Monday, March 12, 2012

Najib Merendah Diri, Anwar Tak Sedar Diri

10 Mac 2012


najib-mekah-565x374[1]


Merendah diri adalah rahmat, meminta maaf adalah hikmah. Sikap tak sedar diri, itu namanya musibat. Mendukung pemimpin musibat digelar haprak.


Pepatah Melayu ada menyebut, “ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk, jangan ikut resam lalang, makin berisi makin meninggi”.


Dalam konteks politik Malaysia hari ini, resam padi itu jelas merujuk kepada Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sesuai dengan sikap beliau yang sentiasa merendah diri dan tidak pula lokek meminta maaf.


Resam lalang pula secocok dengan sifat Anwar Ibrahim yang suka meninggi diri, kemaruk mengejar kuasa & masih tak sedar-sedar diri sekalipun telah kerapkali mengguris hati nurani rakyat.



Putar Belit & Manipulasi


Beberapa hari lepas Pemuda Pas telah memperlekehkan kenyataan maaf oleh Datuk Seri Najib di Kedah & Selangor. Kata ketuanya, permohonan maaf Najib itu langsung tidak mencukupi malah Najib diminta mengembalikan ‘semua hak rakyat yang telah hilang’.



Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata siri permohonan maaf yang dilakukan perdana menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara.


Namun, kesilapan itu tidak boleh diselesaikan dengan meminta maaf sahaja, tetapi perlu diiringi dengan “mengembalikan hak rakyat,” kata Nasruddin.


“Macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita,” tegasnya dalam satu sidang media hari ini.


Beliau mengemukakan analogi itu ketika menyenaraikan “hak rakyat” yang perlu dikembalikan perdana menteri, antaranya bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.
Nasruddin Tantawi, 05 Mac 2012


Kenyataan Ketua Dewan pemuda Pas itu terang & jelas memperlihatkan sikapnya yang bebal & cukup licik dalam bab memutarbelit & memanipulasikan isu, lain yang diperkatakan oleh PM, lain pula yang difahaminya.


Adalah lebih baik, kita imbas semula kenyataan PM untuk memudahkan pembaca memahami konteks kenyataan mohon maaf oleh Datuk Seri Najib supaya kita semua tidak termasuk dalam golongan penglipurlara murahan dan terkecuali daripada memilik sikap buruk sangka dan busuk hati.



“Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.


“Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi,” katanya dipetik Bernamapada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.
(Datuk Seri Najib Tun Razak, 26 Februari 2012, Perlabuhan kelang, Selangor)



“Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.


“Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf,” beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis turun padang di Baling oleh Bernama.


Bagaimanapun, agensi berita nasional itu melaporkan Najib sebagai berkata, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.


“Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita.
(Datuk Seri Najib Tun Razak, 03 Mac 2012, Baling, Kedah)


Kedua-dua kenyataan maaf oleh PM di atas jelas merujuk kepada tsunami 2008 yang melanda negara semasa PRU 2008 terutama sekali melibatkan negeri Kedah & Selangor.


Datuk Seri Najib mengakui & redha ketentuan takdir bahawa kegagalan mengekalkan Kedah, Selangor serta prestasi merosot BN semasa PRU 2008 ada kaitan dengan kemungkinan wujudnya kelemahan & kesilapan di pihak BN & pemimpinnya.


Pengakuan yang tulus ikhlas & sikap berhikmah itu langsung tiada kaitan dengan isu propaganda royalti minyak Kelantan mahupun Terengganu sebagaimana cuba diputar belitkan oleh Pemuda Pas.



Kegagalan Propaganda


Isu royalti Terengganu hanya timbul pada awal tahun 2000, kerajaan Pas Terengganu pula dihumban oleh rakyat dari singgahsana pemerintahan negeri itu dalam PRU 11 tahun 2004.


Keputusan PRU 2008 pula menunjukkan rakyat Terengganu teguh bersama BN.


Lainlah kalau dalam PRU 12 lepas, Terengganu jatuh semula ke tangan Pas, maka logiklah untuk mengatakan rakyat Terengganu bangkit menentang BN kerana tertindas dengan isu royalti minyak.


Hakikat yang berlaku sebaliknya, Pas Terengganu terus merempat dalam longkang.


Demikian juga dengan isu royalti minyak Kelantan. Isu royalti ini hanya menjadi popular seketika bermula Mac 2009, lebih setahun selepas PRU 2008.


Dari mana datang logiknya untuk dikaitkan permohonan maaf Najib dan kegagalan BN menguasai Kelantan pada PRU 2008 dengan isu royalti minyak Kelantan yang dipropagandakan oleh Pas?


Semasa pilihanraya kecil (PRK) Manek Urai, Kelantan pada Julai 2009, isu royalti minyak tidak pun menyebabkan BN tewas besar sebaliknya Pas pula yang tercunggap-cunggap menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti hanya 65 undi.


Jika isu royalti yang didakwa oleh Pemuda Pas sebagai punca kejatuhan prestasi BN dalam PRU 2008, patutnya jumlah undian untuk Pas dalam pilihanraya kecil itu mencatat kenaikan mendadak, sebaliknya yang berlaku ialah Pas kehilangan 398 undi manakala BN pula merekodkan kenaikan 889 undi.


Malah dalam PRK Dun Galas, Gua Musang, Kelantan yang berlangsung pada akhir tahun 2010, BN terus mencatat prestasi membanggakan apabila menawan kembali kerusi tersebut dari tangan Pas dengan kelebihan majoriti 1190 jauh mengatasi majoriti kemenangan Pas sewaktu PRU 2008.


Bukankah itu bukti jelas propaganda Pas memainkan isu royalti minyak tidak mampu menawan hati rakyat Kelantan?


Jelas di sini pemahaman Pemuda Pas terlampau cetek hingga satu peringkat tidak segan silu memutar belit perkara sebenar.


Sikap rendah diri dan kemuliaan peribadi PM tidak diketengahkan sebaliknya dimanipulasi mengikut hawa nafsu politik kepartian. Bukankah memutar belit fakta dan menipu itu amalan syaitan?


Kenapa Pemuda pas yang gah mendabik dada mendakwa diri cukup Islamik begitu mudah terikut jejak langkah syaitan laknatullah? Tak malu ke serban besar atas kepala tapi di masa yang sama suka memutar belit & manipulasi isu mengikut hawa nafsu?



Sikap Mulia vs Sikap Munafik


Dalam pada Pemuda Pas sibuk memperlekehkan sikap rendah diri & memutarbelit kenyataan maaf oleh PM, boleh pula Pas sengaja buat-buat lupa isu keselamatan Israel yang diikrarkan oleh Anwar.


Bila Nasruddin & Pas nak desak & paksa Anwar Ibrahim untuk mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam berikutan kenyataannya dalam Wall Street journal (WSJ) yang beriktikad untuk mempertahankan keselamatan negara Israel?



“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
Anwar Ibrahim, Wall Street Journal


Tentu sekali Pas sekarang ini hanya mampu sekadar berdiam diri, risau kalau memandai tunjuk tegas takut kehilangan perhatian Anwar tambah-tambah semenjak pengaruh Pas yang kian suram sejak 2 tahun lalu.








Gambar Hiasan: PistolNakal.Blogspot.Com

Sementelah lagi selepas pertemuan Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim tempohari hanya sekadar wayang untuk mengurangkan gelodak jiwa di kalangan penyokong Pas yang turut kena tempias kemarahan khalayak umum, lagilah Pas akan terus buat tak tahu saja isu kebobrokan mulut Anwar.


Sampai sekarang Anwar masih diusung ke sana ke mari oleh Pas sekalipun secuit kata-kata maaf tidak keluar dari mulut Anwar untuk mengakui kesilapannya mengikrarkan sokongan untuk melindungi keselamatan negara Yahudi Zionis laknatullah.


Lumrah & sudah tabie manusia, jarang orang yang tinggi diri & memiliki resam seperti lalang macam Anwar mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Dasar tak sedar diri.


Pas tidak segan silu mempersoalkan sikap rendah diri & kemuliaan hati Datuk Seri Najib tapi tindak tanduk Anwar yang bobrok & melukakan hati nurani umat dibiarkan saja.


Hanya dek kerana Anwar adalah rakan sebantal, maka Pas berhempas pulas mencari dalil untuk menghalalkan kenyataan Anwar yang terlanjur mengiktiraf keselamatan Israel perlu dilindungi.


Tiada kalangan pemimpin Pas yang berani menegur atau menyuruh Anwar supaya muhasabah diri. Lagi disokong & dipertahankan adalah.


Patut sangat pemuda Pas dan keseluruhan pimpinan Pas dipanggil haprak kerana masih istiqamah mendukung musibat yang tak sedar diri.


Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment