Monday, April 07, 2014

KLIA2 : Punca Kelewatan dan Kos Tinggi, Air Asia Dipanggil Ke PAC

8 April 2014


airasia-thestar
KUALA LUMPUR 7 April – AirAsia akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 28 April ini.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sesi penjelasan AirAsia adalah perlu bagi memastikan laporan yang disediakan oleh PAC adil.

“Ketika Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberikan penjelasan kepada PAC pada 1 April lepas, nama AirAsia banyak disebut,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Minggu lalu, PAC selepas mendengar penjelasan daripada MAHB menyifatkan tiada unsur ketirisan yang menyebabkan peningkatan kos dan kelewatan pembinaan klia2.

Laporan sebelum ini menyebut AirAsia enggan berpindah dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke klia2, kerana bimbang terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di klia2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut Sabtu lalu mengatakan AirAsia perlu berpindah ke klia2 seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment