Tuesday, June 07, 2011

Exco Agama rasmi Pesta daging Babi di P.Pinang..


Masyarakat Islam di P.Pinang hari ini digemparkan dengan pendedahan media tentang sebuah Pesta Coklat Antarabangsa yang diadakan di negeri itu, tidak menjual coklat, sebaliknya lebih 90% gerai disitu menjual makanan tidak halal serta daging BABI..


Pesta yang kononnya menjual coklat berkualiti dari luar negara ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 3 hingga 5 Jun di di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).


Dari 50 buah gerai yang ada di Pesta tersebut, hanya 5 sahaja yang benar-benar menjual coklat yang kononnya diimport dari luar negara. Tetapi ramai pengunjung yang merungut kerana coklat yang dipamerkan di 5 gerai tersebut, mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya besar dalam negara.


Ramai penduduk negeri itu khususnya berbangsa melayu dan beragama Islam berasa tertipu dengan pihak penganjur kerana mereka menjual daging BABI serta makanan yang tak halal secara berselindung disebalik Pesta Coklat Antarabangsa.


Pengunjung Islam yang datang dari luar P.Pinang juga merungut sebab mereka tidak dimaklumkan tentang kewujudan gerai-gerai menjual daging BABI salai dan juga makanan tak halal di Pesta berkenaan.


Majlis perasmian Pesta tersebut oleh Exco Agama Islam Negeri, Malik Kassim juga menimbulkan banyak persoalan. Mengapakah seorang Exco Agama sanggup merasmikan sebuah Pesta yang menjual daging BABI dan juga makanan tak halal?



Mustahil Malik Kassim sebagai seorang Exco Agama tak mengetahui tentang kewujudan penjualan daging BABI dan juga makanan tak halal di Pesta tersebut? Tambahan pula, Pesta berkenaan dianjurkan oleh sebuah Syarikat Pengedar Daging BABI Salai terkemuka Singapura..


Apakah Malik Kassim dan Lim Guan Eng selaku pentadbir negeri P.Pinang mahukan bangsa melayu dan masyarakat yang beragama Islam di negeri itu makan benda-benda yang memang secara jelas diharamkan dalam Islam?


Apakah Malik Kassim sengaja mengambil mudah tentang hukum agama semata-mata mahu membodek kepimpinan kafir Lim Guan Eng dan juga DAP negeri? Jika Malik Kassim sebagai Exco Agama Islam negeri pun tak peka dengan hukum-hukum agama, bagaimanakah nasib umat Islam yang menjadi majoriti negeri P.Pinang itu?


Apa yang berlaku di Pulau Pinang ini membuktikan kepada kita betapa pentingnya seorang pemimpin atasan yang peka tentang sensitiviti masyarakat. Apatah lagi di Malaysia ini masyarakat Islam menjadi penduduk majoriti.


Jika rakyat memilih pemimpin kafir yang hanya tahu berslogan Islamik dan berlakon mentadbir gaya kepimpinan khalifah Islam, nyata Islam dan umatnya sendiri akan dipandang rendah martabatnya di negara ini..


Dipetik daripada : mykmu.net

No comments:

Post a Comment