Monday, June 06, 2016
Mat Sabu Bagi Jaminan Bahawa PAS Tak Akan Menang Semua Pilihanraya Tanpa DAP
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu melabelkan PAS kini sebagai parti ‘tidak boleh menang’.
Mohamad Sabu berkata sejarah politik di Malaysia telah menunjukkan 
bahawa mana-mana parti yang bertanding bersendirian dalam pilihan raya 
akan menemui kegagalan dalam perjuangan.
“Sekarang, akibat pergolakan politik, PAS kembali keseorangan. Dari sudut hukum pilihan raya, PAS tentu dah tak boleh menang.
“Kita masuk pilihan raya nak menang, melainkan kalau kita masuk pilihan 
raya dengan tujuan hanya nak bertanding,” katanya ketika menyampaikan 
ceramah di Dataran Tonggak 10 di sini, malam Sabtu.
Hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengarah Komunikasi Amanah 
Khalid Samad, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution dan 
beberapa pimpinan Pakatan Harapan.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Pilihan Raya 
Kecil (PRK) Sungai Besar adalah peluang untuk pengundi-pengundi PAS, 
terutama pengundi muda untuk melakukan perubahan.
Beliau juga meminta pengundi supaya tidak mensia-siakan undi dengan memilih PAS.
“Politik di Malaysia tak boleh bersendirian. ‘Sorry’lah…Abang Mat orang 
lama ni, bukan sehari dua dalam politik, umur 60 lebih, cuma nampak 
muda.
“Jika kita balik keseorangan, tak boleh menang, saya nak nasihat 
elok-elok ni, inilah peluang tuan-tuan nak berubah, saya harap semua 
ahli PAS di Sungai Besar ini jangan sia-siakan undi,” katanya.
Beliau turut memberi contoh kemenangan di Meru, Seri Kembangan, Bangi 
dan Paya Jaras adalah disebabkan faktor kepelbagaian kaum dalam Pakatan 
Rakyat yang mendokong satu perjuangan.
Mengimbas penglibatan PAS dalam politik di Selangor, Mat Sabu berkata, 
parti itu hanya berjaya memenangi kerusi pada pilihan raya  2008 dan 
2013 ketika bergabung bersama PKR dan DAP.
“Masa PAS keseorangan di Selangor, selalu hilang wang taruhan, kalau tak hilang pun di Sabak Bernam dan Tanjung Karang.
“Ertinya kita (PAS) mula menang bila kita muafakat semua kaum. Bila ada 
Pakatan Rakyat, mula-mula kita menang lapan kerusi, kemudian 15,” 
katanya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment