Sunday, February 02, 2014

Mahsuri A Johan Sepaktakraw Seremban Open 2014 !!!!

2 Februari 2014, Seremban : Satu Pertandingan Sepaktakraw Terbuka (Sepaktakraw Seremban Open) 2014 telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Paroi (Seremban Centre Court). Pertandingan ini menyaksikan penyertaan kira-kira 50 pasukan dari seluruh Daerah Seremban. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Setelah berhempas pulas mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 10.00 malam, pasukan Mahsuri A telah dinobatkan selaku juara diikuti dengan Mahsuri B di tempat kedua. Manakala Pasukan Bukit Putra dan Pasukan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) berkongsi tempat tempat ketiga.

Johan membawa pulang wang tunai RM 1,000 berserta hadiah iringan, Naib Johan membawa pulang RM 500 serta hadiah iringan, manakala pasukan di tempat ketiga membawa pulang RM 200 dan hadiah iringan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan ini iaitu Sdr Wan Mohd  Husni  Hj Abdullah melahirkan rasa gembiranya dengan terlaksananya program ini. Menurut beliau, "Program ini merupakan satu tanda yang Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban kini telah mengalami satu proses transformasi besar, dengan kita tidak lagi hanya berbicara untuk melaksanakan sesuatu, sebaliknya kita menjayakan sesuatu, Janji kita, adalah kita akan terus melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan lain demi untuk menggerakkan nadi dan nafas Pemuda agar terus harum, mekar dan relevan kepada semua".

Sdr Azharuddin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah hadir sama ke program ini malahan turut meluangkan masa menyampaikan hadiah serta cenderahati kepada para peserta pertandingan. 

"Saya merasa sangat teruja malahan berbangga dengan apa yang telah diusahakan sehinggakan menarik minat peserta yang menjadikan pertandingan ini meriah. Bukan menang kalah yang menjadi ukurannya, tetapi sebaliknya komitmen secara langsung dan tidak langsung yang lebih mustahak kepada saya. Kejayaan melaksanakan program ini hari ini, diharapkan mampu menjadi pembakar semangat kepada sekelian AJK Pemuda Bahagian Seremban agar merangka dan melaksanakan lebih banyak lagi program di masa-masa akan datang".

Sdr Azharudin yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan turut sama memverikan sokongan kepada pasukan yang bertanding hampir di sepanjang program ini berlangsung dari pagi hingga ke malam. Menurut beliau lagi, pasukan yang menang akan diangkat menjadi wakil kepada pasukan Pemuda UMNO Bahagian Seremban untuk bertanding di dalam pertandingan peringkat Negeri Sembilan pula.

Apa pun dengan ini EDITOR mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada urusetia serta jawatankuasa pertandingan di atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini, dan semoga hasrat dan usaha murni ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ini dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment