Tuesday, June 07, 2011

Negara Berkebajikan: Lebih Baik Pilih BN!!


Orang PAS semua nasib baiklah sebab Hadi Awang tidak ditakdirkan membawa kapal, sebab kalau itu berlaku nescaya stering kapal itu boleh longgar kalau tak patah dek sebab sering berpusing-pusing mencari arah tujuan yang baru. Yelah, kejap nak pergi Negara Islam, kejap nak pergi Negara Berkebajikan.


Penulis tak pastilah tentang negara lain, tetapi sepanjang pengetahuan penulis selama bergiat dalam politik negara ini, tidak pernah rasanya berjumpa dengan parti yang memanjang je tukar dasar parti melainkan PAS. Lama dulu pun penulis dah cakap yang mengkarung dengan PAS tidak banyak berbeza tapi penulis tak sangkalah begitu sakitnya PAS hari ini sehingga tukar dasar macam tukar selipar.


Kebetulan atau apa, Nik Aziz juga digelar Wali Selipar.


Hadi mungkin terpukul dengan kenyataan Timbalannya beberapa hari lepas bahawa PAS tidak akan menukar dasar Islamnya walaupun bersekutu dengan DAP. Hadi tahu yang DAP tidak akan berkompromi dengan satu apa pun yang terkait dengan Islam dan ucapan Nasha semalam boleh menyebabkan PAS kerugian dalam bentuk politik dan wang kalau DAP memutuskan kerjasama politik dengan PAS.


Maklum, busuk-busuk sekarang orang PAS ada jugak yang dapat jadi ahli Majlis dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dan menyumbang kepada tabung parti!!


Jadi Hadi terpaksa menekan soal negara berkebajikan pulak untuk menutup kesalahan dalam ucapan Nasha sebelumnya.


Kalau nak kira negara berkebajikan, baik lagi pilih BN sebab dengan puluhan bilion wang yang dibelanjakan kerajaan BN untuk tujuan subsidi, BN lebih berkebajikan daripada PAS dan Pakatan Rakyat pun. BN dah laksanakan dasar subsidi ini sejak merdeka dan PAS baru nak cakap soalnya hari ini?


Bodoh ke atau memang akal tak sampai ke situ?


Menurut Hadi negara berkebajikan memang ada disebut dalam al-Quran dan BN yang sering dituduh Hadi dengan pelbagai gelaran tidak Islamik ni rupanya mematuhi ajaran Islam kerana membelanjakan puluhan billion wang untuk memberi subsidi kepada rakyat.


Kerajaan BN bukan setakat berkebajikan tapi juga menguruskannya dengan baik. Bukan setakat itu, soal lain dalam negara juga diuruskan dengan baik sehingga tidaklah sampai berlaku perang saudara dan sebagainya disebalik kepelbagaian kaum, bangsa dan agama rakyatnya.


PAS diketahui gagal menjadi ketua kepada Pakatan Rakyat malah PAS sanggup menggadai prinsip untuk bekerjasama dengan DAP sedang DAP langsung tidak ubah apa-apa pun dasar partinya untuk bekerjasama dengan PAS.


Jadi buat apa nak pilih PAS dan sekutunya kalau kerajaan BN sekarang sudah beri lebih baik lagi? Lihat sajalah di negari-negeri yang diperintah pembangkang sekarang, apakah mereka berkebajikan sangat? Kalau ada yang diberikan pun tidak sampai kepada semua lapisan rakyat seperti dalam hal air percuma.


Baru bercakap tentang subsidi saja PAS dan sekutunya sudah kalah disitu, bagaimana pula dengan pelbagai jenis bantuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin dan kurang upaya? Pembiayaan perubatan yang murah di hospital kerajaan dan klinik 1Malaysia? Pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di bawah PTPTN?


Semua ini menunjukkan bahawa kerajaan BN sudah lama melaksanakan kerajaan berkebajikan ini walaupun tidak mewar-warkannya dimana-mana.


Tapi kalau betul nak laksana negara berkebajikan ini, elok ahli PAS minta ia ditulis dalam perlembagaan PAS, bukan apa takut apa yang dibuat Nizar dalam DUN Perak dalam soal negara Islam dulu berulang kembali


Dipetik daripada : mykmu.net

No comments:

Post a Comment