Monday, March 12, 2012

Perletakan Jawatan Shahrizat Kerana Tamat Tempoh Senator

11 March 2012

Datuk-Seri-Shahrizat-Abdul-Jalil

JIWA besar Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil memang tidak ada sesiapa yang dapat menandinginya. Sebab itu pengumuman mengejut beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Keluarga Wanita dan Masyarakat pada 8 April ini disambut baik banyak pihak dalam dan luar UMNO.


Sekurang-kurangnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu pening kepala atau berada dalam dilema untuk menentukan kedudukkan Shahrizat. Tempoh sebagai Senator habis, jawatan Menteri pun tamat juga kerana jawatan Menteri itu atas kapasiti sebagai Senator, bukan sebagai Ahli Parlimen.


Pada penulis sendiri yang banyak menulis membela UMNO dalam soal NFC ini, perletakkan jawatan Shahrizat ini satu tanda pembangkang hilang satu lagi isu besar yang boleh dipolitikkan.


Penulis faham isu NFC ini akan banyak memakan masa Shahrizat kerana sebagai isteri, beliau perlu menyokong suaminya menghadapi perjalanan kes di Mahkamah dan sebagai indivdu, beliau sendiri mempunyai kes yang perlu diuruskan juga kerana telah menyaman 2 ekor lembu jantan dan betina PKR (Rafizi dan Zuraidah) sebanyak RM 100 juta.


Bagaimana beliau hendak menguruskan soal fitnah yang dihadapi ini dan dalam masa yang sama melindungi intergriti kerajaan yang diwakilinya?


Semua ini mewajarkan keputusan yang dibuat Shahrizat hari ini, ia tidak langsung kena mengena dengan desakan pembangkang. Lagipun belum ada mana-mana mahkamah yang telah memutuskan bahawa kes NFC ini satu penyelewengan dan sebagainya.


Rakyat dimana-mana ceruk dalam Malaysia tidak pernah menyalahkan Shahrizat dalam isu ini. Buktinya, dimana-mana pun Shahrizat pergi, kehadirannya tidak disambut dengan protes rakyat, kenderaan dirosakkan dan sebagainya. Ini berbeza dengan pensimpati yahudi, Anwar Ibrahim.


Walaupun banyak sumber yang mengatakan kejadian itu direka sendiri olehnya menggunakan khidmat samseng upahan.


Dari segi pilihanraya umum pula, kerusi Lembah Pantai memang sudah ada calon yang sesuai menanti masa mengambil alih dari anak beranaknya Anwar Ibrahim. Justeru, perletakkan jawatan Shahrizat ini tidak akan sama sekali menjejaskan prestasi BN dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.


Biarlah Shahrizat menyelesaikan dahulu semua masalah yang dihadapinya. Pada bila-bila masa UMNO akan bersedia menerimanya semula, tambahan lagi Shahrizat tidak meletakkan sebarang jawatan dalam politik dan masih mengekalkan kedudukkan sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN.


Kesimpulannya, perletakkan jawatan Shahrizat ini memberikan kelebihan yang tidak terhingga kepada BN.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment