Sunday, February 02, 2014
Rakyat Malaysia Ditahan Di Sweden : Mana PAS? Mana Marina Mahathir?
Alhamdulillah, 4 orang anak pasangan warganegara Malaysia yang ditahan di Sweden kerana dikatakan “salah pukul anak tak solat” tiba di tanahair dan bakal dipelihara buat sementara waktu oleh saudara mara mereka setelah dibawa pulang oleh Kementerian Luar melalui kedutaan kita di sana…
Yang pentingnya, saudara maranya beragama Islam dan kita tak perlu risau sangat tentang kehidupan serta aqidah Islam mereka berbanding hidup bersama keluarga angkat bukan Islam di sana. Selesai satu perkara…
Sebenarnya, saya mengikuti perkembangan mengenai pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal sejak dari mula lagi. Bukan apa, perkembangan seperti ini selalunya akan dapat perhatian dari pihak pembangkang, khususnya PAS, serta aktivis NGO seperti Marina Mahathir…
Namun sehingga kini, PAS hanya berdiam diri selain melaporkan cerita mengenai perkembangan pasangan itu melalui berita yang di ”copy paste”. Tiada kenyataan yang serius dari kepimpinan PAS. Selalunya, merekalah “juara” dalam isu sebegini. Namun mengapa mereka “bisu” tentang perkara ini agaknya?
Mana pula perginya Marina Mahathir? Hilang ke mana “Sisters In Islam”? Sebelum ini Marina begitu “poyo” sekali ke hulu ke hilir bercakap tentang ideologi “Sisters In Islam” yang kononnya “terbuka”. Kenapa Marina tak gunakan “Sisters In Islam” untuk sekolahkan Kerajaan Sweden mengenai ajaran Islam yang membolehkan memukul anak dalam membabitkan hal solat?
Sebelum ini Marina dan PAS sanggup bersekongkol dengan Ambiga serta “Bershit”. Marina dan PAS sanggup turun berdemo mengganggu ketenteraman ibu negara dan menjejaskan imej negara hanya dengan alasan “hak asasi manusia ciptaan barat”. Bila menyentuh tentang Islam, kemana perginya PAS dan Marina Mahathir? Kelu seribu bahasa?
Ketika isu mengenai pasangan Azizul – Shalwati dilapor di media, tiada siapa yang peduli. Namun apabila Biro Antarabangsa Pemuda UMNO dan satu NGO guaman melalui Wisma Putra terbang ke Stolkhom untuk berunding, mereka dituduh cari publisiti dan “makan angin” di Sweden…
Tapi, bila empat anak pasangan itu berjaya dibawa pulang ke tanahair, sikit pun mereka tak komen. Sikap buruk sangka sebegini selalunya ada pada siapa kalau bukan pembangkang yang suka politikkan semua isu yang berlaku, kan?
Kini tinggallah pasangan Azizul – Shalwati yang masih lagi “tersangkut” di Sweden. Sudah 3 kali tahanan reman mereka disambung pihak berkuasa di sana. Saya yakin, pihak Wisma Putra sedang berhempas pulas menggunakan segala “skill” diplomasi yang ada untuk membebaskan kedua pasangan tersebut…
Sekali lagi saya tanya, mana perginya PAS dan Marina Mahathir? Kenapa tidak kumpul tandatangan dan petisyen? Kenapa tidak berdemo di depan Kedutaan Sweden? Kenapa tidak bakar bendera dan kutuk Kerajaan Sweden di depan kedutaan mereka? Bukankah perkara sebegitu selalu dilakukan PAS dan Marina?
Kenapa perlu pilih isu? Kenapa isu ini tidak menjadi pilihan PAS dan Marina? Kerana isu pasangan Azizul – Shalwati itu tidak memberi sebarang kepentingan bagi PAS dan Marina, bukan? Sebab tak berikan “mileage” politik dan “publisiti” terbuka buat PAS dan Marina, maka isu ini tidak diendah? Poyo betul!
Saya tidak mengharapkan PAS dan Marina memuji Wisma Putra atau Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib mengenai isu ini. Memang mereka takkan pujilah sebab setakat itu saja “matang”nya mereka. Tapi isu Azizul – Shalwati ini di mata saya sangat penting. Ia bukan saja mengenai “rakyat”, malah ia juga mengenai ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW..!
Azizul, Shalwati dan empat orang anak mereka adalah rakyat Malaysia. Pasangan itu ditahan kerana memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat. Solat memang sangat penting dalam Islam dan Rasulullah SAW pernah bersabda menyuruh kita memukul anak kalau enggan solat dengan tujuan mengajar. Jadi sudah tentu isu ini berkait rapat dengan rakyat dan Islam…
Jadi, dengan mudah saya simpulkan di sini bahawa PAS dan Marina hanya akan bertindak pada isu yang memberi keuntungan pada “mileage” politik dan ideologi liberal “poyo” mereka sahaja. Mereka hanya memilih isu yang beri untuk pada kepentingan mereka sahaja. Isu rakyat dan Islam sebegini mereka tak peduli pun.
Itu pun mereka masih lagi tak malu mengaku memperjuang Islam dan rakyat? Poyo tak? Bila kita kata mereka “poyo”, mereka marah. Kalau tak poyo, nak kata macam mana lagi, kan? Memang itu sifat mereka, jelas sangat!
Disediakan oleh : EDITOR
Harga Barang Dah Turun Banyak Ni, Taknak Puji Kerajaan BN Ke?
1 Februari 2014
HARI ini penulis membeli barang keperluan di kedai (bukan Cina) dan mendapati harga barangan, terutama bahan asas makanan dah banyak yang turun. Ikan sebagai contoh, dah turun antara 20%-30%, kangkung pun RM 0.69 saja seikat dan sebagainya.
Ayam, beras dan barang keperluan asas yang lain penulis tidak mahu komen kerana harga itu semua dikawal oleh kerajaan - selain diberikan subsidi juga.
Beberapa jenis makanan, penulis kesan dijual pada harga yang tinggi, contohnya macam isi ketam, isi udang, ikan salmon dan jenis-jenis makanan mewah macam itu, tapi pedulikanlah, kita sedang cakap makanan untuk rakyat marhaen.
Kalau rakyat marhaen nak makan semua jenis makanan itu senang saja, jangan beli sampai sekilo, belilah setengah kilo atau lebih rendah dari itu - kalau nak merasa sangatlah.
Penulis bagi thumbs up pada kerajaan kerana bertindak pantas ke atas perbuatan jahat memanipulasi harga yang dilakukan oleh pemborong Cina yang bekerjasama dengan pembangkang untuk mensabotaj kerajaan dan rakyat Malaysia.
Ikut maklumat, setakat ini dah 20 pemborong utama di negara ini yang digantung/ditarik lesennya kerana pelbagai kesalahan yang membawa kepada kenaikan tidak masuk akal harga sesetengah barangan.
Begitulah yang kita mahu.
Tindakan keras kerajaan buat ramai tidak puas hati. Sebelum tahun baru cina hari itu, dengar katanya peniaga dan pemilik pasaraya utama Cina nak tutup perniagaan selama 1 minggu, kononnya nak ajar rakyat dan kerajaan rasanya bila mereka tak meniaga selama itu.
Bagaimanapun, nampaknya ugutan itu tidak menjadi kerana masih banyak rangkaian pasaraya lain yang beroperasi, malah menawarkan bekalan untuk rakyat pada harga yang sangat murah, macam kedai yang penulis pergi tadi.
Maka tak hairanlah kenapa seawal pagi semalam (hari pertama tahun baru Cina), sudah ada di kalangan kedai yang konon nak boikot ini, beroperasi semula seperti biasa
Baru dia tahu.
Semua cerita ini sudah tentu tidak akan jumpa dalam portal berita pembangkang. Nampak jelas disitu, permainan ini memang mereka yang mula.
Pemberitaan mereka jelas berat sebelah, dalam masa yang sama dia dok tuduh orang lain pun berat sebelah, nampak tak permainannya tu?
Disediakan oleh : EDITOR
PKR Gaduh Lagi Di Twitter
1 February 2014
SHAH ALAM – Perang Twitter antara ahli dan pemimpin PKR terus hangat di laman sosial itu, hari ini.
Terbaharu Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Nik Nazmi melalui Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik.
“Anda perlu tahu masa anda sudah tamat,” tulisnya.
Semalam, media melaporkan, Faekah yang juga penyokong Abdul Khalid mula membela majikannya itu dengan membuat serangan balas dan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan bernafsu besar.
Faekah juga turut menasihatkan supaya ahli politik belajar mengenai undang-undang sebelum malakukan apa-apa tindakan.
“Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?”
“Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,” katanya.
Susulan itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah membidas kembali kenyataan Faekah.
“Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meracau di rumah.
“Atau sudah tak relevan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Sinar Harian Online cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia itu berhubung kenyataannya di laman mikro itu.
“Saya tidak mahu komen lagi.
“Kalau sudah tahu itu, cukuplah,” ujarnya ringkas.
Disediakan oleh : EDITOR
BN Perlu Bertanding, Wajar Calon Dari MCA - Tun Dr Mahathir
1 Februari 2014
Memandangkan MCA sedang membuat kemunculan semula, parti itu patut diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang jika ia mempunyai peluang cerah untuk menang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas pandangan beberapa pihak bahawa Umno pula patut diberi peluang bertanding di kawasan itu setelah MCA kecundang pada pilihan raya umum lepas, bekas perdana menteri ini berkata terserahlah kepada BN untuk membuat keputusan mengenainya.
Namun, katanya beberapa perkara perlu diberi pertimbangan termasuk komposisi etnik di Kajang.
“Sekiranya orang Cina lebih banyak, maka lebih baiklah kita letak calon Cina juga,” kata beliau ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, hari ini.
Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.
Dalam PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas.
Bagaimanapun, Lee mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas.
Keesokannya, PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu sekiranya pilihan raya kecil diadakan.
Ditanya sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Dr Mahathir berkata BN tidak pernah berpaling daripada mana-mana pilihan raya dan langkah serupa perlu dikekalkan pada pilihan raya kali ini.
“Kita perlu bertanding, BN bertanding dalam semua pilihan raya sebelum ini,” katanya.
Dieptik daripada : Bernama
Setiausaha Politik MB dan Azmin Ali Bercakaran di Twitter
31 Januari 2014
Oleh Nur Azlina Shaari
Percakaran antara dua pengikut ahli politik iaitu Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin rupanya tidak berhenti memandangkan umum mengetahui komunikasi antara mereka berdua tidak baik.
Sebelum ini, Azmin dan Faekah pernah saling tuduh-menuduh di laman sosial Twitter masing-masing ekoran dari rasa tidak puas hati mereka terhadap ketua masing-masing walaupun mereka tidak menyebut nama antara satu sama lain.
Terbaru, Azmin membidas kenyataan Faekah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menyatakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar sebagai orang luar Selangor harus mengetahui undang-undang politik di Selangor.
Kata Faekah, Anwar perlu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebelum merealisasikan ‘impian’ Anwar untuk menjadi DUN Kajang atau MB Selangor.
“Politician outside Sgor do study State’s Constitutions, the process and procedure. Don’t insult Sultan and never overestimate yourself.” tulis Faekah.
Bukan itu sahaja, Faekah juga menyatakan tindakan beberapa pihak termasuklah Anwar yang begitu dengki untuk memecat Khalid sebagai MB Selangor adalah sebagai bernafsu besar.
“Yg mengejar bernafsu besar, yg menggendung patutkah berjiwa besar??”
Melihatkan kenyataan yang dibuat oleh Faekah dan terpukul dengan kenyataan pekerja kesayangan Khalid itu, Azmin membalas kenyataan Faekah dengan menggambarkan Faekah sebagai meracau. Juga, beliau menasihati Faekah untuk turun ke padang membantu Anwar untuk berkempen dalam PRK DUN Kajang.
“Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon @anwaribrahim daripada meracau di rumah. Atau dah tak relevan.” tulis Azmin di Twitternya, hari ini.
Umum mengetahui, selama ini Faekah tidak berapa berkenan dan setuju dengan setiap kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh Anwar memandangkan Anwar kerap kali mengkritik pentadbiran Khalid di Selangor secara terbuka.
Bagi Faekah, perkara itu memalukan dan merosakkan imej ketuanya selaku individu yang berjawatan tinggi.
Malah, sejak dahulu lagi diketahui bahawasanya Anwar tidak menyukai Faekah kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Khalid banyak ditentukan dan dipengaruhi oleh Faekah.
Walaupun Anwar sering memberikan pendapat dan nasihat juga saranan buat Khalid tentang cara-cara untuk mentadbir Selangor, Khalid selalu tidak memberikan respon yang baik terhadap kata-kata Anwar.
Justeru, perkara itulah yang merunsingkan Anwar dan mencuba untuk menyingkirkan Faekah dari terus berkhidmat bersama Khalid dengan cara meletakkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di pejabat MB Selangor. Namun, usaha itu gagal.
Faekah semakin lantang bersuara apabila pengikut kesayangan Anwar pula, Azmin semakin rancak turut mengkritik Khalid dalam setiap gerak kerja yang dilakukannya. Justeru, pertelingkahan antara Anwar dan Khalid bukan sahaja berlaku, tetapi ia juga telah melibatkan Faekah dan Azmin.
Sebelum ini juga Faekah tidak begitu lantang bersuara namun, selepas Khalid kerap kali dibidas oleh pelbagai pihak, Faekah semakin berani bersuara menentang pihak-pihak yang cuba menjatuhkan Khalid termasuklah Anwar sendiri.
Jadi, dalam isu ini, apabila Anwar pula mengambil kedudukan secara drastik untuk bertanding dalam PRK di DUN Kajang selepas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan dan dijadikan landasan buat Anwar untuk menjadi MB Selangor, ia menyemarakkan lagi rasa marah Faekah.
Tindakan Faekah ternyata berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh Khalid di mana ketuanya itu menyokong tinggi usaha Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang.
Nampaknya, percakaran antara Azmin dan Faekah bakal menghangatkan lagi situasi PRK yang bakal berlangsung nanti. Ini kerana, masing-masing memperlihatkan kehendak dan kepentingan peribadi secara jelas kepada rakyat.
Disediakan oleh : EDITOR
Khalid Ibrahim Gagal, Harus Diganti, Dakwa Malaysiakini.com
31 Januari 2014
Portal berita pro-Pakatan, Malaysiakini.com, mula mengadakan serangan secara halus ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagai membentuk persepsi politik bahawa usaha membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sudah tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang mendesak.
Malaysiakini melalui seorang penulis antara lain mendakwa Khalid gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor dengan baik. Khalid hanya tertonjol sebagai hero yang gagah kerana jentera propaganda Pakatan bukannya batang tubuh Khalid sendiri.
Penulis Malaysiakini mendakwa hanya Anwar yang mampu menyelamatkan Selangor agar tidak tumbang seperti Kedah dalam pilhan raya yang lalu.
Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.
Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.
Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Kelang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.
Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?
Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.
Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.
Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang.Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.
http://www.malaysiakini.com/news/253175
Sungguhpun Anwar menafikan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil DUN Selangor Kawasan Kajang (PRK Kajang); tapi hakikatnya itulah yang bakal terjadi dalam tempoh tiga bulan mendatang kecuali Khalid Ibrahim mengumumkan pembubaran DUN Selangor terlebih dahulu.
Perubahan kandungan Malaysiakini terhadap Khalid Ibrahim adalah bukti jelas Anwar akan menjadi Mneteri Besar Selangor sebaik menang PRK Kajang. Jika tidak masakan portal berita yang didakwa menerima sebahagian besar daripada Bajet Tahunan Komunikasi Selangor yang bernilai RM 15 juta, mula membelasah Khalid Ibrahim sendiri.
Disediakan oleh : EDITOR
Peng"satay"an DUN Kajang: Anwar Cuba Raih Simpati Pulak Dah
31 Januari 2014
DARI sudut mana pun, Anwar hilang fakta untuk menjustifikasikan kekosongan dalam DUN Kajang yang sengaja dibuat bagi membolehkan dia bertanding dan seterusnya berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Gamenya sekarang, buat-buat mengaku salah, buat-buat insaf, buat-buat tak boleh elak, divert isu dan yang seumpama dengan itu supaya yang bodoh-bodoh ini (para macai) diakhirnya akan terima sajalah hakikat bahawa Anwar memang perlu bertanding disitu.
Tapi itu hanya jangkaan penulis, mengenali Anwar (bapak pembohong), apa saja boleh berlaku, silap-silap pada hari penamaan calon, orang lain yang muncul mewakili PKR. Ini semua tidak mustahil, Anwarkan, tahu sajalah.
Menariknya, Anwar sekarang sedang main ‘sympathy card’, apabila menganggap dia sebenarnya sedang ’mengambil risiko’ apabila memilih dirinya sendiri untuk mengisi kerusi yang sengaja dikosongkan - lebih sedikit 6 bulan selepas penyandangnya menang dalam PRU13 yang lepas.
Rakyat hendaknya janganlah terpedaya dengan permainan ini.
Penulis tahu, Anwar jarang mengakui silap mata politiknya awal awal, dalam banyak kes, Anwar lebih suka rakyat teka sendiri
Tapi dalam hal di Kajang ini, nampaknya ada sesuatu yang memberi tekanan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sehingga dia mengaku dengan mudah bahawa kekosongan di Kajang ini memang disengajakan.
Ada yang kata ini berkaitan dengan kes rayuan liwat di Mahkamah, ada yang kata nak meneruskan momentum politik sehingga 1 Mei, tapi lebih ramai yakin Anwar sedang menyasarkan rizab Selangor sebanyak RM 3 billion yang dikumpulkan si kedekut Khalid Ibrahim.
Mana-mana satu pun, rakyat hendaknya janganlah percaya. Ini semua mainan politik Anwar Ibrahim semata-mata – menang pun ada isu, kalah apatah lagi. Ini penipu besar tahu, jangan cepat percaya muka kesian dia tu.
Disediakan oleh : EDITOR
Harga Barang Turun Hingga 70% Serentak Tepis Fitnah Melampau Pembangkang
30 Januari 2014
Pembangkang yang sering melagukan isu harga barang naik kononnya sinonim dengan Barisan Nasional bakal kehilangan punca. Ini berikutan tindakan drastik kerajaan yang cukup perihatin pada kesulitan rakyat. Komitmen kerajaan merupakan bukti keseriusan dalam menangani masalah kos sara hidup yang kini membelenggu rakyat.
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sekali lagi mempersendakan Perdana Menteri dengan mengakui sayur kangkung turun harga kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni mereka terlibat dengan perniagaan kangkung. Sikap para pemimpin PAS yang berterusan memfitnah dan mentohmah kerajaan menunjukkan sikap gelojah dan tidak matang mereka dalam menangani isu sebenar.
Husam memperolokkan kerajaan dengan berkata “Sekiranya sayuran itu dimonopoli oleh syarikat mereka sudah tentu ianya akan naik harga sebagaimana gula, minyak masak, gas, petrol dan lain-lain,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ibrah dari kisah Nabi Yusof: Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” pada Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat di Dewan Teratai.
Kegagalan PAS mentadbir Kelantan tidak menjadi iktibar malahan mereka dengan muka tebal sanggup menuduh kerajaan tidak ada agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat kononnya dengan mengutamakan kepentingan kroni dan peribadi sehingga membuatkan rakyat menderita. Semua rakyat tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan telah mengkronikan hampir kesemua projek mereka sehingga menyebabkan Kelantan terus mundur sehingga tidak mampu membekalkan air bersih kepada rakyat.
Langkah kerajaan melancarkan kempen penurunan harga barang antara 15 hingga 70 peratus secara serentak di seluruh negara itu melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan harian terutama makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, produk bayi dan kanak-kanak, minuman serta produk bukan makanan.
Kempen enam bulan ini melibatkan penyertaan 10 pasar raya iaitu, Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. Ianya merupakan sebahagian pendekatan kerajaan bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup selagi ianya berada di dalam bidang kuasa kerajaan.
Kerajaan menggunakan empat pendekatan dalam menangani masalah kos sara hidup dengan salah satu daripadanya ialah menjalinkan kerjasama dengan pihak peniaga untuk menurunkan harga. Disamping itu kerajaan juga memperbanyakkan program bersifat kemahiran tambahan kepada rakyat agar mereka mampu menikmati pendapatan lebih tinggi serta turut memperkenalkan penetapan gaji minimum.
Pendekatan kerajaan yang mempelbagaikan bantuan kepada rakyat dan mengarahkan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab juga merupakan satu langkah yang amat baik. Tambahan pula OPS Harga 2.0 yang dilancarkan oleh KPDNKK juga boleh dilaksanakan kepada pemborong dan pembekal.
Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terjaga. Sikap prihatin kerajaan ini memang sesuatu yang harus dipuji. Tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan isu harga barang ini sebenarnya perlu dikekang demi kesejahteraan rakyat. Pihak mediaalternatif perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan menyampaikan berita yang lebih telus bukannya “menari” mengikut hasutan pembangkang. Ingat jihad kita demi agama bangsa dan agama.
Disediakan oleh : EDITOR
Pembaziran PRK DUN Kajang, Anwar Cuba Redakan Kemarahan Rakyat
30 Januari 2014
Oleh Nur Azlina Shaari
Sedar tindakannya mengundang rasa marah rakyat dan ahli politik lain di negara ini bersabit isu pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menabur janji mahu berjimat cermat dalam pilihan raya akan datang itu.
Kata Anwar, beliau mengakui sendiri proses PRK yang akan berlangsung akan menanggung perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan duit rakyat.
Justeru, beliau mahu mengguna pakai semula segala bahan kempen yang digunakan sebelum ini.
“Saya terima pandangan itu (PRK Dun Kajang suatu pembaziran). Kalau dianggap sebagai pembaziran, maka itu kosnya perlu diminimumkan.
“Dari pihak PKR sendiri, kita sudah beri arahan supaya PRK ini dijalankan dengan kos yang paling minimum termasuk menggunakan poster lama selain poster yang disyaratkan oleh SPR,” kata Anwar yang dipetik dari laporan Sinar Harian.
Sebelum ini, Anwar dan pengikut parti pembangkang yang lain gemar menyalahkan pihak kerajaan dan menuduh kerajaan mudah membazir dalam menguruskan soal perbelajaan negara memandangkan ia melibatkan duit rakyat.
Namun, dalam isu PRK ini, Anwar nampaknya sudah menutup mata tentang hakikat tuduhan yang dilemparkan selama ini kerana sudah terkena kepada dirinya semula.
Bukan itu sahaja, Anwar sendiri diketahui umum bahawasanya dirinya gemar menabur janji kepada rakyat dalam setiap manifesto pilihan raya hanya kerana mahu meraih undi dari rakyat yang kononnya parti pembangkang prihatin terhadap nasib kehidupan rakyat Malaysia.
Tetapi, hingga kini, segala janji yang diberikan dalam setiap kempen pilihan raya masih lagi tidak ditunaikan walaupun parti pembangkang berkesempatan untuk berbuat demikian.
Justeri, demi memenuhi kehendak nafsu diri dan kepentingan untuk menjawat jawatan yang tinggi, persoalannya, mampukah Anwar mengotakan janjinya lagi untuk berjimat-cermat dalam PRK di DUN Kajang.
Ini kerana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggarkan terpaksa membelanjakan lebih RM1 juta untuk menguruskan PRK di DUN Kajang.
Pun begitu, Anwar masih lagi menegaskan jumlah itu terlalu kecil untuk digunakan.
Walhal, tidak nampak sebarang keperluan yang penting untuk mengadakan PRK memandangkan tiada alasan kukuh yang timbul selepas penyandang ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatan hanya kerana ingin membolehkan ketua pembangkang itu bertanding.
Dan keadaan ini hanyalah alasan licik dari Anwar untuk bertanding sebagai cara mengatasi dan menutup masalah perbalahan peribadi antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim yang berlaku sejak penggal yang lepas.
Walaupun SPR hanya menggunakan duit sebanyak RM1 juta sahaja, tetapi ia tetap dikira sebagai membazir dan itu perkara penting Anwar perlu sedar.
Disediakan oleh : EDITOR
Awas Grafik Palsu Twitter PM Sedang Bertebaran
30 Januari 2014
Masyarakat maya ( virtual community ) hari ini dikejutkan dengan penyebaran “screenshot” Twitter Perdana Menteri yang menyatakan Barisan Nasional tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Selangor kawasan Kajang pada bulan hadapan.
Grafik Twitter palsu Perdana Menteri ini diedarkan sejak tengahari tadi berikutan pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK tersebut.
Grafik palsu tersebut menunjukkan Mohd Najib mengumumkan “BN tidak akan meletak calon di PRK Kajang” pada jam 8.05 pagi, 30 Januari 2014.
Grafik ini palsu kerana semakan di Jalinan Masa (Timeline) Twitter Perdana Menteri sejak semalam langsung tidak mempunyai kenyataan sedemikan (lihat grafik di bawah)
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Posts (Atom)