermaharajalela di negara ini?
Samada kebetulan atau suratan, cara berpolitik ini sangat selari dengan ungkapan “Skrew Melayu” yang kedengaran pada pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Saya tidak tahu, siapakah pihak yang bertanggungjawab ke atas perlakuan melampau ini, namun jika Barisan Nasional yang cuba dipersalahkan, maka ianya agak janggal kerana “billboard” terbabit di pasang di tengah-tengah pekan Sekinchan, yang majoritinya didiami oleh masyarakat Cina.

Secara politiknya, tidak bijak untuk Barisan Nasional berbuat demikian kerana pasti akan kehilangan undi. Lagi pun, siapa yang berani untuk masuk ke lubuk untuk ditumbuk akibat dari provokasi-provokasi sedemikian?

Saya turut akui, pilihan raya Sungai Besar kali ini agak “sejuk”, mungkin disebabkan dengan Ramadhan. Maka, strategi calon adalah mendekati pengundi pada program, dan juga di kawasan tumpuan awam seperti bazaar Ramadhan.

Strategi ini, pada kaca mata saya, sangat memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional, yang sudah dikenali oleh masyarakat sekitar. Bukan itu sahaja, khidmat baktinya pun sudah diakui ramai selaku ADUN Sungai Panjang berbanding calon PAS yang berstatus “tetamu” atau “pelancong politik”, dan calon PAN, yang bukan pun pengundi di Sungai Besar.

Oleh yang demikian, maka tidak hairan jika Barisan Nasional dilihat ancaman terbesar, dan tindakan provokasi ini membuktikannya.

Disediakan oleh :
http://1.bp.blogspot.com/_PGIB65Npcjo/SW2k1BG1AVI/AAAAAAAAAiA/6pWYfKSm1Qo/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment