Monday, April 07, 2014

Hudud : Antara Agama & Politik, Ariff Sabri Pilih Mana?

7 April 2014


karpal_larang
NAMA Arief Sabri ini mungkin tenggelam timbul diingat orang, maklum sajalah sebagai satu-satunya ahli parlimen DAP berbangsa Melayu dari kalangan 37 Ahli Parlimen parti tersebut yang lain, peranan Ariff Sabri setakat ini hanyalah memburukkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak dimana dia dulu adalah bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Bagaimanapun dalam isu hudud ini, nama Ariff Sabri timbul kembali setelah keluar arahan dari Karpal Singh supaya tidak ada wakil DAP menyokong draf hudud yang akan dibentangkan PAS di Parlimen untuk dilaksanakan di Kelantan kelak.

Kononnya atas kepentingan negara, apa kaitan hudud dengan kepentingan negara?  Mungkin kaki bukan satu-satunya kecacatan Karpal, tapi otaknya juga.

Apa pun lupakanlah yang itu kerana sekarang timbul persoalan di kepala kita, apakah nanti pendirian Ariff Sabri dalam isu ini,  kerana sebagai seorang Islam, adalah haram dia menolak hukum Islam ini dari dilaksanakan di Kelantan.

Tujuan tanya tu bukan apa, sebelum ini Ariff Sabri berbangga kerana DAP tidak pernah memintanya memilih antara agama dan fahaman politik.  Dengan arahan yang baru keluar dari Karpal sekarang, mungkin Ariff Sabri bakal tertelan gigi.

Mana satu agaknya yang dia akan pilih, akur pada perintah Karpal Singh atau bertegas dengan agamanya?
Nak menunggu Arief Sabri menjawab mungkin hanya membuang masa, tapi penulis percaya sebagai seorang yang oppurtunis, Ariff Sabri akan memilih DAP lebih dari segalanya.  Agama ka atau apa, semua letak belakang, yang penting arahan Karpal perlulah dipatuhi dengan taat sekali.

Walaupun dari segi teknikalnya, Karpal sudah tidak ada apa-apa jawatan dalam DAP apabila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi minggu lepas setelah dijatuhkan hukuman denda RM 4,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina Sultan Perak, tapi periuk nasi Ariff Sabri di dapur DAP sekarang.

Suka atau tidak, arahan Karpal perlu dipatuhi atau macam-macam kebarangkalian yang tidak baik mungkin berlaku.

Pun begitu, isunya disini ialah Ariff Sabri ini bakal jadi Melayu yang paling celaka dalam sejarah kerana bila diberi pilihan antara agama dan politik (aka fuluss), mamat pengkhianat ini sudah pasti akan pilih politik lebih dari segalanya.

Nak tengok buruk tak buruk Melayu yang jadi hamba DAP, inilah contoh dan masanya yang sesuai.  Malang bagi Ariff Sabri sebab dia manusia pertama yang berada dalam kedudukan itu.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment