Monday, April 07, 2014
Tonton : GST Diluluskan Dalam "Zoo"
Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Poster yang antaranya bertulis “Tolak GST” itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.
Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.
Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.
Disediakan oleh : EDITOR
KLIA2 : Punca Kelewatan dan Kos Tinggi, Air Asia Dipanggil Ke PAC
8 April 2014
KUALA LUMPUR 7 April – AirAsia akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 28 April ini.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sesi penjelasan AirAsia adalah perlu bagi memastikan laporan yang disediakan oleh PAC adil.
“Ketika Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberikan penjelasan kepada PAC pada 1 April lepas, nama AirAsia banyak disebut,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Minggu lalu, PAC selepas mendengar penjelasan daripada MAHB menyifatkan tiada unsur ketirisan yang menyebabkan peningkatan kos dan kelewatan pembinaan klia2.
Laporan sebelum ini menyebut AirAsia enggan berpindah dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke klia2, kerana bimbang terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di klia2.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut Sabtu lalu mengatakan AirAsia perlu berpindah ke klia2 seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei. – BERNAMA
GST : Pembangkang Di Seluruh Dunia Adalah Penipu
8 April 2014
KUALA LUMPUR 7 April – Rakyat diminta tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang kononnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh dimansuhkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.
Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang memberi gambaran kurang tepat apabila mendakwa pelaksanaan GST di beberapa negara seperti Kanada dan Australia merupakan faktor yang membawa kepada peralihan parti yang memerintah.
Menurut beliau, andaian itu dibuat berdasarkan kepada kejayaan Parti Liberal yang berpendirian anti-GST menewaskan Parti Progresif Konservatif pimpinan Brian Mulroney pada pilihan raya Kanada 1993.
“Perlu diingat bahawa Parti Liberal pimpinan Jean Chretien bukan sahaja memungkiri janji untuk memansuhkan GST malah meneruskannya sehingga menyebabkan dua ahli Parlimen dari parti tersebut iaitu Sheila Copps dan John Nunziata meletak jawatan.
“Kerajaan Kanada selepas itu sehingga di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang, Stephen Harpertidak berani memansuhkan GST,” katanya ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang GST 2014 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Ahmad Fauzi, situasi sama turut berlaku di Australia apabila Perdana Menteri selepas John Howard iaitu Kevin Rudd, Julia Gillard dan Tony Abbott tidak memansuhkan pelaksanaan GST.
Malah, jelas beliau, Parti Liberal pimpinan Howard yang berkempen menentang GST pada pilihan raya Australia 1996 telah melaksanakan sistem percukaian itu pada 1 Julai 2000.
“Sekiranya Kanada dan Australia menjadi rujukan oleh pakatan pembangkang dalam isu GST, maka saya cukup yakin mereka juga akan melakukan perkara yang sama iaitu pura-pura menolak GST tetapi setelah memegang kuasa, mereka akan meneruskannya,” ujarnya. (UTUSAN)
Ahli Parlimen Pembangkang Bantah GST, Perangai Biadap Di Parlimen
7 April 2014
Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.
Poster yang antaranya bertulis “Tolak GST” itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.
Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.
Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.
Tiada perdebatan pada peringkat jawatankuasa kerana ahli parlimen pembangkang tidak mahu sebarang pindaan tetapi mahukan seluruh rang undang-undang ditarik.
Rang undang-undang ini seterusnya perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat diwartakan sebagai undang-undang kontroversi GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan. – Malaysiakini.com
Hudud : Antara Agama & Politik, Ariff Sabri Pilih Mana?
7 April 2014
NAMA Arief Sabri ini mungkin tenggelam timbul diingat orang, maklum sajalah sebagai satu-satunya ahli parlimen DAP berbangsa Melayu dari kalangan 37 Ahli Parlimen parti tersebut yang lain, peranan Ariff Sabri setakat ini hanyalah memburukkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak dimana dia dulu adalah bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.
Bagaimanapun dalam isu hudud ini, nama Ariff Sabri timbul kembali setelah keluar arahan dari Karpal Singh supaya tidak ada wakil DAP menyokong draf hudud yang akan dibentangkan PAS di Parlimen untuk dilaksanakan di Kelantan kelak.
Kononnya atas kepentingan negara, apa kaitan hudud dengan kepentingan negara? Mungkin kaki bukan satu-satunya kecacatan Karpal, tapi otaknya juga.
Apa pun lupakanlah yang itu kerana sekarang timbul persoalan di kepala kita, apakah nanti pendirian Ariff Sabri dalam isu ini, kerana sebagai seorang Islam, adalah haram dia menolak hukum Islam ini dari dilaksanakan di Kelantan.
Tujuan tanya tu bukan apa, sebelum ini Ariff Sabri berbangga kerana DAP tidak pernah memintanya memilih antara agama dan fahaman politik. Dengan arahan yang baru keluar dari Karpal sekarang, mungkin Ariff Sabri bakal tertelan gigi.
Mana satu agaknya yang dia akan pilih, akur pada perintah Karpal Singh atau bertegas dengan agamanya?
Nak menunggu Arief Sabri menjawab mungkin hanya membuang masa, tapi penulis percaya sebagai seorang yang oppurtunis, Ariff Sabri akan memilih DAP lebih dari segalanya. Agama ka atau apa, semua letak belakang, yang penting arahan Karpal perlulah dipatuhi dengan taat sekali.
Walaupun dari segi teknikalnya, Karpal sudah tidak ada apa-apa jawatan dalam DAP apabila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi minggu lepas setelah dijatuhkan hukuman denda RM 4,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina Sultan Perak, tapi periuk nasi Ariff Sabri di dapur DAP sekarang.
Suka atau tidak, arahan Karpal perlu dipatuhi atau macam-macam kebarangkalian yang tidak baik mungkin berlaku.
Pun begitu, isunya disini ialah Ariff Sabri ini bakal jadi Melayu yang paling celaka dalam sejarah kerana bila diberi pilihan antara agama dan politik (aka fuluss), mamat pengkhianat ini sudah pasti akan pilih politik lebih dari segalanya.
Nak tengok buruk tak buruk Melayu yang jadi hamba DAP, inilah contoh dan masanya yang sesuai. Malang bagi Ariff Sabri sebab dia manusia pertama yang berada dalam kedudukan itu.
Disediakan oleh : EDITOR
Demo Derita Rakyat Baling ... PAS Masih Hidup Dalam Kepompong Besi
7 April 2014
Pada zaman di mana kebanyakan anak-anak muda enggan lagi bekerja di kebun getah, menoreh, menebang tebas atau mengambil upah meracun kebun getah, rupa-rupanya masih ada lagi kelompok yang hidup dengan kenangan silam. Masih ada lagi yang hidup dengan jalan kaki masuk ke kampung yang hanya berlaluan tanah merah dan tidak boleh dilalui pada musim tengkujuh. Masih ada lagi yang melihat getah sebagai komoditi utama dan menoreh getah merupakan pekerjaan utama di negara ini.
Tidak dinafikan masih ada lagi penoreh getah di kebun-kebun kecil yang bertaburan di seluruh negara. Namun jumlah mereka berbanding pada tahun-tahun 70-an sehingga penghujung 80-an semakin mengecil dan sekarang ini jumlah mereka dianggap sebagai RARE!
Mencari penoreh-penoreh getah dari kalangan anak-anak muda seperti mencari jarum di dalam hutan. Mencari mereka yang bergantung hidup sepenuhnya kepada kebun getah dan susu getah, sama seperti mencari Puteri Bunian yang tinggal di atas gunung.
Kebanyakan anak muda enggan lagi berkerjaya sebagai penoreh getah. Kebanyakan kebun getah kecil bahkan estet termasuklah tanah rancangan FELDA, menggunakan tenaga kerja luar untuk menoreh. Walaupun pelbagai teknologi mengeluarkan susu getah telah dimajukan oleh MARDI, ternyata daya tarikan sebagai penoreh getah hanya bermusim iaitu pada ketika harganya melambung tinggi. Apabila harga komoditi dunia itu merudum, kebanyakan anak muda yang menjadi penoreh getah sambilan, kembali kepada kerja sebelum ini, terutama sekali dalam sektor perkilangan dan pembuatan.
PAS cuba menjadi juara untuk memperjuangkan kenaikan harga getah. Namun PAS sebenarnya sudah ketinggalan jauh. Zaman di mana komoditi seperti getah dan bijih timah merupakan denyut nadi kehidupan rakyat negara ini, sudah lama ditinggalkan. Kerja menoreh getah hanyalah kerja sambilan yang dilakukan pada ketika harganya tinggi dan kebun getah biasanya akan ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah berita kenaikan harganya bergema semula.
Permintaan domestik terutama dari sektor perkilangan dan industri bagi tenaga buruh, begitu tinggi. Permintaan tinggi itulah juga yang membuatkan kebanyakan kebun getah ditinggalkan.
Baling juga berhadapan dengan masalah yang sama. Walaupun Daerah Baling bukanlah daerah perindustrian namun beberapa kawasan seperti Padang Sera, ada kawasan industrinya yang iklan untuk mendapatkan pekerja lelaki dan wanita sentiasa wujud. Begitu juga Kulim Hi-Tech Park yang sentiasa memerlukan sejumlah besar pekerja, menjadikan bidang menoreh getah bukanlah bidang pilihan.
Nasib pekebun kecil getah sentiasa terbela menerusi kewujudan pelbagai agensi kerajaan. Berbeza dengan negara-negara pengeluar getah yang lain, Malaysia menyediakan pelbagai platform dan inisiatif bagi membantu para pekebun kecil getah. Apatah lagi pelbagai perkara yang boleh dilakukan di atas tanah kebun getah bagi mendatangkan pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluh atau meminta-minta seperti peminta sedekah.
Harga getah tidak dikawal oleh negara. Ia bukanlah komoditi kawalan, sebaliknya harga getah ditentukan oleh pasaran dunia. Seharusnya dalam keadaan ini, PAS mengajar para pengikutnya yang masih menoreh getah untuk mencari inisiatif dan alternatif bagi menambah sumber pendapatan bukannya berteriak, berdemonstrasi dan menyalak-nyalak meminta agar kerajaan menaikkan harga getah.
Gelagat yang diusahakan oleh PAS adalah GELAGAT ORANG PEMALAS dan berat tulang. Dalam keadaan terlalu banyak peluang pekerjaan tersedia untuk rakyat negara ini, PAS masih hidup dalam kepompong besi. Masih melihat rakyat tidak perlu bekerja dan sentiasa memerlukan tongkat dari kerajaan.
Budaya yang disemai oleh PAS sebenarnya bukanlah budaya dan amalan Islam. PAS barangkali terlalu bimbang sekiranya rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu memberikan tumpuan kepada sektor ekonomi, maka mereka tiadalah lagi penyokong dan pendengar tegar akan ceramah-ceramah dan kempen mereka. Barangkali kerana itulah, PAS cuba berlagak seolah-olah mereka memperjuangkan nasib penoreh getah walaupun UMNO dan Barisan Nasional telah terlebih lama membela nasib golongan yang pernah menduduki carta kelompok termiskin negara ini suatu masa dahulu.
Agak aneh, dalam Islam ada KONSEP HIJRAH apabila keadaan memerlukan. Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a sendiri melakukan HIJRAH, tapi PAS… mereka tetap mahu duduk di bawah kepompong besi dan cuba memaparkan kononnya mereka adalah golongan yang tertindas dan teraniaya.
Disediakan oleh : EDITOR
Hudud : 90% Undang-Undang Malaysia Memang Berteraskan Hukum Islam?
7 April 2014
Niat untuk melaksanakan hudud itu perlu ikhlas. Sebarang manipulasi sistem Allah ini akan memberi kesan yang buruk terhadap perlaksanaan Hudud. Selama ini orang yang bukan Islam mempunyai pandangan yang cukup negatif dan buruk terhadap perundangan Islam. Mereka anggap Hudud sebagai undang-undang yang cukup zalim dan tidak berperikemanusiaan. Salah siapakah ini? Hakikatnya 90% perundangan Malaysia yang ada sekarang adalah menepati hukum Islam. Namun disebabkan sikap PAS yang terlalu taksub cuba memanipulasikan Islam untuk kepentingan politik telah menyebabkan isu hudud dipergunakan untuk menimbulkan keraguan dikalangan umat Islam di Malaysia.
Perlu kita ingat bahawa semua umat Islam bertanggungjawab untuk memastikan perlaksanaan hukum hudud. Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t di dalam Al Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Hukuman potong tangan ke atas pencuri antara perkara yang amat digeruni oleh bukan Islam dan dianggap melampau dan tidak adil sedangkan hukuman tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya dilaksanakan. Ianya perlu memenuhi tujuh syarat utama iaitu :-
Pertama: Menepati definisi mencuri
Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab
Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki
Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan
Kelima: Bukan harta syubahat
Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam
Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil
Walaupun begitu ianya juga tertakluk kepada sebab perbuatan mencuri tersebut. Sekiranya seseorang itu mencuri kerana kebuluran maka pemerintah bertanggungjawab untuk membantu pencuri tersebut kerana perbuatan beliau bukanlah satu perbuatan yang disengajakan.
Hudud tidak boleh dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa. Ianya perlukan perancangan dan kajiselidik yang cukup teliti. Rasulullah sendiri mengambil masa sebelas tahun semasa di Madinah sebelum dapat melaksanakan undang-undang hudud sepenuhnya. Ketidak ikhlasan PAS dalam melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu telah terbongkar dengan sendirinya.
Sebelum dapat merampas Kelantan, NikAziz pernah berkata bahawa beliau akan melaksanakan hudud sebaik sahaja beliau dapat merampas Kelantan dari UMNO. Namun setelah lebih dari dua puluh tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih belum berjaya melaksanakan hudud. Kini UMNO ingin membantu mereka tetapi dengan syarat hudud mereka perlu telus mengikut hukum Allah bukannya manipulasi hukum demi kepentingan peribadi pemimpin PAS itu sendiri.
Tambahan pula walaupun kedudukan Kelantan dan Terengganu sebelah menyebelah namun draf hudud mereka berbeza sedangkan hukum Allah tidah sepatutnya berbeza mengikut negeri. Ianya tidak boleh dimanipulasikan sewenang-wenangnya.
Menurut hudud Kelantan terdapat 6 jenis kesalahan manakala dalam hudud Terengganu pula ada 7 jenis kesalahan. Ini merupakan bukti ketara draf hudud PAS telah dimanipulasikan.
6 Jenis Kesalahan Hudud PAS Kelantan
- Sariqah (mencuri)
- Hirabah (merompak)
- Zina
- Qazaf (tuduhan zina tanpa 4 saksi)
- Syrub (minum arak)
- Irtidad atau Riadah (keluar dari Islam)
7 Jenis Kesalahan Hudud Terengganu
- Sariqah (mencuri)
- Hirabah (merompak)
- Zina
- Qazaf (tuduhan zina tanpa 4 saksi)
- Syrub (minum arak)
- Irtidad atau Riadah (keluar dari Islam)
- Bughah
Ketelusan dan keikhlasan dalam perlaksanaan hudud yang merupakan hukum Allah bakal menaikkan mertabat Islam di mata dunia. Namun sebarang sabotaj dan pengkhianatan bakal menyebabkan Islam terus dilabel sebagai agama yang melampau dan zalim.
Rakyat Malaysia juga perlu tahu bahawa hebatnya kerajaan Barisan Nasional dalam meneraju Malaysia sejak sekian lama, telah mengubal undang-undang negara sehingga 90% perundangan kita berdasarkan perundangan hukum Islam.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pernah menyatakan bahawa sekiranya Malaysia melaksanakan undang- undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90 peratus undang- undang sedia ada tidak akan berubah. Persoalan sama ada Malaysia sebuah negara Islam atau sekular sebenarnya tidak perlu diperbincangkan kerana dalam Perkara 3(1) Perlembagaan jelas memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan.
Niat terletak dihati. Sekiranya hati telah keras dan hitam segala tindak tanduk akan menjadi satu pengkhianatan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan negara. Ingatlah perpaduan umat Islam disaat kita diprovokasi dengan satu tujuan untuk menjatuhkan bangsa Melayu dan agama Islam kita perlu bangkit bersatu dan kembali ke pangkal jalan.
Disediakan oleh : EDITOR
DAP Sasar Johor Untuk Makmurkan Singapura
6 April 2014
KEBELAKANGAN ini DAP dilihat sudah mula bergerak bersendirian bersama-sama dengan PAS, terutama di Johor. Ini memang sudah dijangka, sebab bila Anwar masuk penjara, Pakatan akan lumpuh kalau DAP dan PAS tidak dilihat akrab – dilihat saja, bukan benar-benar akrab pun.
PKR sudah tidak boleh diharap, kerana bila Azmin Ali ambil alih tak lama lagi, PKR akan jadi saling tidak tumpah macam UMNO juga.
Terbaru, dalam Karnival 60 Tahun PAS Johor, pemimpin-pemimpin DAP berulang kali mengumumkan kepentingan untuk menawan Johor. Bodoh-bodoh ustaz PAS ni mengangguk sajalah tanpa sedar yang mereka itu bakal kena jerat.
Kenapa karnival, bukan nama-nama Arab yang biasa PAS guna, penulis tak tahu tapi mungkin sebab DAP ada, jadi liberal lah sikit. Cuma nak maklum, Anwar dan pemimpin besar PKR yang lain tidak kelihatan sepanjang ‘karnival’ ini berlangsung.
Yang penting, kesungguhan DAP nak mendapatkan Johor beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan persoalan, apa yang dia minat sangat dengan negeri tempat UMNO berasal itu? Sebab yang biasa dia cuba tunjuk ialah Johor tempat fix deposit UMNO, selain tempat UMNO bermula.
Tapi bla fikir-fikir, rupanya Johor ada kepentingan besar kepada funder parti tersebut yang terletak di seberang tambak.
DAP pun tahu, tak mudah mana dia nak dapatkan Malaysia, terutama bila Anwar dah ke dalam. Jadi tumpuan utama dialihkan kepada Johor kerana Singapura dijangka terus makmur kalau Johor berada dibawah pentadbiran DAP.
Johor strategik kerana di negeri itulah terdapatnya sumber air terbesar Singapura – setelah projek air najis yang ditukar kepada air minuman, New Water, yang digembar-gembur satu ketika dulu, dah tak tahu kemana hala tuju atau memang sudah tidak ada hala tuju.
Selain itu, Johor juga tempat utama orang Singapura berbelanja. Gaji dapat dalam Sing Dollar, belanja dengan RM di Johor, macam mana hidup tak senang berpanjangan? Umpama kita belanja dengan duit Rupiah di sempadan Indonesialah, lebih kurang macam itu.
Pendek kata, bagi rakyat yang mudah percaya tujuan pembangkang nak dapatkan Johor ini sebab nak jatuhkan UMNO di seluruh Malaysia, tolong sedar diri. Takde mananya tujuannya itu, hal sebenarnya nak bagi negara sebelah senang berpanjangan.
Maklum sajalah, Pulau Pinang yang depa dah tawan bukan dekat, kalau dekat senang.
Disediakan oleh : EDITOR
Pemfitnah Di Facebook Dah Kena Tangkap...Melayu Lagi!
6 April 2014
Kalau kita perhatikan trend penangkapan mereka yang disyaki melakukan jenayah atau ancaman siber, rata-rata mereka adalah berbangsa Melayu-Bumiputera dan beragama Islam. Sedangkan kalau kita perhalusi pula di dunia siber, majoriti pelaku bukannya Melayu-Bumiputera, malah sesetengahnya menulis dalam Bahasa Melayu pun, tahap penguasaan mereka mengalahkan Bangla baru turun dari kapal dan mendarat di Tanah Melayu.
Hari ini seorang lagi suspek ditangkap ekoran laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul dua hari lepas. Laporan polis dibuat berhubung postingnya dalam Facebook yang memaparkan mayat seorang wanita yang telah diedit dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor.
Suspek juga berbangsa Melayu dan dipercayai beragama Islam.
Pada 25 Mac lalu, seorang ahli DAP bernama NG KOK TEONG juga menulis di Facebook dan mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia dan para penyokong Barisan Nasional. Tulisan yang dibuat dalam Bahasa Cina, kurang dipopularkan dan seperti biasa TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil terhadapnya.
Ketua Penerangan dan Publisiti DAP, Hew Kuan Yew yang cukup biadap dan berulang-ulang kali membayangkan kematian Rosmah Mansor, Perdana Menteri dan para penyokong Barisan Nasional, sehingga ke hari ini masih lagi bebas dan terus berceramah sana sini dengan gaya yang serupa. TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil terhadapnya.
Paling ketara, pada tengah malam 31 Ogos 2012, seorang gadis Cina yang telah didedahkan gambarnya, datang ke balai polis untuk menyerah diri kerana dikehendaki setelah menghina gambar pemimpin bersama-sama gerombolan peguam termasuklah Ahli Parlimen DAP. Berbanding dengan seorang pemuda Melayu yang menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri yang terpaksa merengkok dalam lokap, gadis Cina itu dibebaskan setelah keterangannya diambil. Manakala beberapa orang yang lain turut ditangkap dengan kebanyakan daripada mereka adalah Melayu, manakala yang berwajah Cina pula, hilang tanpa dapat dikesan sehingga ke hari ini.
Ini adalah fenomena yang sedang berlaku dalam dunia siber Malaysia. Kalau anda menulis dan bertutur serta berwajah bukan Melayu, khususnya Cina, anda akan terlepas daripada sebarang hukuman, bahkan tidak akan ditangkap, ditahan atau dibicarakan. Kalau ditangkap pun atau datang menyerah diri, mereka hanya perlu memberikan keterangan tanpa perlu disimpan di dalam lokap.
Sudah ramai yang membuat andaian berdasarkan kepada kes-kes lepas, penangkapan Syed Saifullah yang menyiarkan poster menunjukkan ‘mayat Rosmah’, hanyalah tindakan mengkambinghitamkannya memandangkan lebih ramai yang tidak menulis dalam Bahasa Melayu, terus bebas dan terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan-kenyataan palsu, bersifat subversif dan menipu.
Majoriti rakyat sebenarnya mahu pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah perkara yang lebih buruk dari berlaku. Manakala para penyokong Pakatan Rakyat pula, mahukan semua undang-undang di negara ini dihapuskan bagi membolehkan mereka berbuat sekehendak hati sepertimana mereka amat menentang matapelajaran Sejarah diajar di sekolah kerana menurut mereka Sejarah yang ada sekarang adalah pembohongan walaupun sebenarnya, merekalah yang cuba membohongi sejarah. Motif sebenarnya ialah supaya rakyat terutama sekali generasi muda tidak akan tahu mengapa perjuangan Pakatan Rakyat sebegitu rupa, sekaligus melupakan atau tidak tahu apa-apa tentang kedurjanaan yang telah dilakukan oleh parti-parti politik yang ada dalam Pakatan Rakyat.
Contoh terbaiknya ialah DAP yang cukup gusar sekiranya Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 disebut dalam matapelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. PKR pula cukup gusar sekiranya catatan dan pengisytiharan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan tentang amalan seks songsang Anwar Ibrahim juga tercatat dalam buku teks sekolah. Manakala PAS amat bimbang sekiranya matapelajaran Sejarah mencatatkan bahawa parti itu menentang kemerdekaan Malaysia, sebaliknya menyeru penyatuan dan kemerdekaan di bawah Presiden Sukarno Indonesia.
Majoriti rakyat Malaysia yang memberi mandat kepada Kerajaan sedia ada sedang melihat adakah tindakan menangkap penjenayah siber akan terhenti kepada Syed Saifullah semata-mata, manakala yang menulis dalam Bahasa Cina akan lepas bebas begitu sahaja seperti dalam kes-kes yang lepas.
Cukupkah dengan hanya Melayu sahaja yang ditangkap dan itu dianggap sebagai satu kejayaan besar sedangkan perbuatan golongan yang menulis dalam Bahasa Cina pula, jauh lebih besar natijah dan kesan buruknya kepada negara sepertimana yang dilakukan oleh RBA dalam memomok-momokkan sentimen kemarahan rakyat China dalam kes MH370?
Disediakan oleh : EDITOR
KLIA2 : Kos Tambahan 25 Sen Seorang Punca Air Asia Mengamuk?
6 April 2014
Kolumnis Mingguan Malaysia, Johardy Ibrahim hari ini mendedahkan antara sebab Air Asia enggan berpindah ke KLIA 2 ialah penggunaan Aerobridge yang dijangka memerlukan Air Asia membayar RM 85 setiap kali mendarat atau RM 0.25 setiap penumpang.
Sebanyak 80 aerobridges tersedia di situ. Tetapi rupa-rupanya perihal aerobridges ini menjadiagenda perdebatan antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).Pelik? Memang pelik. Kalau tanya saya, memang akan pilih aerobridges. Bayangkan warga emas kena berjalan dalam cuaca panas atau hujan, sambil mengendong beg masing-masing. Bagaimana ibu bapa yang ada bayi. Kasihan.Perdebatan AirAsia berkisar kepada model perniagaannya iaitu masa pusingan pantas bagi meningkatkan penggunaan pesawat. Secara ringkasnya, sejurus sahaja pesawat mendarat, penumpang keluar, kira-kira 10 minit kemudian kumpulan penumpang baharu menaiki pesawat dan berlepas semula.Kaedah ini adalah kunci kepada formula penerbangan tambang murah iaitu membolehkan pesawat terbang lebih kerap ke sesuatu destinasi dalam sehari, terutama untuk penerbangan pendek antara sejam ke tiga jam penerbangan.Oleh itu, AirAsia merayu diberikan pengecualian menggunakan aerobridges kepada MAHB pada 2011 iaitu semasa pembinaan klia2. Dalam semangat sebagai rakan perniagaan, kehendak AirAsia dipersetujui MAHB, yang tentunya harus menawarkan pengecualian serupa kepada syarikat penerbangan lain.AerobridgesBagaimanapun, permintaan itu hanya di klia2. Di lapangan terbang lain di Malaysia, AirAsia menggunakan aerobridges seperti di Kuching, walaupun ada pesawat lain mengerahkan penumpang berjalan di atas landasan. Mungkin AirAsia akur kepada permintaan pelanggan yang merasa sangat leceh tanpa menggunakan aerobridges.Lapangan terbang di negara lain di rantau ini mengenakan perintah mandatori (wajib) untuk menggunakan aerobridges bagi kesenangan dan keselamatan penumpang. Bila sesebuah syarikat tidak mahu menggunakan aerobridges, pesawat terpaksa berhenti di kawasan hujung terminal dan bas digunakan bagi mengangkut penumpang.Dalam hal ini, AirAsia menyatakan syarikat itu mematuhi peraturan seumpamanya di luar negara kerana tiada pengecualian diberikan. Di klia2, AirAsia minta pengecualian. Dan MAHB beri pengecualian. Maka ketika itu, klia2 dibina tanpa dipasang aerobridges. Ini bukan cerita rekaan saya. Rujuk kenyataan akhbar MAHB dalam laman web mereka.Tetapi keputusan itu ditarik balik oleh Kementerian Pengangkutan yang mahu keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan. Maka aerobridges dipasang. Seorang pegawai memberitahu, isu ini adalah termasuk dalam ‘isu-isu yang belum selesai’ seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar, Rabu lalu.Lihat dari segi kos. Caj MAHB kepada syarikat penerbangan untuk menggunakan aerobridges ialah RM85 sekali pakai. Ambil contoh pesawat A320 membawa 180 penumpang, kos puratanya adalah kurang daripada 25 sen setiap penumpang. Caj ini adalah terendah di Asia.Menyaksikan siri terbaharu perdebatan AirAsia dan MAHB, mungkin ramai akan kehairanan. Kenapa AirAsia berkeras enggan berpindah ke klia2? Ini menyebabkan MAHB dikritik kerana seolah-olah memanjakan AirAsia dan sekarang dibalas tuba. Apa yang kita kena tahu ialah sejak 2002, MAHB memberikan AirAsia pelbagai dan paling banyak insentif sehingga berjaya menjadi penerbangan paling berjaya hari ini.Lagi aneh bila AirAsia berterusan menyalahkan MAHB kerana didakwa tidak menyediakan klia2 yang ‘benar-benar’ boleh berfungsi dan selamat, landasan mendap dan retak. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sudah mengesahkan masalah itu telah diatasi dan selamat digunakan. Pun tak percaya?Persoalannya, kenapa syarikat penerbangan lain seperti Malindo Air tidak berpendapat sedemikian dan akur untuk beroperasi di klia2 pada 2 Mei ini?Walau apa pun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyatakan pendiriannya. Pindah! Tinggalkan LCCT yang umpama pasar malam mega. Sesak dan merimaskan. Letak kereta pun sampai ke bulatan besar. Terimalah klia2. Lebih baik, lebih selesa untuk kita semua.
[Artikel Penuh: Utusan Malaysia]
KLIA 2 : Air Asia Perlu Dihenti Dari Terus Ugut Kerajaan
5 April 2014
MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa lesen operasi yang dimiliki Air Asia hari ini adalah asalnya lesen yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada sebuah syarikat milik bumiputra yang tidak perlu dinamakan disini.
Atas sebab tertentu, syarikat berkenaan tidak berupaya meneruskan perniagaan itu (ada sumber mengatakan kerana krisis kegawatan ekonomi 1997) dan Air Aisa pun wujudlah dengan lesen operasi tersebut. Kalau tidak, mungkin Air Asia tidak wujud pun, tapi kerana ehsan kerajaan membenarkan mereka mengambil alih lesen berkenaan, wujudlah mereka sehingga hari ini.
Justeru, bila kewujudan Air Asia pun atas belas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya syarikat itu berani mengugut kerajaan, seperti dalam kes memindahkan operasi ke KLIA2 dari Terminal Tambang Murah (LCCT).
Ini bukan kali pertama syarikat berkenaan mengugut kerajaan. Sebelum KLIA2, Air Asia terlebih dahulu mengugut untuk memindahkan operasi syarikat tersebut ke Indonesia bila soal hutang syarikat itu dengan Malaysia Airport Berhad (MAB) berjumlah beratus juta ringgit mula menjadi isu awam.
Kini, bila berlaku tragedi MH370, Air Asia mengambil peluang dengan menjadikan soal keselamatan sebagai asas untuk tidak memindahkan operasi mereka ke KLIA2, mentang-mentanglah Air Asia bakal mendominasi 80% dari operasi syarikat penerbangan di fasiliti terbaru itu.
Sedangkan soal keselamatan bukan terletak di tangan Air Asia tapi agensi kerajaan berkaitan seperti DCA dan MAHB, apa yang Air Asia nak sibuk?
Justeru, sudah sampailah masanya untuk kerajaan mengkaji semula lesen operasi yang dianugerahkan kepada Air Asia dulu. Kalau perlu ditarik balik, tariklah balik dan berikan kepada syarikat yang lebih layak kerana syarikat itu nampaknya semakin besar kepala.
Tidak boleh dibiarkan syarikat berkenaan berterusan mengugut kerajaan macam ini. Mereka hanyalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan atas ehsan kerajaan, tidak sepatutnya bila sudah berkembang macam sekarang, mereka mengambil peluang untuk mengugut kerajaan pula.
Kerajaan tidak perlu bimbang jika keputusan menamatkan lesen operasi kerajaan diambil.
Ada banyak syarikat penerbangan murah yang boleh mengambil kekosongan yang ditinggalkan Air Asia seperti Malindo dan Firefly. Semua syarikat ini tidak wujud semasa Air Asia bermula, jadi inilah masa yang sesuai untuk mereka diberi peluang berkongsi segmen penerbangan murah yang selama ini dikuasai Air Asia.
Disediakan oleh : EDITOR
Air Asia Syarikat Paling Kurang Ajar di Malaysia?
5 April 2014
Jika dibuat satu kajian, mungkin kita akan mendapati Air Asia merupakan syarikat paling kurang ajar di Malaysia. Jika pagi tadi kami mengulas sikap biadap Air Asia sehingga mendapat teguran Perdana Menteri, petang ini mereka terpaksa memohon maaf dan menarik balik majalah majalah dalam pesawat miliknya, Travel3Sixty.
Pagi tadi beberapa penumpang Air Asia memuat naik petikan sebuah artikel di dalam majalah terbabit yang dikritik sebagai tidak sensitif dengan tragedi MH370.
Menurut pengguna Air Asia yang memuat naik melalui akaun Twitter @Shamilf.Petikan itu berbunyi:
“Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”) – Malaysiakini.com
Pengerusi Eksekutif kumpulan Datuk Kamarudin Meranun yang juga penerbit majalah terbabit berkata dalam satu kenyataan, bahawa mereka akan turut mengambil tindakan disiplin ke atas kumpulan editorial majalah berkenaan.
“Saya dengan rendah diri dan penuh kesal ingin memohon maaf di atas sebarang rasa kurang senang yang timbul ekoran artikel ruangan Pilot’s Perspective di dalam isu terkini majalah Travel 3Sixty,” katanya.
“Keratan ini merupakan ruangan bulanan yang ditulis oleh Kapten Lim Khoy Hing, seorang juruterbang bersara yang bekerja dengan AirAsia selain pernah bekerja bersama Malaysia Airlines. Beliau banyak menulis buku mengenai dunia penerbangan.
“Kapten Lim menyumbang artikelnya beberapa bulan lebih awal sebelum majalah dicetak. Malangnya, tanpa apa-apa niat, artikel pada keluaran kali ini membincangkan mengenai sistem GPS dan Radar, dimana sebenanrnya ianya telah dicetak sebelum tarikh pengeluaran,” kata Kamarudin dipetik Astro Awani.
Tindakan menjadikan MH370 ini sebagai bahan iklan tulisan bukan kali pertama, beberapa minggu lalu masyarakat dikejutkan dengan laporan suara.tv mengenai penggantungan tugas juruterbang Air Asia X yang mendakwa kerajaan telah menyembunyikan bertan-tan maklumat mengenai pesawat MH370 hanya merupakan cerminan pemikiran kakitangan dan kepimpinan syarikat tersebut. [Lihat artikel mykmu: Air Asia X – Dari CEO Sehingga Juruterbang Memang Bangsat, Pemimpin UMNO Juga Yang Bodoh?
Menghina Jururawat
Pada Februari 2014, Air Asia memohon maaf apabila iklan mereka di ruang belakang kerusi penumpang dalam pesawat Air Asia memaparkan petikan yang dianggap menghina profesion jururawat.
Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi, “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).
Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia. Bagaimanapun ia disiarkan dengan cara menghina jururawat menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini menyebabkan Air Asia terpaksa memohon maaf kepada Persatuan Jururawat dan orang ramai.
Hina Utusan Malaysia
Pada 7 Mei 2013, portal Mykmu.net mendedahkan sikap kurang ajar Azran Osman yang menulis dalam Facebooknya bahawa Utusan bersikap rasis apabila menerbitkan tajuk akhbar muka depannya hari ini yang berbunyi “Apa Lagi Cina Mahu?”.
Berikutan itu banyak pihak menyelar kenyataan Azran Osman dan mendesak Air Asia meminta maaf. Mykmu sendiri menerbitan 6 artikel bekenaan isu ini:
Menurut Kamarudin, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu.“Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu,” ujarnya.Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.“Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya,” ujarnya.
Nasi Lemak Lengkap Sidir MAS
Banyak lagi jika mau disenaraikan sikap melampau Air Asia ini ini termasuklah pada Februari lalu mengiklankan “Nasi Lemak Lengkap” sebagai menyindir MAS.
Isu nasi lemak telanjang ini timbul apabila seleberiti Masakan negara, Chef Wan yang tidak berpuas dengan hidangan Nasi Lemak MAS menggelarkan nasi lemak itu sebagai ‘telanjang’ kerana hanya mengandungi nasi dan sambal, iaitu tanpa kacang, timun dan ikan bilis, berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Tidak cukup itu mereka memperbodohkan orang ramai pula apabila memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak.
Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.
“Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia,” kata kenyataan tersebut.
Lain Artikel menarik mengenai Air Asia:
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Posts (Atom)