Wednesday, June 08, 2016

#PRKSgBesar : Budiman Mahu Jumpa 40,000 Pengundi

http://www.kitaikini.com/pictures/2278_Politik_PRK-Sungai-Besar-Budiman-Mohd-Zohdi-3.jpg
Dalam sehari, Budiman Mohd. Zohdi melawat sekurang-kurangnya 100 tempat sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar yang memasuki hari keempat ini.

Menurutnya, beliau menyasarkan berjumpa dengan 3,000 pengundi sehari supaya jumlah keseluruhan pengundi lebih 40,000 orang dapat ditemuinya dalam tempoh 13 hari berkempen.

“Pada sebelah pagi, saya lawat 60 tempat dan petang, 40 tempat.
image
“Sebelah malam pula, selain lawatan, saya pergi ke dua masjid. Satu untuk berbuka, satu lagi solat tarawih,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Sungai Besar itu ditemui selepas melawat Pusat Operasi Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sini hari ini.

Beliau mengakui rasa letih sepanjang berkempen namun semua itu ditolaknya ke­tepi bagi memastikan BN dapat mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Sungaj Besar, 18 Jun ini.

Budiman menambah, dalam kempen itu, beliau membawa bersama gerak kerja dasar dan polisi bertujuan mensejahterakan rakyat dari aspek pendidikan dan ekonomi.

“Kesemua ini boleh dibuat jika kawasan Parlimen Sungai Besar ada hubungan baik dengan kerajaan BN,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment