Sunday, February 02, 2014

Awas Grafik Palsu Twitter PM Sedang Bertebaran

30 Januari 2014


IMG-20140130-WA0028
Masyarakat maya ( virtual community ) hari ini dikejutkan dengan penyebaran “screenshot” Twitter Perdana Menteri yang menyatakan Barisan Nasional tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Selangor kawasan Kajang pada bulan hadapan.

Grafik Twitter palsu Perdana Menteri ini diedarkan sejak tengahari tadi berikutan pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK tersebut.

Twitter Palsu PM
Twitter Palsu PM


Grafik palsu tersebut menunjukkan Mohd Najib mengumumkan “BN tidak akan meletak calon di PRK Kajang” pada jam 8.05 pagi, 30 Januari 2014.



Grafik ini palsu kerana semakan di Jalinan Masa (Timeline) Twitter Perdana Menteri sejak semalam langsung tidak mempunyai kenyataan sedemikan (lihat grafik di bawah)

Screenshot_2014-01-30-14-44-46
Screenshot_2014-01-30-14-44-54
twitterpmreal-30012014


Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment