Sunday, February 02, 2014

Harga Barang Dah Turun Banyak Ni, Taknak Puji Kerajaan BN Ke?

1 Februari 2014


barang makanan
HARI ini penulis membeli barang keperluan di kedai (bukan Cina) dan mendapati harga barangan, terutama bahan asas makanan dah banyak yang turun.  Ikan sebagai contoh, dah turun antara 20%-30%, kangkung pun RM 0.69 saja seikat dan sebagainya.

Ayam, beras dan barang keperluan asas yang lain penulis tidak mahu komen kerana harga itu semua dikawal oleh kerajaan - selain diberikan subsidi juga.

Beberapa jenis makanan, penulis kesan dijual pada harga yang tinggi, contohnya macam isi ketam, isi udang, ikan salmon dan jenis-jenis makanan mewah macam itu, tapi pedulikanlah, kita sedang cakap makanan untuk rakyat marhaen.

Kalau rakyat marhaen nak makan semua jenis makanan itu senang saja, jangan beli sampai sekilo, belilah setengah kilo atau lebih rendah dari itu - kalau nak merasa sangatlah.

Penulis bagi thumbs up pada kerajaan kerana bertindak pantas ke atas perbuatan jahat memanipulasi harga yang dilakukan oleh pemborong Cina yang bekerjasama dengan pembangkang untuk mensabotaj kerajaan dan rakyat Malaysia.

Ikut maklumat, setakat ini dah 20 pemborong utama  di negara ini yang digantung/ditarik lesennya kerana pelbagai kesalahan yang membawa kepada kenaikan tidak masuk akal harga sesetengah barangan.
Begitulah yang kita mahu.

Tindakan keras kerajaan buat ramai tidak puas hati.  Sebelum tahun baru cina hari itu, dengar katanya peniaga dan pemilik pasaraya utama Cina nak tutup perniagaan selama 1 minggu, kononnya nak ajar rakyat dan kerajaan rasanya bila mereka tak meniaga selama itu.

Bagaimanapun, nampaknya ugutan itu tidak menjadi kerana masih banyak rangkaian pasaraya lain yang beroperasi, malah  menawarkan bekalan untuk rakyat pada harga yang sangat murah, macam kedai yang penulis pergi tadi.

Maka tak hairanlah kenapa seawal pagi semalam (hari pertama tahun baru Cina), sudah ada di kalangan kedai yang konon nak boikot ini, beroperasi semula seperti biasa

Baru dia tahu.

Semua cerita ini sudah tentu tidak akan jumpa dalam portal berita pembangkang.  Nampak jelas disitu, permainan ini memang mereka yang mula.

Pemberitaan mereka jelas berat sebelah, dalam masa yang sama dia dok tuduh orang lain pun berat sebelah, nampak tak permainannya tu?

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment