Monday, March 12, 2012

Imam Baling Selipar Rupanya Ahli PAS Seumur Hidup

11 Mac 2012

isteri_hosnan1

INI adalah kenyataan yang disahkan sendiri oleh isteri kepada Hoslan Hussin kepada sebuah portal berita pembangkang iaitu bekas pegawai alam sekitar tersebut adalah seorang ahlil PAS seumur hidup.



Jadi tidak hairanlah kenapa dia bertindak di luar kebiasaan dengan membaling selipar kepada panel hakim yang sedang bersidang dan kemudian bersembahyang sunat di perkarangan mahkamah tanpa dipastikan arah kiblat yang betul.



Bodoh punya tindakan hanya kerana nak mempertahankan elaun sebagai Imam yang tak seberapa tu. Sekarang bila baling selipar, bukan setakat elaun, dengan jawatan sebagai pegawai alam sekitar yang berpencen pun hilang juga.


Selain dari masuk penjara dan dapat gelaran banduan.


Mungkin ‘dedikasi’ terlebihnya kepada tugas sebagai pegawai alam sekitar menyebabkan sebahagian otaknya tidak boleh berfungsi dengan betul yang membawa kepada tindakan menghina mahkamah ini. Takpun lakonan untuk mendapatkan simpati.


Juga tidak hairanlah kenapa Hoslan ini diwakili oleh Karpal OKU, peguam terhebat dalam menyelamatkan penjenayah-penjenayah tegar dari dikenakan hukuman melalui manipulasi undang-undang di Mahkamah.


Terang-terang Hoslan ni baling selipar pada hakim pun masih lagi dia disanjung sebagai hero oleh penyokong Pakatan harami dan diberikan khidmat guaman terbaik. Tuduhan yang mengatakan Pakatan harami ini melindungi penjenayah, memang ada kebenaran. Itu sepatutnya tidak menghairankan kerana ramai pemimpin Pakatan harami hari ini adalah bekas banduan aka penjenayah.


Ini baru ditunjukkan kes yang masuk kategori kecil.


Tapi yang penting disini, nampak sangat konsep keadilan yang diamalkan Pakatan harami pembangkang ini berpilih-pilih dan mengikut kesesuaian. Kalau yang berkenaan Barisan Nasional (BN),sikit-sikit nak disumbatnya pemimpin kita masuk penjara, jangan salah cakap sikit saja.


Kalau yang berkaitan dengan Pakatan harami dan penyokongnya, baling selipar pada hakim pun dianggap perbuatan hero dan hukuman yang dikenakan tidak setimpal. Patutnya sebelum buat tuduhan pada mahkamah, fikir panjang dulu tindakan yang nak dibuat, bukan bila dah kena baru nak menyalak.


Sedangkan, kalau mahkamah membebaskan Hoslan ini, akan jadi satu trend pula dalam mahkamah di Malaysia, tertuduh boleh membaling selipar kepada hakin yang bersidang. Itu selipar, dibuatnya lepas ni bom tangan, macam mana? Siapa nak jawab?


Oh ya. Memandangkan kita semua faham strategi ‘simpati’ pembangkang yang tidak segan silu guna gambar anak bini yang dakwa dianiaya ini untuk raih simpati, maka suka penulis nak sebutkan, dibawah berita itu ada rayuan untuk sesiapa yang nak derma kepada isteri Hoslan ini.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment