Tuesday, June 07, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Allahyarham Cik Pie

Majlis Perkahwinan Berlangsung di Rumah Rakyat Pancor pada 5 Jun 2011 (bersamaan hari Ahad). Allahyarham Cik Pie atau nama penuhnya Mohd Safiei bin Mohd Amin merupakan semasa hayatnya pernah memgang jawatan Pengerusi JKKK Kampung Pancor. EDITOR telah berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan ini yang telah berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Majlis perkahwinan ini melibatkan dua pasang pengantin, iaitu anak lelaki dan anak perempuan Allahyarham.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di majlis ini yang berlangsung di Rumah Rakyat Pancor.



Disediakan oleh : EDITOR

Bawa RoS Ke Mahkamah, Satu Lagi Muslihat Politik Anwar


Kelam kabut dalam pemilihan PKR 2010 memang jadi tontotan semua rakyat. Kerusi terbang, protes calon, ketidak adilan dalam proses pemilihan dan sebagainya sehingga membawa kepada pembatalan keputusan beberapa Cabang dan/atau mesyuarat perlu diadakan semula menunjukkan macam mana parti yang bercakap besar tentang ‘demokrasi baru’ untuk Malaysia ini, tidak mampu menguruskan demokrasi dalam parti sendiri pun.


Peratusan ahli yang keluar memilih juga begitu rendah sekali antara 10 – 15% sahaja daripada entah berapa ‘ratus ribu’ ahli PKR diseluruh negara. Kalau Azmin pun dapat undi tertinggi sekitar 19.000 lebih saja untuk jawatan Timbalan Presiden, berapa ramai sangat ahli PKR tu?


Mana peraturan PKR pakai sehingga pemilihan yang telah diputuskan boleh dibatalkan begitu saja, bukan satu malah berlaku di beberapa Cabang antaranya Kuala langat, Klang, PJ Selatan, Subang, Jerai, Merbok, Kuala Nerus & Kapar.


Tidak berhenti setakat itu, dilapurkan berlaku kes penjualan kertas undi walau cuba dinafikan Setiausaha Agung dengan alasan ada sabotaj dan kertas undi dicuri. Kemuncak kepada segala kelam kabut, calon Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim, menarik diri dari pertandingan.


Hairan juga kita, boleh ke amalan kelam kabut yang sedemikian dilakukan parti politik berdaftar seolahnya tiada peraturan yang mengikat?


Tapi notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh RoS kepada PKR atas kelam kabut yang berlaku dalam pemilihan tahun lepas membuktikan bahawa PKR tidak terlepas dari pemantauan oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya telah diambil selaras dengan peraturan sedia ada.


Logiklah, kalau segala macam kelam kabut berlaku menunjukkan memang ada satu yang tidak kena dengan PKR ini yang memerlukan penjelasan kepada pihak berwajib. PKR mungkin parti anak beranak Anwar Ibrahim tapi negara ini bukan milik mak bapak dia pun, maka itu apa pun peraturan yang tidak dipatuhi, memerlukan penjelasan kepada pihak berwajiblah.


Bukan PKR saja, malah mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan RoS.


Tapi, pelik, notis dari RoS yang begitu simple ini dibawa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Kalau pemilihan telus dan mulus serta berjalan lancar, jawab ajela notis tu, apa masalahnya? Tapi knowing Anwar, kita sudah agak, sebab sebelum ini pun Anwar menuduh UMNO yang mendalangi tindakan RoS ini. Eh, dia sendiri yang cipta kelam kabut, UMNO pulak yang dituduh?


Sebelum ini pun dalam kes saman Hishamuddin berhubung kes video seks ke atas Anwar, Anwar boleh menyaman Hishamuddin semula atas dakwaan konon menjejaskan reputasinya, siap tuntu ganti rugi lagi tu!! Walhal, individu yang dedah video tersebut, Eskay Abdullah, tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Anwar.


Kita lihat Anwar sering menjadikan mahkamah sebagai tempat melambakkan perkara-perkara remeh tapi tidak menyebelahi dirinya dan PKR. Kita dah lihat banyak perkara seperti ini berlaku sehingga hal nak memindah kes liwat dari Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Tinggi pun menjadi isu yang memerlukan semakan kehakiman sehingga ke tahap Mahkamah Persekutuan!!!


Dan kalau keputusan tidak menyebelahinya, mulalah Mahkamah dituduh sebagai alat UMNO dan tidak bebas, malah macai Anwar, Zuraidah Ampang menuduh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Anwar membela diri dalam kes liwatnya sebagai ‘Mahkamah Pandy Kutty’ (Mahkamah Anak Babi).


Sehingga kini tiada tindakan menghina mahkamah whatsoever yang dikenakan ke atas janda bermuka biawak ini.


Tapi memang itulah tujuan Anwar – untuk burukkan UMNO dan mahkamah. MO (modus operandi)nya mudah, kalau dia lepas atau menang, UMNO terbukti mencipta fitnah, kalau dia tak terlepas dan disabitkan dengan kesalahan, UMNO pengaruhi hakim dan mahkamah!!


Anwar memang fobia dengan UMNO, sampai dia tibai jubor jantan sehingga meninggal DNA dan tutuh pepek pelacur sehingga terakam pun, UMNO juga yang dipersalahkan.


Penulis cadang, sementara berkuasa, BN dan UMNO perlu buat sesuatu dalam hal salah guna proses mahkamah untuk kepentingan politik dan peribadi ini. Punca kewangan Anwar sudahlah tidak terhad, tambah pulak begitu ramai manipulator undang-undang yang berselindung disebalik nama peguam, berkhidmat dengan Anwar sebagai MP dan Ketua Cabang partinya membolehkan Anwar menggunakan sumber yang tidak terhad ini untuk kepentingan peribadi dan politiknya dan ini bukanlah suatu yang sihat pun.


Yang penting untuk kita tahu ialah, tindakan membawa notis RoS ke mahkamah ini adalah tindakan bermotifkan politk semata-mata bukan sebab apa yang lain. UMNO tidak masuk campur dalam hal RoS dan Anwar sendiri pun tidak pernah membuktikan dimana yang UMNO terlibat dalam hal ini.


Kalau UMNO boleh masuk campur dalam hal RoS, PAS dan DAP hari ini bukanlah lagi parti berdaftar sebab akan lama diharamkan, tapi kenapa itu tidak berlaku? Fikirlah saja dimana logiknya tuduhan Anwar itu.


Dipetik daripada : mykmu.net

Kitar Hidup PAS @ DAP


Dipetik daripada : mykmu.net

Dasar Islam, Sekutu DAP: Macam Mana Tu, Tak Faham?


Penulis betul-betul keliru dengan ucapan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam yang antara lain menyatakan bahawa PAS sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Apa maksudnya itu? Tak fahamlah.


Macam mana Nasha kata kekal prinsip asal tapi masih bersekutu dengan DAP tu? DAP tidak memperjuangankan seinci kelebihan kepada mana-mana kaum, ikut kata depa semua rakyat pun mesti mau sama. Tiada kaum yang lebih dari kaum lain, tiada juga agama yang lebih dari agama lain, semua mesti sama, equal.


Dan PAS (melalui Nasha) bercakap tentang meletakkan Islam di atas, syariat di atas, al-Quran dan sunnah di atas pulak. Apa kata DAP?


Tahun 1999 dulu bolehla, masa itu orang cina tolak DAP sebab depa nampak DAP dikawal oleh PAS tapi segalanya berubah sekarang, orang cina tidak malu mengundi PAS sebab mereka tahu DAP mengawal PAS. Itu menjadikan PAS tidak mampu menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat seterusnya melaksanakan semua apa yang dicakap oleh Nasha seperti diatas malah bolehlah dianggap sebagai mimpi sahaja.


Apa sekali pun cakap Nasha ini sebenarnya tiada merit sebab yang menentukan hala tuju parti ialah Mursyidul Am. Mursyidul Amlah sebenarnya nakhoda kapal PAS, tiada apa yang lain waima Presiden, apatah lagi Timbalan Presiden.


Nik Aziz sudah liberal dalam banyak hal seperti dalam pelbagai isu berkaitan kafir masuk masjid tanpa diketahui kesuciannya, arak yang dibenarkan dijual di kawasan orang Islam di Shah Alam (dulu tak boleh), kilang arak yang tidak ditutup sebagaimana yang diwar-warkan dulu malah nak diperbesarkan pulak lagi dan macam-macam apa yang lain.


Mungkin Nasha lupa, semua ahli PAS percaya bahawa bila PAS bercakap tentang meletakkan syariat Islam di atas dan menjadikan al-Quran sebagai rujukan, itu bermaksud melaksanakan hudud – hukum Islam yang menurut fahaman PAS tidak boleh tidak perlu dilaksanakan.


Jika bukan hudud, apal lagi? Sebab dalam hal syariat Islam, hanya hudud saja yang belum dilaksanakan kerajaan BN sekarang, itu pun tidak membawa kepada apa-apa pelanggaran kepada syariat Islam atas sebab yang sungguh kukuh – tidak mampu berlaku adil kepada semua.


Satu lagi, apa jadi dengan konsep ‘PAS For All” yang tidak terbatas kepada Islam semata-mata? Islam tu memang untuk semua tapi PAS bukan untuk semua pun, PAS hanya untuk ulamak saja, lain dari ulama tidak boleh mendudukki kerusi timbalan dan presiden PAS, apatah lagi dilantik Mursyid Am.


Banyak konfius sebenarnya ni tapi kalau betul-betul faham cara politik PAS, ini bukan susah nak tangkap. PAS hanya main lagu Islam bila rasa dirinya semakin ditolak rakyat. Sebab majoriti pengikut PAS adalah terdiri dari golongan manusia taksub yang kurang akal.


Kebetulan atau apa, memang tahap kepercayaan rakyat terutama orang melayu kepada PAS lama semakin kecik.



Dipetik daripada : mykmu.net

PAS Mula Diresapi Amalan Kronisme Anwar Ibrahim


PAS dan PKR, walaupun berbeza dari segi idealogi dan matlamat perjuangan tapi mempunyai persamaan yang amat ketara iaitu KETUA SEBENAR KEDUA PARTI INI TIDAK DIPILIH SECARA DEMOKRASI. Dalam hal PAS, Mursyidul Amnya lah, si Nik Aziz manakala dalam hal PKR, si penzina Anwar Ibrahim.


Namun, dari segi amalannya, PAS dan PKR sangat berbeza dengan PKR mengamalkan politik kronisme sejati – suami ketua umum, isteri Presiden, madu Timbalan Presiden dan anak, Naib Presiden.


Tak sebut lagi beberapa orang lagi yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam PKR yang diketahui mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim macam Mustapha Kamil Ayub.


Manakala PAS tidak dan atas sebab itu juga PAS berani mengkritik Tan Sri Taib Mahmud yang meletakkan adiknya sebagai calon dalam pilihanraya negeri Sarawak yang baru lepas, walaupun tidak berani menyoal PKR yang lebih teruk lagi.


Kini, semua itu tinggal sejarah.


Kemenangan anak Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang dalam saf kepimpinan Pemuda PAS memberikan bayangan bahawa PAS semakin diresapi amalan kronisme gaya Anwar Ibrahim dalam PKR.


Nik Aziz, umpama dewa hidup dalam PAS diketahui mempunyai pengaruh yang cukup meluas dalam PAS dan tidak sukar untuk Nik Abduh menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas yang ditandinginya.


Begitu juga anak Abdul Hadi Awang, Khalil Abdul Hadi yang menduduki salah satu dari 12 kerusi AJK Pemuda PAS Pusat.


Pada yang tak tahu, sekarang ini pun Nik Abduh adalah ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu dalam negeri Kelantan dimana Nik Aziz merangkap bapanya sebagai Menteri Besar. Sengaja ditulis sedemikian rupa demi nak menunjukkan bagaimana taksubnya Nik Aziz kepada Anwar Ibrahim sehingga dia meniru dan mengadaptasikan amalan kronisme PKR ke dalam PAS.


Kemenangan kedua anak masing-masing Nik Aziz dan Hadi Awang ini adalah satu permulaan kepada dominasi empayar anak beranak dalam PAS yang kita yakin akan membawa masalah lebih besar kepada kepimpinan PAS di masa hadapan atas sebab percanggahan pendirian kedua bapa masing-masing yang berlaku sekarang seperti dalam contoh kerajaan Perpaduan.


Walaupun Mujahid Rawa, anak bekas Mursyidul Am PAS yang pertama Yusof Rawa juga mendapat tempat dalam saf kepimpinan Pemuda PAS tapi ia berlaku selepas kematian bapanya pada tahun 2000 sedangkan Nik Abduh dan Khalil menang jawatan masing-masing dikala bapa mereka berdua masih hidup malah memegang jawatan pula.


Kita semua menolak amalan kronisme sebab ia hanya akan menguntungkan sebelah pihak saja, sedangkan banyak pihak lain lagi yang menderita olehnya.


Dalam PAS ada beribu aktivisnya yang berjuang selama beberapa dekad dan masih lagi tidak mendapat tempat dalam kepimpinan PAS atas banyak sebab, dan kini salah satu sebab itu ialah kerana memberi laluan kepada ‘waris’ Mursyidul dan Presiden pulak.


Dipetik daripada : mykmu.net

Negara Berkebajikan: Lebih Baik Pilih BN!!


Orang PAS semua nasib baiklah sebab Hadi Awang tidak ditakdirkan membawa kapal, sebab kalau itu berlaku nescaya stering kapal itu boleh longgar kalau tak patah dek sebab sering berpusing-pusing mencari arah tujuan yang baru. Yelah, kejap nak pergi Negara Islam, kejap nak pergi Negara Berkebajikan.


Penulis tak pastilah tentang negara lain, tetapi sepanjang pengetahuan penulis selama bergiat dalam politik negara ini, tidak pernah rasanya berjumpa dengan parti yang memanjang je tukar dasar parti melainkan PAS. Lama dulu pun penulis dah cakap yang mengkarung dengan PAS tidak banyak berbeza tapi penulis tak sangkalah begitu sakitnya PAS hari ini sehingga tukar dasar macam tukar selipar.


Kebetulan atau apa, Nik Aziz juga digelar Wali Selipar.


Hadi mungkin terpukul dengan kenyataan Timbalannya beberapa hari lepas bahawa PAS tidak akan menukar dasar Islamnya walaupun bersekutu dengan DAP. Hadi tahu yang DAP tidak akan berkompromi dengan satu apa pun yang terkait dengan Islam dan ucapan Nasha semalam boleh menyebabkan PAS kerugian dalam bentuk politik dan wang kalau DAP memutuskan kerjasama politik dengan PAS.


Maklum, busuk-busuk sekarang orang PAS ada jugak yang dapat jadi ahli Majlis dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dan menyumbang kepada tabung parti!!


Jadi Hadi terpaksa menekan soal negara berkebajikan pulak untuk menutup kesalahan dalam ucapan Nasha sebelumnya.


Kalau nak kira negara berkebajikan, baik lagi pilih BN sebab dengan puluhan bilion wang yang dibelanjakan kerajaan BN untuk tujuan subsidi, BN lebih berkebajikan daripada PAS dan Pakatan Rakyat pun. BN dah laksanakan dasar subsidi ini sejak merdeka dan PAS baru nak cakap soalnya hari ini?


Bodoh ke atau memang akal tak sampai ke situ?


Menurut Hadi negara berkebajikan memang ada disebut dalam al-Quran dan BN yang sering dituduh Hadi dengan pelbagai gelaran tidak Islamik ni rupanya mematuhi ajaran Islam kerana membelanjakan puluhan billion wang untuk memberi subsidi kepada rakyat.


Kerajaan BN bukan setakat berkebajikan tapi juga menguruskannya dengan baik. Bukan setakat itu, soal lain dalam negara juga diuruskan dengan baik sehingga tidaklah sampai berlaku perang saudara dan sebagainya disebalik kepelbagaian kaum, bangsa dan agama rakyatnya.


PAS diketahui gagal menjadi ketua kepada Pakatan Rakyat malah PAS sanggup menggadai prinsip untuk bekerjasama dengan DAP sedang DAP langsung tidak ubah apa-apa pun dasar partinya untuk bekerjasama dengan PAS.


Jadi buat apa nak pilih PAS dan sekutunya kalau kerajaan BN sekarang sudah beri lebih baik lagi? Lihat sajalah di negari-negeri yang diperintah pembangkang sekarang, apakah mereka berkebajikan sangat? Kalau ada yang diberikan pun tidak sampai kepada semua lapisan rakyat seperti dalam hal air percuma.


Baru bercakap tentang subsidi saja PAS dan sekutunya sudah kalah disitu, bagaimana pula dengan pelbagai jenis bantuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin dan kurang upaya? Pembiayaan perubatan yang murah di hospital kerajaan dan klinik 1Malaysia? Pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di bawah PTPTN?


Semua ini menunjukkan bahawa kerajaan BN sudah lama melaksanakan kerajaan berkebajikan ini walaupun tidak mewar-warkannya dimana-mana.


Tapi kalau betul nak laksana negara berkebajikan ini, elok ahli PAS minta ia ditulis dalam perlembagaan PAS, bukan apa takut apa yang dibuat Nizar dalam DUN Perak dalam soal negara Islam dulu berulang kembali


Dipetik daripada : mykmu.net

Antara “bahan bukti” dan “saksi” pun Hadi tak boleh beza?


Hadi memberitahu para perwakilan bahawa video seks yang dikaitkan dengan Anwar hanyalah “besi” dan tidak boleh dijadikan saksi bagi memberi keterangan untuk menuduh Anwar berzina. Benar. Saya setuju dengan Hadi. Memang video tersebut hanyalah “besi” dan tidak boleh dijadikan saksi untuk pertuduhan zina.


Bagaimanapun, siapa pula yang menyatakan video seks itu boleh dijadikan “saksi” pertuduhan kes? Siapa pula yang menuduh Anwar berzina? Hadi faham atau tidak tentang pertuduhan dan akuan sumpah laknat yang dilakukan Eskay?


Saya ingin jelaskan kepada Hadi yang keliru itu bahawa rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah “bahan bukti”, dan bukannya “saksi” sebagaimana yang dinyatakan pada pak-pak lebai Pas pada Muktamar Pas baru-baru ini.


Dalam konteks ini, Hadi gagal untuk membezakan antara bahan bukti dan saksi. Bahan bukti adalah “sesuatu” yang menerangkan kesahihan sesuatu kes, manakala saksi pula adalah “seseorang” yang boleh memberikan keterangan melalui pengalamannya. Adalah sangat berbeza untuk dibandingkan antara “bahan bukti” dan “saksi”.


Justeru itu, suka saya jelaskan pada Hadi bahawa video seks tersebut adalah “bahan bukti” dan bukan “saksi” sebagaimana yang dia gunakan dalam ucapan penggulungannya selaku Presiden dua hari lepas. Harap Hadi jelas.


Seperkara lagi, ingin juga dijelaskan pada Hadi bahawa tidak ada sesiapa pun yang menuduh Anwar sebagai berzina, sebagaimana yang dikatakannya. Oleh itu, tidak perlulah Eskay membawa empat orang saksi yang adil, lagi tidak fasik untuk menjadi saksi pertuduhannya itu.


Hadi harus jelas dalam perkara ini bahawa Eskay hanya menuduh Anwar wujud di dalam rakaman tersebut, termasuk dirinya sendiri. Itu pengisian sumpah laknat Eskay tempohari. Tidak pun Eskay bersumpah bahawa “dia bersaksi bahawa dia melihat Anwar berzina”.


Justeru itu, memandangkan ini adalah bukan pertuduhan zina, maka Eskay secara jelas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang hukum hudud, termasuk qazaf. Meskipun secara visualnya menunjukkan lelaki yang mirip Anwar itu sebagai melakukan zina, namun tidak semestinya dia berzina.


Ini adalah kerana menurut hukum pertuduhan zina, saksi yang menuduh perlakuan itu mestilah melihat perlakuan zina itu secara jelas dan terang, bahawa perlakuan pelakunya adalah seperti “jari yang dimasukkan cincin”. Malah saksi itu juga mesti terdiri dari empat orang yang adil dan tidak fasiq.


Memandangkan syarat-syarat yang ketat itu, maka berkemungkinan itulah Eskay hanya menuduh Anwar sebagai wujud dalam video seks tersebut, dan tidak menuduhnya berzina. Eskay mungkin sedar bahawa dia tidak punya empat saksi yang adil dan tidak fasiq untuk menuduh Anwar berzina. Menuduh Anwar sebagai wujud dalam video tersebut adalah memadai.


Justeru Eskay sudah bersumpah laknat, dan Anwar enggan membalas, Hadi sebagai Presiden sebuah parti yang kononnya terlalu Islam melebihi orang lain, maka sewajarnya Hadi menasihatkan Anwar supaya membersihkan namanya mengikut cara Islam yang lebih dipercayai keadilannya.


Sepatutnya Hadi bukannya terus membela Anwar, kerana Hadi sendiri tidak tahu sama ada Anwar atau Eskay yang benar. Hadi tidak ada bersama Eskay mahupun Anwar ketika masa rakaman video tersebut. Oleh itu, Hadi sebagai seorang yang menggambarkan dirinya adil, tidak wajar untuk terus membuat keputusan sendiri dengan menyalahkan Eskay dan membela Anwar.


Pada hemat saya, inilah jadinya apabila sesuatu perkara itu dicampur adukkan dengan pandangan politik mendahului segalanya sebelum dirujuk dengan kaedah Islam. Benarkah Hadi mendahulukan Islam sebagai rujukannya dalam semua perkara, atau dia mendahului fikrah politik untuk setiap maslahah dan muamalahnya? Atau ini juga salah satu “tahalluf siyasi” dari Hadi? Kalian fikirkanlah sendiri.


Dipetik daripada : mykmu.net

Oooi Anwar, Berapa Kali Mau Tangguh Daa!!!


Dia digambar sebagai berani, hebat, ada karisma, tidak takut, perjuangan, pengorbanan dan apa segala ‘nan’ ‘nan’ yang lain dihujungnya. Bila hujah macam Hitler, tegak tegak salur tekak mempertahankan benang yang basah. Dek sebab itu agaknya asal ada kelibat Anwar, yang bodoh-bodoh asal PAS ni akan bertakbirlah.


Lagaknya macam Pahlawan terbilang.


Tapi p**k**mak ini sebenarnya adalah penakut maha hebat. Buktinya hari ini bila alasan remeh yang digunakan untuk menyingkir hakim bicara, menyebabkan sesi bela dirinya yang sepatutnya berjalan hari ini, ditangguhkan ke 13 Julai 2011. Kalau macam ini punya gaya, mau 7 keturunan pun kes ni tak habis.


Lawan tetap lawan, itu slogan keramat Anwar, tapi dalam hal bicara, dah tukar – tangguh tetap tangguh. 168 mukasurat penghakiman Hakim Dato Zabidi Diah yang mengarahkan Anwar bela diri, satu klausa (bukan satu muka surat pun) dari beribu klausa dalam penghakiman tersebut dipetik Anwar untuk menunjukkan Hakim bicara tidak adil!!


Tak ke bodoh namanya tu?


Anwar lupa atau buat-buat lupa, siapa yang mula kata Saiful saksi yang tidak boleh dipercayai? Anwar kan? Macam-macam yang dituduh bagi merosakkan kredebiliti Saiful sebagai saksi, tak sembahyanglah, bukan muslim yang baiklah dan sebagainya.


Bila pendakwa berjaya meyakinkan mahkamah (dengan hujah) bahawa Saiful sememangnya saksi yang berwibawa, pasukan pembelaan Anwar pusing kata Hakim tak adil pulak!! Haiyaa, dia (Anwar) sendiri yang mulakan (tuduh Saiful saksi takde kredebiliti), kemudiannya nak salahkan Hakim pulak.


Macam ini punya manusia pun ada.


Penulis yakin, Anwar dah rancang semua ini dengan peguamnya, tujuannya untuk mempolitikkan isu ini. Semua ini dah jelas sangat dah, sebab itu dari mula peguam Anwar cuba bunuh karakter Saiful. Kita dok sangkalah yang Karpal benar-benar dah faham Islam sampai boleh ukur sama ada Saiful seorang saksi yang baik atau tidak, rupanya Karpal ikut rancangan yang siap diatur.


Sampai bilalah sistem perundangan di negara ni nak diperkotak katikkan oleh Anwar dan para peguam upahannya? Isu-isu remeh ini patut ditangani berasingan supaya tidak menganggu kes yang sedang berjalan. DNA asal air mani Anwar yang dijumpai dalam dubor Saiful dah match, lagi mau apa?


Dan Anwar kekal dengan muka tak bersalahnya, memang dah jenis itu, nak dibuat macam mana lagi. Dalam hal yang dia terang-terang menipu seperti 16 September pun dia masih boleh tunjuk muka dan lagak berkeyakinan, apa lagi dengan benda lain?


Menipu tapi masih boleh buat muka konfiden memang antara ‘kehebatan’ Anwar, disamping pelirnya yang macam timun laut!!


Dipetik daripada : mykmu.net

Exco Agama rasmi Pesta daging Babi di P.Pinang..


Masyarakat Islam di P.Pinang hari ini digemparkan dengan pendedahan media tentang sebuah Pesta Coklat Antarabangsa yang diadakan di negeri itu, tidak menjual coklat, sebaliknya lebih 90% gerai disitu menjual makanan tidak halal serta daging BABI..


Pesta yang kononnya menjual coklat berkualiti dari luar negara ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Jun di di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).


Dari 50 buah gerai yang ada di Pesta tersebut, hanya 5 sahaja yang benar-benar menjual coklat yang kononnya diimport dari luar negara. Tetapi ramai pengunjung yang merungut kerana coklat yang dipamerkan di 5 gerai tersebut, mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya besar dalam negara.


Ramai penduduk negeri itu khususnya berbangsa melayu dan beragama Islam berasa tertipu dengan pihak penganjur kerana mereka menjual daging BABI serta makanan yang tak halal secara berselindung disebalik Pesta Coklat Antarabangsa.


Pengunjung Islam yang datang dari luar P.Pinang juga merungut sebab mereka tidak dimaklumkan tentang kewujudan gerai-gerai menjual daging BABI salai dan juga makanan tak halal di Pesta berkenaan.


Majlis perasmian Pesta tersebut oleh Exco Agama Islam Negeri, Malik Kassim juga menimbulkan banyak persoalan. Mengapakah seorang Exco Agama sanggup merasmikan sebuah Pesta yang menjual daging BABI dan juga makanan tak halal?



Mustahil Malik Kassim sebagai seorang Exco Agama tak mengetahui tentang kewujudan penjualan daging BABI dan juga makanan tak halal di Pesta tersebut? Tambahan pula, Pesta berkenaan dianjurkan oleh sebuah Syarikat Pengedar Daging BABI Salai terkemuka Singapura..


Apakah Malik Kassim dan Lim Guan Eng selaku pentadbir negeri P.Pinang mahukan bangsa melayu dan masyarakat yang beragama Islam di negeri itu makan benda-benda yang memang secara jelas diharamkan dalam Islam?


Apakah Malik Kassim sengaja mengambil mudah tentang hukum agama semata-mata mahu membodek kepimpinan kafir Lim Guan Eng dan juga DAP negeri? Jika Malik Kassim sebagai Exco Agama Islam negeri pun tak peka dengan hukum-hukum agama, bagaimanakah nasib umat Islam yang menjadi majoriti negeri P.Pinang itu?


Apa yang berlaku di Pulau Pinang ini membuktikan kepada kita betapa pentingnya seorang pemimpin atasan yang peka tentang sensitiviti masyarakat. Apatah lagi di Malaysia ini masyarakat Islam menjadi penduduk majoriti.


Jika rakyat memilih pemimpin kafir yang hanya tahu berslogan Islamik dan berlakon mentadbir gaya kepimpinan khalifah Islam, nyata Islam dan umatnya sendiri akan dipandang rendah martabatnya di negara ini..


Dipetik daripada : mykmu.net

Kupasan: Siapa Tak Tidur Malam Bila Mat Sabu Menang?


Ada 2 manusia yang paling fobia dengan UMNO dalam Malaysia, yang pertama Anwar Ibrahim, yang kedua Nik Aziz. Semua hal pun kalau boleh nak dikaitkan dengan UMNO, dan dalam kes Nik Aziz, kertu nyanyuk ini mengandaikan UMNO tidak tidur malam dengan pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.


Iya kah UMNO tak tidur malam? Besar benarkah jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang Mat Sabu sehinggakan UMNO kena sampai tak tidur malam oleh kemenangannya? Ada perubahan ke pada mulut Mat Sabu ketika dia sebagai Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden?


Mat Sabu masih Mat Sabu, regardless apa jawatan yang dipegangnya dalam PAS.


Untuk pengetahuan Nik Aziz, rata-rata orang UMNO menyambut baik kemenangan Mat Sabu sebab ia disifatkan sebagai pembuka jalan kepada kehancuran PAS yang sudah sedia hancur dek perubahan dasar hasil kerjasama dengan DAP.


Malah dalam MyKMU ini pun ada artikel mendoakan kemenanganngan sebagai Timbalan Presiden PAS.


Jauh dari tak tidur malam, kami sebenarnya tidur lebih lena mengenangkan betapa mudah kerja kami selepas ini dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, terutama sekali apabila memperkatakan tentang hubungan PAS dan PKR.


Apalah sangat dengan jawatan Timbalan Presiden PAS tu, bukan boleh jadi Timbalan Perdana Menteri pun kalau Pakatan memerintah.


Jawatan Timbalan Presiden PAS tu hanya laku dalam PAS, diluar ni almost nothing. Jadi nak mengatakan perlantikan itu akan menyebabkan kesan yang begitu besar kepada UMNO, tidak juga. Tambahan lagi moral Mat Sabu kita semua tahulah, sudahla bermukah dengan bini orang (yang kemudian menjadi bininya), mulutnya lancar saja dengan perkataan-perkataan tidak baik.


Mat Sabu seperti kata Nik Aziz dalam ucapannya, menyertai PAS sejak habis belajar lagi. Sudah keluar masuk ISA sebanyak 2 kali tapi masih tegar dengan fahaman PASnya. Kalau diikutkan dengan segala ‘pengorbanan’ Mat Sabu kepada PAS, sudah lama dia menjadi Timbalan Presiden PAS, silap-silap Presiden, bukan pada tahun 2011.


Tapi mengapa agaknya ia mengambil masa begitu lama untuk Mat Sabu sampai ke tahap ini – yang bukanlah tinggi mana pun jawatan, kalau jadi Mursyidul Am tu yelah.


Tak lain tak bukan kerana kes khalwatnya pada 1995 dan kesumat tiada kesudahan antara Mat Sabu dan Anwar Ibrahim yang boleh menjejaskan PAS one way or another.


Kerana Mat Sabu dilihat sangat tidak popular dikalangan orang melayu, Nik Aziz mencadangkan agar Mat Sabu menjaga hal ehwal kafir dalam PAS. Walhal kita semua tahu pengundi tradisi PAS ialah orang melayu tapi Mat Sabu yang konon-kononnya popular ini disuruh pulak menjaga bukan melayu.


Dalam pilihanraya umum 2008, Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu ditangan Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan majoriti 628 undi. Tiada siapa jangka PAS kalah disitu sebab PAS menang di tiga DUN bawah parlimen Kuala Terengganu, tapi PAS kalah juga dipercayai atas sebab faktor Mat Sabu. Calon bebas umur 89 tahun pun boleh meraih 685 undi


Bayangkanlah tu.


Perseteruan Dengan Anwar Ibrahim


Semalam penulis telah menulis tentang masa depan hubungan PAS dan PKR dengan Mat Sabu sebagai Presiden. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa perseteruan Mat Sabu dan Anwar bukan bermula dengan kisah Al-Jubori saja, malah telah bermula sejak dari keduanya keluar ABIM lagi. Mat Sabu hanya keluar ABIM untuk menyertai PAS pada 1981 sebagai tanda protes dengan tindakan Anwar menyertai UMNO (ketika itu presiden ABIM).


Sejak itu Mat Sabu sentiasa menjadi orang yang dipertanggungjawabkan oleh PAS untuk ‘mengekori’ Anwar Ibrahim. Bukan setakat itu, Mat Sabu turut bertanding menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya umum 1986 tetapi kalah.


Kecik hati Mat Sabu dengan Anwar Ibrahim memang mudah difahami. Dalam gerakan mahasiswa menentang kerajaan, Anwar Ibrahim adalah idola Mat Sabu dan penglibatan serius mereka telah menyebabkan kedua-duanya dibuang dari pusat pengajian masing-masing, Anwar dari Universiti Malaya, Mat Sabu dari ITM (kini UiTM).


Penyudahnya Anwar memilih masuk UMNO dan menyertai kerajaan yang dulu ditentangnya, meninggalkan rakan seperjuangannya seperti Mat Sabu terkapai-kapai dalam ABIM, sudahlah belajar tak habis, kena buang pulak tu, semuanya demi perjuangan yang dipelopori Anwar tapi Anwar senang-senang pilih masuk UMNO.


Anwar bagaimanapun dikhabarkan berjaya menghabiskan pengajian dan mendapat ‘General Degree’ dalam bidang sastera melayu manakala Mat Sabu kekal tidak berdiploma mahupun berijazah. Pendek kata, dek sebabkan Anwar, taraf pendidikkan Mat Sabu tinggi sikit daripada Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) yang lulus SRP sahaja tu.


Sudah banyak yang tidak baik disebut oleh Mat Sabu terhadap Anwar, vice versa dan semuanya bersifat peribadi serta meninggalkan kesan sehingga sekarang seperti gelaran al-jubori.


Anwar dalam ucapan di Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 1997 menyifatkan tuduhan liwat yang dibuat ke atasnya adalah tersangat melampau. Siapa lagi yang paling aktif menyebarkan tuduhan tersebut termasuk menuduh Tun Mahathir menyimpan homoseksual di Parlimen ketika itu, kalau bukan Mat Sabu!!


Jadi nak mengatakan Mat Sabu dan Anwar tidak bermusuh hanya kerana kedua parti masing-masing berada dalam Pakatan Rakyat, adalah satu pembohongan kerana permusuhan itu bersifat peribadi, bukan perjuangan.


Dua-dua ini pun manusia, bukan malaikat. Ada hati, perasaan, bengang, bengkak dan sebagainya.


Dalam PAS ada 3 golongan, golongan ulamak, golongan profesional dan golongan Erdogan (pro Anwar). Untuk makluman semua, Mat Sabu tak masuk mana-mana dalam golongan ini. Nak kata ulama, moralnya rendah, nak kata professional, belajar tak habis, nak kata erdogan, dia musuh rasmi Anwar zaman berzaman.


Semua ini adalah bukti bahawa yang paling bermasalah selepas ini lanjutan dari kemenangan Mat Sabu ialah PAS, bukan UMNO.



Dipetik daripada : mykmu.net

Anwar kecewa bila Mat Sabu menang…


Spy dapat berita dari seorang sahabat lama dalam PKR, Anwar dikatakan kecewa bila tau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS.


Korang nak tahu kenapa Anwar marah sangat dekat Mat Sabu? Meh sini Spy nak cerita kat korang…


Anwar Ibrahim ni memang tidak pernah senang dengan Mat Sabu sejak dari zaman Anwar di Yayasan Anda lagi… Masa tu, Wan Azizah masih anak dara dan bersekolah di satu sekolah tinggi di Lembah Pantai.


Masa ni Anwar Ibrahim dan bapa Wan Azizah, Wan Ismail memang tak sebulu sebab Wan Ismail tak suka Anwar mengorat anak dia..


Mat Sabu pulak masa tu belajar di ITM dan dikhabarkan ada hati kat Wan Azizah.. Inilah punca mulanya sengketa Anwar yang tak suka kat Mat Sabu..


Pertelingkahan antara Anwar dengan Mat Sabu sampai kemuncaknya bila di satu ketika pada tahun 1996, Mat Sabu ditangkap khalwat di Hotel dalam bilik bernombor 121 di Kelantan dengan bini orang.


Ketika tu, Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri telah menggunakan segala jentera media kerajaan khususnya TV3 dan RTM untuk mengaibkan Mat Sabu dan menggelar Mat Sabu sebagai ROMEO dalam PAS.



Untuk balas balik tuduhan Anwar, Mat Sabu telah mengadakan satu roadshow ke seluruh negara. Masa ni lah gelaran AL JUBURI telah dilabelkan oleh Mat Sabu kepada Anwar..


Untuk pengetahuan korang, lepas saja Mat Sabu keluarkan gelaran AL JUBURI ni.., Anwar terus tersentap dan tak melawan langsung hujah Mat Sabu masa tu.. Mungkin Anwar terkejut macam mana Mat Sabu boleh tau rahsia dia..


So, sebab tu lah banyak orang kata dikalangan pemimpin-pemimpin Otai PAS sendiri dah tau perangai liwat Anwar Ibrahim.. Dorang cuma diamkan sebab dorang nak Anwar tumbangkan UMNO..


Dan bila Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS hari ni, Anwar memang tak suka sebab Mat Sabu tau banyak rahsia dia.. Tapi DAP yang paling suka dengan kemenangan Mat Sabu..


Kafir-kafir DAP tahu hanya Mat Sabu saja yang mampu jinakkan Anwar seandainya dorang berebut kuasa masa Pakatan menang PRU13 nanti..


Jadi, korang nampak tak sapa yang untung dalam semua pertikaian ni? Sebab tu Spy kata agenda DAP dah mula menyusup masuk dalam PAS, tapi biasalahh.. puak-puak PAS mana boleh terima kenyataan baii..


Kita tunggu je lah macam mana Mat Sabu nak caturkan PAS ikut acuan DAP.. Mungkin lepas ni lebih banyak demonstrasi dan lebih kerap rusuhan jalanan dibuat bagi menimbulkan huru hara dalam negara..


Bila DAP dah suka.., Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS mesti setuju…


Dipetik daripada : mykmu.net

Kalut!! Pencipta Gelaran Al-Jubori Jadi Timbalan Presiden PAS



Kalut, kalut, memang kalut. Perwakilan PAS hari ini memilih pencipta gelaran Al-Jubori sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru menggantikan Nasharudin Isa yang menggerakkan ide kerajaan perpaduan. Bagaimana gamaknya Anwar dan kuncu PKR nak bekerjasama dengan PAS kali ini menjadi tanda tanya yang paling besar.


Mat Sabu selain mempunyai masalah peribadi dengan Anwar ketika Anwar berada di dalam UMNO, turut mempunyai masalah peribadinya yang tersendiri. Pernah ditangkap kerana kesalahan khalwat dengan isteri orang bernama Norma Abd Halim di bilik 121 Hotel Perdana pada 1995.


Norma kini dilapurkan menjadi isterinya.


Anwar seperti yang kita tahu bukan jenis forgive and forget. Kalau dia jenis itu, sebaik dibuang dari UMNO, Anwar akan masuk PAS, tapi itu tidak berlaku dan Anwar menubuhkan parti baru. Kenapa Anwar tidak masuk PAS ketika itu sangat mudah sebab dalam PAS ada Mat Sabu yang menjadi dalang kepada pendedahan kes liwat pertamanya.


Mat Sabu juga bukan setakat mencipta pelbagai gelaran ke atas Anwar malah pernah juga menyifatkan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana kebolehannya menipu dan berpura-pura warak.



Mat Sabu juga pernah bercakap dengan ahli politik di negara mengenai hubungan Anwar dengan tauke judi seperti Lim Goh Tong , pendek kata dia pernah buruk burukkan Anwar dululah.



Ini semua yang menjadikan justifikasi kenapa hubungan PAS dengan PKR dilihat bermasalah kini.


Dengan pemilihan Mat Sabu, PAS kini tidaklah sebersih mana lagi dah. PAS sudah tidak layak untuk bercakap mengenai moral pemimpin BN kerana PAS sendiri memilih pemimpin tidak bermoral sebagai Timbalan Presiden. Memang pun sejak menjadi sekutu Anwar, PAS seakan sudah tidak peduli akan masalah moral sehingga sanggup menghijaukan Elizabeth Wong yang dipalit skandal seks dengan suami orang.


Apapun kami dipihak penyokong UMNO ucap Good Luck kepada PAS….hahaahahahaha


Daripada : mykmu.net

Wednesday, June 01, 2011

Pemimpin PAS tidak perlu risau jika dicabar ketika pemilihan: Abdul Fatah

RANTAU PANJANG: 21 April – Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini.


Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.


“Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku itu di sini, hari ini.


Beliau berkata, pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri supaya dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi.


“Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS,” katanya.


Abdul Fatah diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata, beliau sedia ditentang bagi jawatannya itu.


Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dicalonkan PAS kawasan Bukit Bintang untuk bertanding merebut jawatan presiden parti. – BERNAMA

Kerajaan Kelantan bantah pusat jadi pencelah kes tuntutan royalti minyak

KUALA LUMPUR: 21 April – Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan rayuan membantah keputusan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam samannya terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan royalti minyak.


Kerajaan negeri juga memfailkan satu lagi rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya saman itu dipindahkan semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial (NCC).


Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar kedua-dua permohonan itu, kata peguam Rishwant Singh, yang mewakili Petronas, kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof telah menetapkan 20 Mei bagi sebutan saman itu selepas menemui beliau bersama peguam Nur Ashikin Abdul Rahim, yang mewakili kerajaan Kelantan, dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, yang mewakili kerajaan pusat, semasa pengurusan kes.


Pada 22 Mac, hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua.


Manakala, pada 31 Mac, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial.


Kerajaan Kelantan mahu supaya kes itu didengar oleh Mahkamah Baru Komersial kerana kes itu pada asalnya didengar oleh mahkamah berkenaan.
Ia kini akan didengar di Mahkamah Baru Sivil.


Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan berhubung dakwaan melanggar kontrak mengenai pembayaran wang kepada negeri itu bagi hasil minyak berdasarkan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, yang menetapkan bahawa Petronas harus membayar lima peratus dalam bentuk wang tunai daripada hasil minyak, yang diperoleh daripada kerja mencari gali sama ada di darat atau di luar pesisir pantai.


Dalam kenyataan tuntutannya itu, kerajaan negeri memohon perintah supaya Petronas membuat penjelasan penuh dan benar mengenai semua fakta berhubung bayaran yang harus diberikan kepada Kelantan serta tempoh minyak ditemui dan dihasilkan di luar pesisir pantai Kelantan. – BERNAMA

Senjata milik Tengku Fakhry tak sepadan peluru kes tembak

TUMPAT: 21 April – Saksi terakhir dalam prosiding inkues membabitkan kematian pengawal keselamatan Istana Kelantan memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, dua jenis senjata api dan peluru diambil daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra di Istana Mahkota tidak sepadan peluru digunakan kes tembak Ramli Mohd.


Pegawai Penyiasat, Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Superintendan Kamarulnizam Alias, ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, dua senjata api itu ialah senapang patah jenis Benelli berserta peluru dan sepucuk pistol Automatik jenis Glock.33 bersama pelurunya.


Beliau menjadi saksi inkues ke-38 berkata, polis juga mengambil barangan lain seperti 51 peluru, seutas tali silang digunakan bersama senapang patah, dua kelopak peluru dan lesen senjata api milik anakanda ketiga bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra itu.


“Senjata api yang diambil di Istana Mahkota, Kubang Kerian diserahkan kepada saya oleh seorang pegawai atasan pada 5 Mei 2010, jam 12.15 malam.


“Bagaimanapun, selepas didapati peluru digunakan dalam kes tembak Ramli tidak sama senjata api diambil, jadi atas arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ketika itu, Datuk Mazlan Lazim supaya serah barang berkenaan kepada Tengku Muhammad Fakhry.


“Peluru yang digunakan dalam kes tembak Ramli bersaiz .32 sedangkan (senjata api) diambil ialah satu senapang patah dan sepucuk pistol Automatik jenis Glock.33.


“Disebabkan tidak sama, arahan supaya serah semula dibuat selepas mendapat laporan forensik,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdul Razak , semalam.
Kamarulnizam yang diarah mengambil alih siasatan kes membabitkan Ramli daripada Inspektor Noor Shuhada Husin daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, itu juga memaklumkan kepada Koroner polis turut menahan dua individu bagi membantu siasatan.


Katanya, tangkapan membabitkan tukang masak peribadi Tengku Muhammad Fakhry iaitu Mohd Rusdee Hassan@Thopearoh, 46, atau Chef Dee pada 12 Mei 2010, kira-kira jam 3 pagi dan Mohd Salleh@Abd Ghani Ismail, tanpa menyebut tarikh dan waktu ditangkap.


Sementara itu, bekas pembantu peribadi Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, Muhammad Burhanuddin Ab Maleki, 35, memberitahu mahkamah, ketika di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, ada dua perkara berlaku iaitu ada pihak memasuki bilik Tuanku Ismail tanpa kebenaran dan pertelingkahan membabitkan pengawal swasta dan pengawal istana dilantik kerajaan. Keputusan inkues dibuat 2 Mei ini.




Oleh : mykpmu.net

Beng Hock orang perantara: Saksi

KUALA LUMPUR: 21 April – Seorang saksi mengakui beliau, isterinya dan anak saudaranya yang mempunyai kaitan dengan pemimpin DAP, berperanan dalam pemilihan kontraktor dan mendapatkan kontrak bagi projek daripada kerajaan negeri Selangor.


Ahli perniagaan, Lee Wye Wing, 52, memberitahu demikian kepada Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, semalam, ketika disoal peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.


Anak saudara Wye Wing, Lee Kee Heng adalah bekas setiausaha Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Disoal Muhammad Shafee, Wye Wing mengakui semua syarikatnya didaftar atas nama isterinya, tetapi dia tidak terbabit secara langsung dan hanya menandatangani cek.


Beliau mengakui menggunakan syarikat Bumiputera mendapatkan projek kecil juga setuju menerima banyak projek daripada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, majikan Beng Hock.


Wye Wing turut setuju memberikan lima hingga 10 peratus komisyen hasil projek kepada syarikat Bumiputera yang namanya digunakan untuk mendapatkan projek itu. Antara syarikat Bumiputera itu ialah MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Construction dan Aris Enterprise.


Wye Wing mengakui syarikat itu turut menerima wang pendahuluan daripada DAP dan membayarnya kembali sebaik mendapat bayaran untuk kerja dilaksanakan.
Beliau bagaimanapun menafikan memberikan wang untuk dana DAP.


Menjawab soalan Muhammad Shafee, Wye Wing berkata, Beng Hock adalah perantara dan terbabit menentukan sebut harga bagi projek yang diluluskan Hian Wah.


Katanya, Beng Hock mengetahui jumlah sebut harga bagi sesuatu projek dan akan menyampaikan maklumat itu kepada Hian Wah.


“Sebelum jumlah itu dipersetujui, saya akan menghantar e-mel kepada Beng Hock dan pindaan akan dibuat pada sebut harga jika Hian Wah tidak setuju dengan harga ditetapkan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan (DSP) Kamaruddin Ismail yang juga saksi ke-37 memberitahu suruhanjaya, 20 kertas siasatan dibuka terhadap pegawai SPRM Selangor kerana menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat, antara 25 Mac 2005 dan 18 Julai 2009.


Katanya, semua laporan dibuat orang awam dan terakhir oleh Tan Boon Wah (Ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPK) yang disoal siasat SPRM pada malam sama dengan Beng Hock).


Kamaruddin berkata, daripada 20 aduan itu, 13 kes masih dalam siasatan, manakala bakinya sudah ditarik balik pengadu.


“Ada kes dikelaskan sebagai ‘NFA’ (tiada tindakan lanjut) disebabkan saksi atau pengadu tidak hadir untuk membuat pengecaman dalam kawad cam dan kami menganggap mereka tidak berminat,” katanya.


Kamaruddin berkata, daripada 20 aduan itu, 13 membabitkan pegawai penyiasat SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus.


Disoal pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen sama ada SPRM bekerjasama dengan polis dalam siasatan itu, Kamaruddin berkata SPRM tidak memberikan kerjasama sehingga selepas kematian Beng Hock.


“Kita menerima surat daripada Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim pada 2008, memaklumkan SPRM perlu mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara untuk memberi kerjasama berhubung semua laporan polis itu,” katanya.


Sementara itu, Cheng Yuen mengumumkan tempoh siasatan suruhanjaya dilanjutkan dua bulan sehingga 25 Jun ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Perlanjutan tempoh itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui sepucuk surat. Prosiding bersambung hari ini.


Oleh : mykpmu.net

Akaun e-mel peribadi setiap rakyat

PUTRAJAYA: 20 April – Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.


Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan.


Ia juga akan melengkapi beberapa perkhidmatan dalam talian yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini seperti portal rasmi kerajaan, myGovernment dan portal aplikasi kerajaan elektronik (e-kerajaan), MyEG.


Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pengumuman projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP), di ibu negara semalam.


Laman portal sehenti berkenaan akan dibangunkan oleh syarikat senarai Bursa Malaysia, Tricubes Bhd dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti rangkaian sosial, pembayaran bil dalam talian dan permohonan kerakyatan menerusi pautan.


Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar, berkata syarikat berkenaan yang terbabit dalam perniagaan kemudahan teknologi untuk segmen enterpris dan pengguna akan melabur RM50 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangunkan sistem e-mel berkenaan dan dijangka menyumbang RM39 juta kepada pendapatan negara kasar (PNK) menjelang 2020.
Khairun Zainal berkata, Tricubes akan memiliki dan mengendalikan sepenuhnya portal sehenti berkenaan kerana ia adalah inisiatif swasta.


“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya.


Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan.


Beliau menjelaskan, Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas.


INFO: E-mel 1 Malaysia



  • Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar.


  • Dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU).


  • Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan.


  • Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan

  • Oleh : mykpmu.net

    Imam Besar Mekah Puji Cara Malaysia Urus Jemaah Haji

    PETALING JAYA: 20 April – Kecekapan Malaysia menguruskan jemaah haji ketika menunaikan ibadah itu di tanah suci, mendapat pujian Imam Besar Masjidil Haram iaitu Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais.


    Beliau menyifatkan Malaysia sebagai negara contoh dalam menguruskan hal ehwal ibadah Haji dan berkata ia perlu dijadikan panduan oleh masyarakat serta negara Islam lain di seluruh dunia.


    “Ia termasuk aspek memberi kefahaman hukum-hukum kepada jemaah terlibat, bagaimana menguruskan kebajikan mereka, dan bagaimana membantu meningkatkan ekonomi jemaah sebelum dan selepas menunaikan Haji,” katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk “Masa Depan Ketamadunan Islam pada abad ke-21″ di Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa di sini, Rabu. Butiran yang disampaikan Sheikh Dr Abdul Rahman itu diterjemah oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia Datuk Mahamud Abdul kepada pemberita.


    Sheikh Abdul Rahman turut menyampaikan salam Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud serta rakyatnya kepada pemimpin dan penduduk Malaysia, dengan harapan hubungan sedia ada dapat ditingkatkan demi kepentingan kedua-dua negara.


    Beliau juga berharap Malaysia dan Arab Saudi dapat bekerjasama dalam menyampaikan mesej Islam ke seluruh dunia dengan penuh kesederhanaan agar lebih ramai membuka hati untuk menerima ajaran Islam.


    Sheikh Abdul Rahman berkata bagi tujuan tersebut, umat Islam perlu menunjukkan contoh terbaik dalam amalan kehidupan seharian.


    “Apabila kita menyampaikan Islam dan orang tak mahu terima, kita kena hormati. Tapi ada dua cara dalam berdakwah, sama ada melalui syarahan seperti yang kita lakukan hari ini, atau menunjukkan contoh supaya imej umat Islam yang baik boleh ditonjolkan dengan lebih banyak kepada bukan Islam,” katanya.


    Beliau turut menggalakkan umat Islam menguasai bahasa Arab kerana ia bahasa Al-Quran dan tidak menganggap ia hanya untuk orang Arab.


    Sheikh Abdul Rahman sedang dalam rangka lawatan lima hari ke Malaysia, dan dijangka menyampaikan khutbah sebelum mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, sebelum pulang ke Arab Saudi.-BERNAMA

    Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara

    KUALA LUMPUR 20 April – Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Mei.


    Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


    Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000. – Bernama

    PM akui kuasa media pengaruh rakyat

    paper-malaysia



    PUTERAJAYA: 20 April – “Pena, papan kekunci dan tetikus adalah lebih berkuasa daripada pedang.” Begitulah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap pada Taklimat Media Inisiatif Penjanaan Kekayaan Baru dan Pembangunan Eko-Sistem Negara Melangkaui 2021 – Unit Inovasi Khas (UNIK) di Putrajaya, Selasa.

    “Pihak media, bantulah saya untuk membuat rakyat melihat visi Malaysia yang inovatif dengan jelas sebagaimana saya melihatnya. Andalah duta yang boleh mempengaruhi rakyat melalui penulisan anda. “Pena, papan kekunci dan tetikus adalah lebih berkuasa daripada pedang. Gerakkan rakyat menerusi kewartawanan anda, supaya kita bersama-sama mengatasi cabaran, berada pada landasan yang betul dan membina Malaysia ke arah cemerlangan.” katanya.


    Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan 23 inisiatif ekosistem dan penjanaan kekayaan yang akan menarik pelaburan berbilion Ringgit serta melahirkan lebih banyak penjanaan kekayaan negara.


    Najib menegaskan, untuk melahirkan nilai yang baru menerusi inovasi, rakyat perlu mengubah sikap. “Sekiranya pada peringkat awal cabaran kita ialah untuk mengubah sikap “tidak apa”, sekarang kita perlu mengubah sikap “lebih kurang”.


    “Kita mesti bertindak tepat dalam apa jua yang kita lakukan. “Lebih kurang” tidak mencukupi. Kita perlu berubah supaya kita boleh keluar dari zon selesa. Kita tidak boleh berpuashati dengan kejayaan yang sedia ada.


    “Kita mempunyai tanggungjawab meninggalkan kepada keturunan kita satu platform untuk mereka menjadi rakyat yang terbilang di peringkat global,” kata Najib yang turut menyaksikan majlis perjanjian kerjasama strategik antara beberapa rakan kongsi dengan Unit Inovasi Khas (UNIK), yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).


    Menurutnya, bukan mudah untuk melakukan transformasi minda. Tetapi untuk menjadi negara yang inovatif, transformasi minda perlu dilakukan di sektor kerajaan, industri dan pendidikan.


    Najib berkata dia memberi penekanan khusus kepada penjanaan kekayaan kerana ia adalah matlamat pertama Model Ekonomi Baru. Katanya dalam persekitaran global hari ini, pelaburan sahaja tidak mencukupi dan kerajaan harus melihat cara lain bagi menjana kekayaan,


    “Untuk menjadi negara yang membangun, usaha menjana kekayaan harus dibuat menerusi inovasi.Kita harus ingat bahawa inovasi bukan satu destinasi tetapi satu perjalanan. Ini adalah permulaan perjalanan yang panjang dan kita baru memulakan pelayaran. Kita mungkin akan melakukan beberapa kesilapan dalam perjalanan kerana kita belayar di atas lautan yang tidak pernah diduga.”


    Daripada : mykpmu.net

    Enam Belas Dakwa Ditipu Terpilih Bertanding Pilihan Raya Sarawak

    SIBU, 20 April — Seramai 16 lelaki mendakwa ditipu oleh dua orang yang kononnya mewakili Umno untuk memilih mereka ini menjadi calon parti itu pada pilihan raya negeri 16 April lepas.


    Seorang daripada mereka, Joseph anak Lebun, 27, mendakwa mereka dijanjikan RM1 juta tiap seorang sebagai perbelanjaan pilihan raya dan RM250,000 sebagai wang jaminan sama ada kalah atau menang apabila bertanding.


    Ketika dihubungi Bernama pada Rabu, Joseph berkata mereka telah menjalani tapisan peluang kemenangan oleh dua lelaki yang mendakwa mewakili sebuah badan dikenali sebagai Jawatankuasa Penajaan Umno Sarawak (JPUNS).


    Umno tidak mempunyai cawangannya di Sarawak.


    Joseph, yang mendakwa dipilih untuk bertanding bagi kerusi Katibas, berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pekerja luar pesisir di Singapura kerana begitu terpengaruh oleh pujukan seorang daripada lelaki berkenaan.


    “Saya membelanjakan hampir RM50,000 wang sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu sejak enam bulan lepas,” katanya.


    Malah, katanya, mereka telah mengisi borang penclonan tetapi dua hari menjelang hari penamaan calon, mereka menerima SMS berbunyi “Kitak Tak Jadi Bertanding” (Kamu Tak Jadi Bertanding).


    Isnin lepas, Joseph dan lima yang lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis di sini terhadap dua lelaki berkenaan kerana “mereka-reka cerita, memperdaya dan membohongi” mereka.


    “Malah, saya telah mencetak poster, menubuhkan jentera pilihan raya dan membayar deposit bagi penyewaan bot panjang serta bilik gerakan.


    “Sekarang, para penyokong saya meragui kredibiliti saya dan nama baik saya telah tercemar kerana mereka berpendapat saya telah dibeli,” kata Joseph.


    Seorang lagi, Salleh Mahli, yang telah bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Dalat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri, berkata dua lelaki berkenaan telah menghilangkan diri selepas mengirim SMS itu.


    “Memandangkan pilihan raya Parlimen akan menjelang, saya harap tiada pihak lain yang akan menjadi mangsa. Biarlah apa yang terjadi kepada kami menjadi pengajaran,” katanya.


    BERNAMA

    Kertas siasatan video seks diserah semula

    BUKIT MERTAJAM 20 April – Polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.


    Katanya, ini kerana kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.


    “Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa, kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserahkan semula kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” katanya kepada pemberita di sini selepas membuat lawatan di sekitar kawasan Kubang Semang di sini hari ini. – Bernama

    Saman RM20 juta Nik Sapeia terhadap PDRM, kerajaan ditolak

    KOTA BAHARU: 20 April – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos dua saman bernilai RM20 juta seorang ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia.


    Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim juga memerintahkan Nik Sapeia menanggung kos sebanyak RM60,000 bagi kes saman berhubung dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Julai 2006.


    Dalam penghakimannya, Ahmad Zaidi berkata, kedua-dua saman ditolak selepas Nik Sapeia gagal membuktikan tuntutan beliau.


    Ahmad Zaidi berkata, tindakan defendan menahan Nik Sapeia selama sejam 15 minit adalah wajar walaupun tempoh reman sudah tamat kerana ia melibatkan perjalanan plaintif yang dibawa ke balai polis serta prosedur keterangan seperti mengambil gambar, cap jari dan kawad cam.


    Nik Sapeia diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa, manakala PDRM dan kerajaan Malaysia oleh Peguam Kanan Persekutuan Idham Abdul Ghani.


    Nik Sapeia, 57, memfailkan writ saman kedua-dua saman di Mahkamah Tinggi pada 13 Ogos 2006 dan menamakan Pegawai Penyiasat ASP Baharin Mohd Noh, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.


    Plaintif, yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), mendakwa kesemua defendan mempunyai niat untuk menjatuhkan maruah beliau ketika mengendalikan kes berhubung pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Dr Mahathir dan tiga yang lain.
    Nik Sapeia juga mendakwa defendan secara salah menahan beliau dan menafikan hak kebebasannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.


    Plaintif mendakwa tindakan defendan itu menyebabkan beliau mengalami kerugian dalam perniagaan, selain menjejaskan reputasi serta kredibilitinya di mata masyarakat, terutama rakan perniagaan di dalam dan luar negara.


    Sehubungan itu, Nik Sapeia menuntut ganti rugi sebanyak RM20 juta dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

    Pengaruh Anwar mencaturkan kepimpinan PAS

    nik-aziz-anwar440


    Menjelang Julai ini, PAS tetap tidak membatalkan pemilihan bagi semua jawatan dan pencalonan untuk pelbagai jawatan seperti Presiden sudahpun bermula.Bukan PAS tidak menyedari pemilihan lazimnya mencetuskan perbalahan dan mewujudkan kem-kem namun parti yang menggunakan imej Islam itu memilih untuk mengenepikan hakikat berkenaan. Pengamalan sikap berpuak-puak dalam PAS ataupun dalam apa jua pertubuhan boleh menjejaskan perjalanan parti itu lebih-lebih lagi ketika persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 sedang giat dilakukan. Atas sebab perkiraan ini barangkali, UMNO dan MIC serta beberapa parti lain menangguhkan pemilihan parti sekurang-kurangnya setahun ataupun 18 bulan dalam kes UMNO.Bagi kebanyakkan daripada kita merasakan keputusan PAS meneruskan pemilihan adalah bukti ia tidak takut untuk diuji oleh ahli-ahli. PAS percaya siapa saja naik dan siapa jua yang diturunkan, akhirnya PAS akan bersatu hati dan tenaga menghadapi musuh bersama iaitu UMNO.PAS tidak pernah bimbang walaupun pemilihan boleh membuatkan parti itu tidak sekuat sebelum berlangsungnya pemilihan parti. Bagi parti yang memperagakan imej lslam itu, kebanyakan pemimpin di peringkat Pusat serta juga jawatankuasa tertingginya akan diundi semula untuk dikekalkan sepenggal lagi. Mungkin 10 peratus saja akan kecundang serta diganti dengan muka-muka baru.

    Di peringkat kawasan pula dan disebabkan pelbagai faktor, 177 kawasan akan menyaksikan pemimpin mereka dikekalkan. PAS bukan seperti UMNO dan pemimpinnya. Walaupun tidak semua, rata-rata pemimpin PAS pun tidak ghairah mahu menjadi YB. Justeru bagi ahli-ahli diperingkat grassroot, siapa saja yang dinaikkan dulu, boleh diturunkan hari ini dan bagi mereka yang sudah di puncak pula tidak akan terlepas dari prestasi mereka dinilai dari masa ke semasa dan dari pelbagai sudut.


    Lazimnya pemimpin Bahagian yang tidak sealiran dengan pucuk pimpinan akan menerima padah. Dengan demikian dasar parti anjuran pucuk pimpinan dapat disenyawakan mengikut dasar yang digariskan oleh pihak Ibu Pejabat.


    Sesetengah pemerhati merasakan PAS terpaksa mengadakan pemilihan tahun ini, parti tersebut seolah-olah menyedari ia sedang berdepan dengan dilemma kepimpinan. PAS dilihat seperti sudah ada dua nakhoda. Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dilihat tidak sebagai “sealiran” dengan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.


    Tanpa mengambil kira reaksi terhadap peristiwa terbaru di mana Haji Hadi berpelukan dan bersalaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pasar di kawasan DUN Beting Maro, Sarawak tatkala acara turun padang parti masing-masing dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 beberapa hari lalu yang seolah-olah memperlihatkan harapan betapa kerajaan perpaduan akan menjadi realiti juga satu hari nanti, sudah ada tanda-tanda “fatwa” Hadi disanggah oleh Nik Aziz.


    Memerhatikan politik dalaman PAS sekalipun dari jarak jauh, Hadi dilihat banyak mengalah. Di peringkat akar umbi hal ini tidaklah sebegitu ketara kerana kebijaksanaan semua pihak memelihara keharmonian. Seperti kata pepatah Melayu, diam ubi tidak bererti tidak ada ubi, ia tetap berisi manakala diair yang tenang pula, usah dijangka tidak ada sang buaya. Sama ada buaya atau ubi, kedua-dua peribahasa lama ini membayangkan krisis ini semakin sukar untuk disembunyikan dari pengetahuan umum.


    Kalau dulu PAS ibarat sebuah keluarga tanpa dipengaruhi tangan-tangan dari luar namun kini ia ibarat kata seorang bekas anggota Mafia, “lt takes all kinds of good meat to make a good sauce.” Hakikatnya ialah betapa pengaruh luar lebih terkedepan perancangannya dan akan membiarkan kuah yang sedia ada berkemungkinan besar basi begitu sahaja.


    Sudah ada tanda amat jelas kewujudkan dua puak dalam PAS: kumpulan yang memihak kepada Presiden dan puak yang menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau juga dikenali dengan panggilan Erdogan. Kumpulan Erdogan lebih mirip kepada intelektual serta professional lulusan luar negara serta mereka yang di bawah usia 50 tahun.


    Meskipun Anwar bukanlah ahli PAS dan jauh sekali mahu memohon untuk menjadi ahli parti itu, sebilangan ahli PAS melihat Anwar sebagai de fakto Perdana Menteri. Dengan lain kata, bagi mereka Anwarlah pemimpin masa hadapan. Kalangan PAS sendiri kurang percaya kemampuan Hadi mentadbir kerajaan seperti mana mereka mengkagumi kemampuan Anwar dalam hal ini. Puak ini dibantu dengan penyokong Anwar di zaman Anwar masih menjadi Presiden ABIM. Mereka inilah yang menjadi alat mencatur peranan Anwar di dalam dan di luar PAS.


    Dan kerana awal-awal lagi Nik Aziz seperti terpukau dengan magis dan aura Anwar maka kumpulan yang pro Anwar dilempar talian hayat serta pada masa yang sama menjadikan mereka Kuda Trojan bagi membolehkan Anwar merencanakan strateginya dari luar. Selagi ada Nik Aziz selagi itu Anwar ada talian hayat didalam PAS.



    Perkara ini telah disedari banyak pihak. Malah kem yang rapat dengan Presiden partipun menyedari pengaruh Anwar didalam PAS begitu kuat.


    Senario yang berlaku sejak setahun kebelakangan ini membuat Presiden dan “all the president’s men” mulai menampakkan sikap berkecuali; tidak lagi nampak tanda-tanda mereka anti-Anwar. Dan kerana faktor ini serta melihat kepada peluang yang cerah untuk ke Putrajaya membuatkan Presiden parti turut menyusun langkah dan menukar rentak kepada rentak memihak kepada Anwar pula.


    Contohnya dalam kes video lucah yang dikatakan membabitkan Anwar dengan seorang pelacur China, Hadi selain dari mengetuai sembahyang hajat, beliau juga membuat kenyataan yang dilihat memihak kepada Anwar. Soal sama ada solat hajat itu meminta Allah mengekalkan Anwar selaku pemimpin dan memohon Anwar menjadi Perdana Menteri sudah tentu tidak termasuk dalam doa solat hajat berkenaan.


    Yang didoakan adalah soal kesejahteraan Anwar dan memohon petunjuk agar Allah menunjukkan kebenaran. Untuk rekod umum, solat hajat yang dijaja diadakan hampir di banyak tempat kini semakin tidak lagi kedengaran apatah lagi pihak PDRM sudahpun mengatakan lelaki didalam video berkenaan telahpun dikenalpasti.


    Nampaknya strategi yang dipasang oleh pemimpin pro Anwar ialah mencalonkan mereka yang berminat menjadi pengganti Hadi dan Nasaruddin iaitu bagi jawatan Presiden dan timbalan.Justeru tiga jawatan Naib Presiden juga akan dicalonkan mengikut calon yang pro Anwar.


    Bagaimanapun Husam yang dicalonkan bertanding menentang Hadi, awal-awal lagi menolak pencalonan dan mengikrarkan kesetiaan menyokong presiden parti dan menganggap Hadi seperti seorang mentor yang mendidiknya sejak zaman universiti lagi.


    Jawatan Timbalan Presiden sebenarnya adalah idaman kumpulan Erdogan. Tapi siapakah calon pilihan Erdogan yang mampu menjadi orang nombor dua dan bakal pengganti presiden?


    Calonnya adalah penting kerana jawatan Timbalan adalah calon yang bakal menjadi Presiden seandainya Hadi meningalkan parti ataupun enggan kekal memimpin PAS. Masalahnya walaupun Nasaruddin tidaklah sekebal mana namun kerana kesetiaan Nasaruddin kepada Presiden selama ini maka kem Hadi masih kekal menyokongnya.


    Hal ini tentu membimbangkan kumpulan Erdogan. Mereka tak mahu dilihat berkonfrontasi dengan kem Hadi. Pencalonan Mat Sabu, sahabat Anwar sejak zaman ABIM ke jawatan timbalan dilihat dibuat untuk kacau daun. Mat Sabu bukanlah calon yang dilihat layak serta berwibawa menjadi pemimpin kedua atau pemimpin de fakto andai kata sesuatu berlaku kepada Hadi.


    Mat Sabu bukanlah seperti Tan Sri Mahyuddin Yassin dalam UMNO yang bukan saja layak dan setia menunggu giliran malah mempunyai ketokohan tersendiri. Malah hubungan Mat Sabu dengan Anwar sudah lama sejuk iaitu sejak Anwar masih dalam UMNO. Usaha menjernihkan hubungan mereka setakat memanis mulut saja.


    Walau apa dan cara apa digunakan, setakat ini kedudukan Nasaruddin tidaklah membimbangkan selagi kem Hadi masih memerlukan regu Nasaruddin dan Hadi. Sifir politik PAS ini boleh berubah jika Nik Aziz berjaya meyakinkan perwakilan serta meyakinkan Hadi sendiri betapa PAS memerlukan seorang tokoh yang lebih berwibawa seperti Salahuddin atau Husam atau sesiapa saja yang mendapat pengiktirafan dari Anwar.


    Sehingga rencana ini ditulis, pemilihan kali ini dilihat sengit kerana ia adalah pemilihan bagi membersihkan PAS dari kumpulan yang menyimpan bau UMNO. Nasaruddin yang dilihat rapat dengan idea mewujudkan kerajaan perpaduan dilihat terlalu dekat dengan UMNO dari rapat dengan Anwar dan PKR apatah lagi DAP. Justeru umum melihat tanda-tanda macam PAS sudah bersedia mengorbankan beliau.


    Dan menjelang pilihanraya umum akan datang, PAS dengan mudah akan menyenaraikan calon-calon yang pro Anwar agar usaha Anwar dalam apa jua rencana tidak terhalang oleh “little napoleon” tidak sebulu dengan gagasan Anwar.


    Anwar mungkin bukan ahli PAS namun peranannya lebih penting dari peranan pemimpin serta jemaah pimpinan parti tersebut kerana setakat ini rancangan Anwar membariskan “orang-orangnya” dalam PAS tidak pernah gagal.


    Dipetik daripada : mykpmu.net