Tuesday, June 07, 2011

Kupasan: Siapa Tak Tidur Malam Bila Mat Sabu Menang?


Ada 2 manusia yang paling fobia dengan UMNO dalam Malaysia, yang pertama Anwar Ibrahim, yang kedua Nik Aziz. Semua hal pun kalau boleh nak dikaitkan dengan UMNO, dan dalam kes Nik Aziz, kertu nyanyuk ini mengandaikan UMNO tidak tidur malam dengan pemilihan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.


Iya kah UMNO tak tidur malam? Besar benarkah jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandang Mat Sabu sehinggakan UMNO kena sampai tak tidur malam oleh kemenangannya? Ada perubahan ke pada mulut Mat Sabu ketika dia sebagai Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden?


Mat Sabu masih Mat Sabu, regardless apa jawatan yang dipegangnya dalam PAS.


Untuk pengetahuan Nik Aziz, rata-rata orang UMNO menyambut baik kemenangan Mat Sabu sebab ia disifatkan sebagai pembuka jalan kepada kehancuran PAS yang sudah sedia hancur dek perubahan dasar hasil kerjasama dengan DAP.


Malah dalam MyKMU ini pun ada artikel mendoakan kemenanganngan sebagai Timbalan Presiden PAS.


Jauh dari tak tidur malam, kami sebenarnya tidur lebih lena mengenangkan betapa mudah kerja kami selepas ini dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, terutama sekali apabila memperkatakan tentang hubungan PAS dan PKR.


Apalah sangat dengan jawatan Timbalan Presiden PAS tu, bukan boleh jadi Timbalan Perdana Menteri pun kalau Pakatan memerintah.


Jawatan Timbalan Presiden PAS tu hanya laku dalam PAS, diluar ni almost nothing. Jadi nak mengatakan perlantikan itu akan menyebabkan kesan yang begitu besar kepada UMNO, tidak juga. Tambahan lagi moral Mat Sabu kita semua tahulah, sudahla bermukah dengan bini orang (yang kemudian menjadi bininya), mulutnya lancar saja dengan perkataan-perkataan tidak baik.


Mat Sabu seperti kata Nik Aziz dalam ucapannya, menyertai PAS sejak habis belajar lagi. Sudah keluar masuk ISA sebanyak 2 kali tapi masih tegar dengan fahaman PASnya. Kalau diikutkan dengan segala ‘pengorbanan’ Mat Sabu kepada PAS, sudah lama dia menjadi Timbalan Presiden PAS, silap-silap Presiden, bukan pada tahun 2011.


Tapi mengapa agaknya ia mengambil masa begitu lama untuk Mat Sabu sampai ke tahap ini – yang bukanlah tinggi mana pun jawatan, kalau jadi Mursyidul Am tu yelah.


Tak lain tak bukan kerana kes khalwatnya pada 1995 dan kesumat tiada kesudahan antara Mat Sabu dan Anwar Ibrahim yang boleh menjejaskan PAS one way or another.


Kerana Mat Sabu dilihat sangat tidak popular dikalangan orang melayu, Nik Aziz mencadangkan agar Mat Sabu menjaga hal ehwal kafir dalam PAS. Walhal kita semua tahu pengundi tradisi PAS ialah orang melayu tapi Mat Sabu yang konon-kononnya popular ini disuruh pulak menjaga bukan melayu.


Dalam pilihanraya umum 2008, Mat Sabu kalah di Parlimen Kuala Terengganu ditangan Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan majoriti 628 undi. Tiada siapa jangka PAS kalah disitu sebab PAS menang di tiga DUN bawah parlimen Kuala Terengganu, tapi PAS kalah juga dipercayai atas sebab faktor Mat Sabu. Calon bebas umur 89 tahun pun boleh meraih 685 undi


Bayangkanlah tu.


Perseteruan Dengan Anwar Ibrahim


Semalam penulis telah menulis tentang masa depan hubungan PAS dan PKR dengan Mat Sabu sebagai Presiden. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa perseteruan Mat Sabu dan Anwar bukan bermula dengan kisah Al-Jubori saja, malah telah bermula sejak dari keduanya keluar ABIM lagi. Mat Sabu hanya keluar ABIM untuk menyertai PAS pada 1981 sebagai tanda protes dengan tindakan Anwar menyertai UMNO (ketika itu presiden ABIM).


Sejak itu Mat Sabu sentiasa menjadi orang yang dipertanggungjawabkan oleh PAS untuk ‘mengekori’ Anwar Ibrahim. Bukan setakat itu, Mat Sabu turut bertanding menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya umum 1986 tetapi kalah.


Kecik hati Mat Sabu dengan Anwar Ibrahim memang mudah difahami. Dalam gerakan mahasiswa menentang kerajaan, Anwar Ibrahim adalah idola Mat Sabu dan penglibatan serius mereka telah menyebabkan kedua-duanya dibuang dari pusat pengajian masing-masing, Anwar dari Universiti Malaya, Mat Sabu dari ITM (kini UiTM).


Penyudahnya Anwar memilih masuk UMNO dan menyertai kerajaan yang dulu ditentangnya, meninggalkan rakan seperjuangannya seperti Mat Sabu terkapai-kapai dalam ABIM, sudahlah belajar tak habis, kena buang pulak tu, semuanya demi perjuangan yang dipelopori Anwar tapi Anwar senang-senang pilih masuk UMNO.


Anwar bagaimanapun dikhabarkan berjaya menghabiskan pengajian dan mendapat ‘General Degree’ dalam bidang sastera melayu manakala Mat Sabu kekal tidak berdiploma mahupun berijazah. Pendek kata, dek sebabkan Anwar, taraf pendidikkan Mat Sabu tinggi sikit daripada Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) yang lulus SRP sahaja tu.


Sudah banyak yang tidak baik disebut oleh Mat Sabu terhadap Anwar, vice versa dan semuanya bersifat peribadi serta meninggalkan kesan sehingga sekarang seperti gelaran al-jubori.


Anwar dalam ucapan di Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 1997 menyifatkan tuduhan liwat yang dibuat ke atasnya adalah tersangat melampau. Siapa lagi yang paling aktif menyebarkan tuduhan tersebut termasuk menuduh Tun Mahathir menyimpan homoseksual di Parlimen ketika itu, kalau bukan Mat Sabu!!


Jadi nak mengatakan Mat Sabu dan Anwar tidak bermusuh hanya kerana kedua parti masing-masing berada dalam Pakatan Rakyat, adalah satu pembohongan kerana permusuhan itu bersifat peribadi, bukan perjuangan.


Dua-dua ini pun manusia, bukan malaikat. Ada hati, perasaan, bengang, bengkak dan sebagainya.


Dalam PAS ada 3 golongan, golongan ulamak, golongan profesional dan golongan Erdogan (pro Anwar). Untuk makluman semua, Mat Sabu tak masuk mana-mana dalam golongan ini. Nak kata ulama, moralnya rendah, nak kata professional, belajar tak habis, nak kata erdogan, dia musuh rasmi Anwar zaman berzaman.


Semua ini adalah bukti bahawa yang paling bermasalah selepas ini lanjutan dari kemenangan Mat Sabu ialah PAS, bukan UMNO.



Dipetik daripada : mykmu.net

No comments:

Post a Comment