Monday, June 06, 2016

Pemilihan Datin Mastura Kesinambungan Perjuangan & Khidmat Bakti Allahyarham Wan Khair-il

KUALA KANGSAR : Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini adalah untuk meneruskan perkhidmatan yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon yang akan mewakili BN pada PRK ini sebagai kesinambungan perjuangan dan perkhidmatan Allahyarham dengan baik.
Kuala Kangsar, 5 Mei--Calon Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd Yazid bagi Pilihanraya Kecil P.067 Parlimen Kuala Kangsar menerima sokongan penuh daripada empat orang anaknya, dari kiri: Wan Iskandar, Wan Imar dan Wan Emir Astar dan Wan Amar Wan Mohamad Khair-il pada sidang media di kediamannya di Bukit Chandan bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas penamaan calon dalam Pilihanraya Kecil P.067 Parlimen Kuala Kangsar petang ini. - Foto : MediauMNO
“Datin Mastura sebagai isteri Allahyarham, telah sekian lama bersama Allahyarham dalam program-program sebelum ini ketika Allahyarham sebagai ADUN Bukit Chandan dan ketika sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

“Maka jika ada yang mengatakan Datin Mastura baru dalam politik, itu tidak benar sama sekali kerana beliau aktif membantu Allahyarham ketika balik kawasan mahupun ketika allahyarham di luar kawasan.

“Saya yakin pengundi Kuala Kangsar akan membuat pilihan yang tepat, kerana kita ingin meneruskan pembangunan dan pembangunan itu boleh dibuat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional, kerajaan pusat BN dan calon BN itu sendiri,” ujarnya kepada media.

Tambahnya, pembangunan itu tidak boleh diteruskan oleh mana-mana calon yang tidak ada apa-apa sokongan di belakangnya.

“Saya berharap pengundi akan berfikir panjang dalam soal mengundi calon ini, semoga mereka dapat mengundi Datin Mastura, calon BN.

“Saya juga berharap agar pemain media sosial agar tidak berkempen dengan cara menabur fitnah ataupun maki hamun, tidak kira bulan Ramadhan atau tidak, fitnah tetap berdosa dan kita sama-sama elakkan,” tambahnya lagi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Perak menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan BEBAS.

Pengundian awal bagi PRK Kuala Kangsar adalah pada 14 Jun dan hari pembuangan undi pada 18 Jun.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad dalam insiden nahas helikopter 5 Mei lalu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment