5 April 2014
Jika dibuat satu kajian, mungkin kita akan mendapati Air Asia merupakan syarikat paling kurang ajar di Malaysia. Jika pagi tadi kami mengulas sikap biadap Air Asia sehingga mendapat teguran Perdana Menteri, petang ini mereka terpaksa memohon maaf dan menarik balik majalah majalah dalam pesawat miliknya, Travel3Sixty.
Pagi tadi beberapa penumpang Air Asia memuat naik petikan sebuah artikel di dalam majalah terbabit yang dikritik sebagai tidak sensitif dengan tragedi MH370.
Menurut pengguna Air Asia yang memuat naik melalui akaun Twitter @Shamilf.Petikan itu berbunyi:
“Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.
“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”
(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”) – Malaysiakini.com
Pengerusi Eksekutif kumpulan Datuk Kamarudin Meranun yang juga penerbit majalah terbabit berkata dalam satu kenyataan, bahawa mereka akan turut mengambil tindakan disiplin ke atas kumpulan editorial majalah berkenaan.
“Saya dengan rendah diri dan penuh kesal ingin memohon maaf di atas sebarang rasa kurang senang yang timbul ekoran artikel ruangan Pilot’s Perspective di dalam isu terkini majalah Travel 3Sixty,” katanya.
“Keratan ini merupakan ruangan bulanan yang ditulis oleh Kapten Lim Khoy Hing, seorang juruterbang bersara yang bekerja dengan AirAsia selain pernah bekerja bersama Malaysia Airlines. Beliau banyak menulis buku mengenai dunia penerbangan.
“Kapten Lim menyumbang artikelnya beberapa bulan lebih awal sebelum majalah dicetak. Malangnya, tanpa apa-apa niat, artikel pada keluaran kali ini membincangkan mengenai sistem GPS dan Radar, dimana sebenanrnya ianya telah dicetak sebelum tarikh pengeluaran,” kata Kamarudin dipetik Astro Awani.
Tindakan menjadikan MH370 ini sebagai bahan iklan tulisan bukan kali pertama, beberapa minggu lalu masyarakat dikejutkan dengan laporan suara.tv mengenai penggantungan tugas juruterbang Air Asia X yang mendakwa kerajaan telah menyembunyikan bertan-tan maklumat mengenai pesawat MH370 hanya merupakan cerminan pemikiran kakitangan dan kepimpinan syarikat tersebut. [Lihat artikel mykmu: Air Asia X – Dari CEO Sehingga Juruterbang Memang Bangsat, Pemimpin UMNO Juga Yang Bodoh?
Menghina Jururawat
Pada Februari 2014, Air Asia memohon maaf apabila iklan mereka di ruang belakang kerusi penumpang dalam pesawat Air Asia memaparkan petikan yang dianggap menghina profesion jururawat.
Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi, “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).
Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia. Bagaimanapun ia disiarkan dengan cara menghina jururawat menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini menyebabkan Air Asia terpaksa memohon maaf kepada Persatuan Jururawat dan orang ramai.
Hina Utusan Malaysia
Pada 7 Mei 2013, portal Mykmu.net mendedahkan sikap kurang ajar Azran Osman yang menulis dalam Facebooknya bahawa Utusan bersikap rasis apabila menerbitkan tajuk akhbar muka depannya hari ini yang berbunyi “Apa Lagi Cina Mahu?”.
Berikutan itu banyak pihak menyelar kenyataan Azran Osman dan mendesak Air Asia meminta maaf. Mykmu sendiri menerbitan 6 artikel bekenaan isu ini:
Menurut Kamarudin, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu.
“Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu,” ujarnya.
Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.
“Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya,” ujarnya.
Nasi Lemak Lengkap Sidir MAS
Banyak lagi jika mau disenaraikan sikap melampau Air Asia ini ini termasuklah pada Februari lalu mengiklankan “Nasi Lemak Lengkap” sebagai menyindir MAS.
Isu nasi lemak telanjang ini timbul apabila seleberiti Masakan negara, Chef Wan yang tidak berpuas dengan hidangan Nasi Lemak MAS menggelarkan nasi lemak itu sebagai ‘telanjang’ kerana hanya mengandungi nasi dan sambal, iaitu tanpa kacang, timun dan ikan bilis, berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Tidak cukup itu mereka memperbodohkan orang ramai pula apabila memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak.
Dalam kenyataan rasmi oleh jurucakap mereka, katanya tujuan iklan tersebut adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada nasi lemak yang sedap atas penerbangan.
“Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia,” kata kenyataan tersebut.
Lain Artikel menarik mengenai Air Asia:
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment