Wednesday, June 08, 2016

Nizar Jual Temberang Pasal Mastura Pada Bulan Ramadan...

Kata orang dalam hari baik bulan Ramadan yang baik...cakap mesti betul.

Namun nampaknya bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat dulu,Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih nak temberang jual cerita air mata pasal Datin Mastura Yazid.

Pada ceramah bersama Mat Sabu di Sayong Lembah,Kuala Kangsar lewat Isnin malam,beliau bercakap dengan nada sayu seolah cukup sedih mengenangkan nasib isteri bekas Ahli Parlimen Allahyarham Datuk Wan Khairil Anuar.

Cakapnya juga seolah beliau tahu pasti pasal Mastura.

Nizar cuba gambarkan seolah UMNO tidak ada hati perut paksa seorang isteri yang sedang kesedihan bertanding juga dalam pilihanraya kecil.

Katanya seorang isteri yang baru kematian suami tidak harus dibebankan dengan hal seperti ini.

Untuk menguatkan jalan ceritanya,Nizar dakwa ada banyak lagi orang lain yang boleh dijadikan calon BN.

Pimpinan UMNO sebelum ini sudah beberapa kali menafikan dakwaan konon Mastura calon paksa.

Mastura sendiri sudah kata beliau terima baik pimpinan UMNO pilihnya dan nak sambung perjuangan suaminya.

Calon BN itu tidak dapat berbuat banyak untuk tangkis tomahan terhadapnya kerana tidak boleh turun kempen sendiri kerana edah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment