Thursday, February 27, 2014
Kenaikan Harga Barang Didalangi Kerakusan Kuasa Pembangkang dan Ketamakan Peniaga?
Punca sebenar kenaikan harga gagal difahami rakyat menyebabkan kerajaan Barisan Nasional dipersalahkan sepenuhnya sedangkan “dalang” yang menjadi punca sebenar kenaikan harga bebas menghasut rakyat dan memburukkan kerajaan. Konsep penawaran dan permintaan memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga barangan selain daripada tindakan sabotaj dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kononnya kenaikan harga bahan bakar menyebabkan kesan domino yang membebankan rakyat secara melampau. Sebenarnya rak yat telah diperbodohkan oleh “tangan ghaib” yang telah merancang dengan rapi siri kenaikan harga melampau semata-mata untuk memburukkan rakyat di mata rakyat dan dunia. Hakikatnya “tangan ghaib” ini tanpa belas kasihan telah menyebabkan hidup rakyat dibebankan dengan kesengsaraan yang tidak sepatutnya.
Rakyat sepatutnya tidak mudah tertipu dengan permainan jahat pembangkang ini. Dengan menggunakan kewarasan kita sepenuhnya maka kita perlu menilai siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan maksima dari kenaikan harga barangan.
Pembangkang mempunyai motif yang cukup kuat untuk menjadi dalang utama kenaikan harga barangan ini. Mereka akan dapat mencapai matlamat utama iaitu memburukkan kerajaan di mata rakyat dan dunia. Ini merupakan isu utama yang cukup dekat di hati rakyat untuk membolehkan pembangkang menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.
Para peniaga yang menaikkan harga barangan dengan banyak sedangkan kos kenaikan yang mereka tanggung amat minima sememangnya mendapat faedah maksima dari kenaikkan harga barangan. Kita perlu sedar bahawa majoriti peniaga ini merupakan bangsa Cina yang merupakan penyokong tegar DAP yang membawa wadah “Mencinakan Malaysia”.
Apabila berlaku kolabirasi antara pembangkang dan peniaga Cina yang mendokong DAP maka rakyat menjadi mangsa terpaksa menanggung beban akibat kerakusan kuasa pembangkang dan keserakahan ketamakan peniaga. Kesimpulannya kepentingan peniaga ini yang menjadi keutamaan dalam merealisasikan rancangan jahat pembangkang.
Kerajaan telah menjalankan tugas pemantauan yang berterusan terhadap para peniaga yang cubamengaut keuntungan yang tidak munasabah. Namun keberkesanan pemantauan ini memerlukan kerjasama yang cukup erat diantara pengguna dan kerajaan. Rakyat perlu melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah kepada KPDNKK bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Dengan ini kuasa politik yang diamanahkan rakyat kepada kerajaan dapat digunakan sebaiknya dalam mengawal kesan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Apabila gerakan peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah ini dapat dipantau sepenuhnya dengan tindakan tegas kerajaan dan kerjasama rakyat maka hak rakyat yang teraniaya dapat dibela. Dalam pada masa yang sama kerajaan perlu menangani fitnah pembangkang yang menyalahkan kerajaan 100% akan kenaikan harga barangan. Dalam masa yang sama orang ramai juga perlu sedar dengan kuasa mereka sebagai pengguna yang berkonsepkan penawaran dan permintaan barangan.
Dieptik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment