Monday, April 07, 2014

Ahli Parlimen Pembangkang Bantah GST, Perangai Biadap Di Parlimen

7 April 2014


IMG-20140407-WA0049
Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Poster yang antaranya bertulis “Tolak GST” itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.

Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.

Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.

Tiada perdebatan pada peringkat jawatankuasa kerana ahli parlimen pembangkang tidak mahu sebarang pindaan tetapi mahukan seluruh rang undang-undang ditarik.

Rang undang-undang ini seterusnya perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat diwartakan sebagai undang-undang kontroversi GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan. – Malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment