12 Mac 2012
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah pun mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012 nanti.
Satu keputusan yang bijak & dialu-alukan ramai pihak.
Untuk rekod, Shahrizat dilantik sebagai senator pada 09 April 2009 hingga tamat tempoh 08 April 2012.
Jika tempoh perlantikan beliau sebagai senator & Menteri dilanjutkan tentu sukar bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat keputusan tepat sementelah lagi isu NFC masih lagi dalam siasatan pihak berwajib.
KUALA LUMPUR 11 Mac – Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa pada 8 April ini apabila penggal beliau sebagai Ahli Dewan Negara tamat.
Bagaimanapun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO. – UTUSAN
Serentak dengan tindakan tersebut tentu saja bakal memudahkannya untuk berhadapan dengan isu NFC selain menjawab fitnah pembangkang.
Di masa yang sama Shahrizat dapat memberi lebih tumpuan dalam usaha membersihkan kembali nama beliau & keluarga mengikut lunas undang-undang tanpa perlu terikat dengan kekangan peraturan sebagai anggota kabinet kerajaan.
Bagi pembangkang terutama sekali PKR, tentu saja perletakan jawatan oleh Shahrizat ini akan dianggap sebagai satu kemenangan moral bagi mereka walau hakikatnya kemudian nanti akan ada yang bakal berpeluh jantan.
Dalam pada itu, penulis tertanya-tanya bila pula Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor yang bernilai RM1.00 sekarang ini mahu meletakkan jawatan secara sukarela berikutan isu video panas CCTV dengan Chinadoll?
Takkan disebabkan alasan perut boroi, punggung lebar dan tetek labuh sudah lebih dari mencukupi untuk menutup isu Chinadoll itu?
Kalau sayang sangat dengan jawatan penasihat Ekonomi bernilai RM1.00, paling tidak ambillah tindakan yang lebih ke depan misalnya menfailkan saman ke atas ketiga-tiga Datuk T tapi itupun tak dibuat sampai sekarang.
Mungkinkah ada sesuatu di sebalik jawatan RM1.00 itu yang hanya orang tertentu sahaja tahu betapa besar manfaatnya untuk kepentingan politik PKR sebab itu sampai sekarang malu alah untuk meletakkan jawatan tersebut?
Ataupun barangkali, Anwar tidak berani menyaman Datuk T bertiga itu disebabkan kebimbangan yang melampau, risau kot ada sesuatu yang lain pula akan terbongkar jika kes di bawa ke mahkamah?
Apapun kepada Datuk Seri Shahrizat, terima kasih kerana berani mengambil tindakan yang sebegini berat namun percayalah jika kebenaran adalah dipihak Datuk Seri, InsyaAllah yang hak akan menewaskan yang batil.
Paling penting anda ternyata seorang gentlewomen & tahu bila masanya untuk membuat keputusan penting, terbukti Datuk Seri Shahrizat jauh lebih berjiwa besar berbanding Anwar Ibrahim yang hanya layak digelar getelman.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment