Wednesday, June 08, 2016

Sendiri Mau Ingatlah.... Aktivis Fahmi Reza Ditahan Polis

KUALA LUMPUR : Aktivis Fahmi Reza ditahan polis ketika menyertai acara KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Fahmi ditahan bersama Penganjur KLAB, Pang Khee Teik, Aktivis Lew Pik-Svonn dan artis komik, Arif Rafhan sekitar jam 7 malam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, di sini.

Dalam satu catatan Facebook, Fahmi berkata beliau ditahan untuk disoal siasat kerana penjualan t-shirt yang didakwa berunsur menghasut.

"Lima atau enam pegawai polis datang ke gerai pameran. Mereka rampas kad pengenalan, dua helai t-shirt Penghasut dari beg dan juga sepanduk lukisan muka badut. Menurut pihak polis siasatan akan dilakukan di bawah Akta Hasutan," katanya dalam catatan Facebooknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan penahanan Fahmi.

Sebelum ini, Fahmi disoalsiasat kerana mengedarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyerupai badut.

Beliau akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 pada minggu hadapan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment