Thursday, February 27, 2014
Pembangkang Lagakan PM dengan Mahathir dan Daim Bila Gagal Fitnah DS Najib?
Permainan persepsi yang menjadi senjata utama pembangkang sudah sampai ke kemuncaknya. Sebelumini mereka telah bermain dengan persepsi bahawa Pak Lah merupakan seorang pemimpin yang lemah. Kita tidak dapat nafikan bahawa mereka berjaya bermain dengan persepsi tersebut sehinggakan segelintir orang UMNO sendiri percaya kepada penipuan mereka.
Pembangkang sedar bahawa DS Najib jauh lebih berkalibar dari Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mereka permainkan dengan persepsi yang bodoh tahap biasa-biasa. Oleh itu pembangkang telah mencipta fitnah seperti kapal selam Scorpeon, skandal pembunuhan Altantuya dan lain-lain lagi. Namun disebabkan segala fitnah ini menemui jalan buntu maka mereka sekali lagi beralih kepada serangan persepsi.
Memandangkan Tun Dr Mahathir tetap menjadi idola rakyat Malaysia maka mereka membuang perancangan kononnya Tun Mahathir mempertikaikan kebolehan DS Najib meneraju negara. Oleh itu setiap peluang yang ada mereka pergunakan sepenuhnya untuk memberi persepsi yang buruk terhadap kewibawaan DS Najib.
Sesuatu perkara yang sama boleh dipandang dari dua sudut yang berbeza. Ianya bergantung kepada pilihan samada positif atau negatif dan baik atau jahat. Kita lihat Tun Dr Mahathir dan Tun Daim telah banyak mengeluarkan kenyataan di media massa yang mengkritik kepimpinan DS Najib. Persoalannya adakah ini tidak disukai oleh pembangkang ataupun DS Najib.
Perlu kita faham kesediaan penerimaan kita terhadap kritikan itu yang penting. Dari sudut pembangkang pula mereka cuba mencetuskan persepsi bahawa Tun Mahathir dan Tun Daim tidak sehaluan dengan DS Najib. Dan yang paling penting mereka cuba memfitnah bahawa kepimpinan DS Najib lemah kononnya diperakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir dan Tun Daim.
Hakikat sebenarnya pembangkang amat takut dengan segala kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim. Ianya merupakan satu peringatan dan panduan yang boleh digunakan oleh kerajaan dan rakyat untuk memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan pentadbiran negara. Sekiranya Tun hanya memberitahu segala fakta terus kepada DS Najib maka rakyat tidak tahu dan sedar bahawa kerajaan sedang melakukan transformasi dan memperbaiki segala kelemahan dasi masa ke semasa dengan tekun.
Perkara ini langsung tidak berlaku dalam pakatan pembangkang. Kemahiran mereka hanya memfitnah, merungut dan mengadu domba. Mereka tidak akan mampu membawa negara ke peringkat kejayaan yang lebih tinggi dan cemerlang. Ini adalah antara perkara penting yang perlu disedari oleh rakyat.
Dalam waktu yang sama sesetengan pihak yang terpedaya dengan permainan persepsi pembangkang turut mempertikaikan tindakan Tun Dr Mahathir dan Tun Daim. Kita perlu tahu bahawa Tun mempunyai perancangan untuk memastikan agenda jahat pembangkang dapat “dipatahkan”. Pembangkang memang handal dalam permainan persepsi namun kebijaksanaan Tun Dr mahathir dan Tun Daim bakal merosakkan perancangan jahat mereka. Ke dua-dua orang lama ini lebih arif akan permainan “psywar” pembangkang. Negara amat bertuah mempunyai pemimpin yang hebat dan tidak mementingkan diri sendiri seperti Tun Dr Mahathir dan DS Najib. Semangat patriotik tulen yang ada dalam diri pemimpin hebat ini bakal menyelamatkan negara dari menjadi mangsa pembangkang.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment