Monday, March 12, 2012

Rafizi Cover Malu Dengan 8 Tuntutan Bodoh

10 Mac 2012

rafizi_jambu

SETELAH dimalukan semalam apabila pendedahan lanjut menunjukkan bahawa dokumen yang diedarkan kepada wartawan itu ialah quotation, bukan bukti sah pembayaran oleh kerajaan Malaysia ke atas majlis pertunangan yang di dakwa dibiayai menggunakan wang rakyat, Rafizi hari ini tampil pula dengan 8 tuntutan yang mendesak jawapan segera Perdana Menteri.


Mengguna resmi biasa PKR (buat tuduhan kemudian minta pihak lain buktikan), Rafizi sebenarnya sedang terjerat dengan kebodohan sendiri. Mana ada law dalam dunia kita buat tuduhan lepas tu mintak orang lain buktikan?


Antara 8 tuduhan itu ialah meminta Perdana Menteri mengesahkan sama ada beliau membayar sendiri wang perbelanjaan majlis tersebut, eh, dah nama pun bapak, memanglah Perdana Menteri yang bayar, nak sahkan apa pulak lagi?



Lagipun tidak ada apa-apa bukti menunjukkan bahawa wang rakyat digunakan untuk membayar perbelanjaan majlis tersebut. Dokumen yang ditunjukkan Rafizi hanyalah sebut harga yang tidak membuktikan apa-apa!!


Soal urusan perbelanjaan pertunangan ini hal keluarga, tidak ada undang-undang yang menetapkan supaya diumumkan kepada orang luar. Anwar kahwinkan anak lelakinya tahun sudah pun tak declare berapa perbelanjaan kahwin dan sumber mana dia dapat, sama ada wang sendiri atau pakai duit rakyat Selangor?


Apahalnya pulak Perdana Menteri nak kena menjawab pada Rafizi urusan pertunangan anak gadisnya?


Kalau Rafizi yakin ada salah guna wang rakyat, buat laporanlah kepada pihak berkuasa agar siasatan boleh dibuat. Tapi jangan lupa, orang buat laporan palsu pun boleh dikenakan tindakan sama.


Penulis nak dedahkan disini, usaha menyerang peribadi Perdana Menteri akan bertambah hebat selepas ini kerana banyak kajian menunjukkan populariti Perdana Menteri semakin meningkat naik jika dibandingkan dengan Anwar, bossnya Rafizi.


China Press dalam laporan hari ini, memetik dapatan kaji selidik oleh Merdeka Survey (agensi kaji selidik pro PKR) menunjukkan bahawa populariti Perdana Menteri meningkat secara mendadak sebanyak 69% dibandingkan dengan dapatan sama 3 bulan lepas iaitu sebanyak 59%.


Semua ini yang membimbangkan Rafizi dan PKR serta Anwar dan sesuatu perlu dibuat untuk menyerang peribadi Perdana Menteri, apa yang lebih menarik selain mengaitkan ahli keluarganya.


Jadi penulis nak ingatkan rakyat bahawa semua ini hanya permainan politik PKR. PKR dan Rafizi sendiri sudah kantoi dalam banyak isu dan sekarang poltik menyerang peribadi pemimpin digunakan sehabis-habisnya, atas nama kononnya prihatin kepada rakyat.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment