Monday, July 12, 2010

Pembangkang Punca Golongan Cerdik Pandai Enggan Pulang

23 Jun - Tindakan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan sehingga menimbulkan persepsi negatif masyarakat luar terhadap Malaysia merupakan antara punca golongan cerdik pandai enggan pulang untuk berkhidmat di negara ini.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, cara berpolitik pembangkang yang gemar mencanang pelbagai tuduhan walaupun pada hakikatnya ia tidak benar telah meracuni pemikiran golongan berkenaan sehingga merugikan negara.

“Masalahnya pembangkang kurang nilai-nilai sayangkan negara. Sebaliknya mereka lebih gemar memberi gambaran negatif kepada pihak luar seolah-olah di negara ini semuanya buruk serta wujud diskriminasi dalam proses kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya.

“Mungkin wujud masalah, tapi janganlah melemparkan dakyah dan meracuni pemikiran mereka seolah-olah di Malaysia tiada peluang langsung untuk kenaikan pangkat dan gaji,” katanya semasa membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang menyalahkan kerajaan sepenuhnya kerana gagal menyediakan insentif yang mampu menarik minat ribuan tenaga pakar tempatan untuk kembali berkhidmat di negara ini.

Oleh : MYKMU.net

No comments:

Post a Comment