Monday, June 06, 2016

Strategi Dan Perancangan Kempen BN Akan Tenggelamkan Calon Pihak Lawan

SUNGAI BESAR : UMNO Bahagian Sungai Besar kini menggerakkan seratus peratus kekuatan jentera di kawasan tersebut dalam gerak kerja kempen seperti ceramah-ceramah kecil dan juga beberapa gerak kerja kempen yang telah dirancang sebaik sahaja selesai penamaan calon semalam, kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus.

Menurut beliau, setakat hari ini tidak lagi timbul sebarang masalah yang melibatkan jentera kempen dalam segala perancangan dan penyusunan program-program yang akan diadakan sepanjang tempoh berkempen ini.
Jamal Mohd Yunus 
“Sebaik sahaja selepas penamaan calon selesai, UMNO Sungai Besar akan menggerakan seratus peratus jentera UMNO dan Barisan Nasional di kawasan ini dalam usaha memastikan kemenangan berpihak kepada calon BN yang juga merupakan ADUN Sungai Panjang, Budiman Zohdi.

“Kita akan mula memasang bendera, banner dan papan tanda kempen yang telah kita sediakan. Saya percaya dengan apa yang kami rancang akan menenggelamkan calon-calon parti lain. Bagaimanapun bersempena bulan Ramadan ini, kita akan memperbanyakkan program di sebelah malam selepas waktu solat tarawih.

“Manakala di sebelah siang pula, berkemungkinan kita akan mengadakan program berbentuk pemberian bantuan dan sebagainya,” jelas beliau kepada media di sini hari ini.

Beliau seterus mengharapkan kepada pengundi-pengundi di Sungai Besar agar lebih bijak dan matang untuk memilih calon manakah yang boleh mewakili mereka dalam usaha untuk membangunkan kawasan parlimen di Sungai Besar ini daripada segi infra, pelajaran anak-anak sekolah dan bantuan-bantuan terhadap penduduk di kawasan ini.

“Dengan memberikan kemenangan kepada calon BN bagi Parlimen ini, insyaAllah kita akan memastikan segala perancangan pembangunan insan, infrastruktur  serta bantuan dan penyelesaian bagi permasalahan di kawasan ini akan dapat disambung dan diteruskan oleh wakil rakyat BN yang baru kelak,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment